Monday, 23 December 2013

APA TUJUAN BELAJAR?



Gua tulis ni, permintaan seorang rakan yang tanya gua tentang mak bapak yang tidak suka anak – anaknya bergiat di dalam politik demonstrasi.

Gua tahu mak bapak cari duit bukan main payah nak masukkan lu dalam IPT, selambe dek je lu main demo. 

Tak apa. So gua nak tanya lu, apa tujuan belajar? Pendek sahaja soalan gua. Apa tujuan belajar?

Gua bimbang mak bapak lu tak mampu jawab satu soalan mudah ini dan terkial – kial nak buka kamus, untuk sebut, ‘tujuan belajar untuk mendapatkan ilmu’. Serius gua cakap, bullshit.

Bullshit sebab apa? Sebab mak bapak lu hipokrit. Sebenarnya mak bapak lu mahukan lu mendapatkan sijil, diploma, degree dan mendapat kerja besar, rumah besar dan gaji besar, that’s the point! Mak bapak lu semua mahukan lu semua menjadi hipokrit sama macam mereka juga. Mahukan lu menjadi individualistic dan materialistic seperti mereka juga!

Come on bro! come on sister!

Lu semua kena mengakui hakikat ini! Inilah matlamat pendidikan konvensional masakini! Mahu lu – lu semua menjadi balaci kepada tirani, menjadi pak angguk pada si zalim, menjadi jentera, menjadi kaki menjadi tangan pada regim, menjadi perkakas kepada penindas, menjadi mat – mat ikut dan minah – minah poyo yang cuma menjadi penonton pada setiap scene kezaliman yang berlangsung! Come on bro!

System yang korup ini, memerlukan sebuah kitaran, untuk menjaga ianya supaya terus menerus sampai bila – bila pun status quonya tidak dicabar! Inilah matlamat system korup! Memerlukan sebuah silibus yang korup, yang sudah sedia mandul, untuk memandulkan fikrah anak – anak bangsanya supaya tidak bangkit melawan system korup ini pada akhirnya!

So, balik semula kepada persoalan gua di awal, apa tujuan belajar??

Bagi gua secara peribadi, benar. Kita belajar untuk mendapatkan ilmu. Tetapi ilmu itu wajiblah bukan menjadi alat untuk kita mendapat doctor atau professor dalam masa yang sama tidak mencubit, atau mencuit, atau mengusik walau sedikit kezaliman pun! Kezaliman seakan – akan tidak menyedari kewujudan kau pun, apakah ilmu kau akan berguna untuk umat manusia sejagat jika begitu?

Ilmu itu wajib bergerak dan menggerakkan! Ilmu itu bukan mati, dan mematikan! Ilmu itu bukan sepatutnya dibiarkan mati dalam buku – buku teks teori dan hanya berdiam diri terhadap kezaliman!

Kata Rendra, pujangga besar Indonesia, ilmu itu, sama ada menjadi alat pembebas atau alat penindas!

Katakan kepada mak bapak lu semua yang masih berfikiran negative, bahawa, kami terpaksa menentukan masa hadapan kami sendiri, supaya kami beroleh Negara yang lebih baik, lebih demokratik, lebih adil, lebik saksama, kekayaan hasil mahsul bumi dikongsi bersama, sama rata sama rasa, lebih berintegrity tatakelola, bukan Negara yang bernanah rasuah  membarah membusuk berbau korup, yang rasis, yang lucah, yang kotor, yang jijik, yang najis, yang tidak bermaruah, dalam masa yang sama, kami mendapat sijil / diploma / degree, kereta besar, rumah besar, gaji besar dan orang – orang lain sedang tenggelam dalam proletarisasi, menjadi saksi mata melihat kami yang jahat segala – gala.

Dan pada akhirnya, kehidupan lu semua, lu sendiri yang tentukan. Bukan mak bapak lu. Bukan tok nenek lu. Bukan pakcik lu, bukan abang lu, jiran lu, bukan kucing lu, dan bukan aku. Lu sendiri yang bertanggungjawab terhadap apa – apa jua pilihan yang lu pilih.

Beranilah berkata benar, meski ianya mencabar langit dan mencabar bumi!

*perhatikan isi surat Anthon Chekov, ketika cemas melihat intelligentsia Russia sudah tidak dapat lagi mempertahankan kebudayaan Russia dari kebobrokan moral.


‘Tuan, yang harus disalahkan adalah seluruh intelligentsia. Ketika mereka masih mahasiswa, mereka adalah orang – orang yang baik dan jujur, di pundak mereka terletak pengharapan kita. Mereka adalah masa depan, tetapi sebaik sahaja mereka memperoleh posisi dan kehidupan yang bebas mandiri, maka pengharapan kita dan masa depan itu berubah menjadi asap, dan filter yang tinggal hanyalah para doctor yang memiliki villanya sendiri, pejabat yang rakus dan engineer yang tidak amanah.’

Sunday, 22 December 2013

Amankah dgn Beragama? Pt III


Sudut pandang seorang Muslim.

Dr. Hassan Hanafi, seorang Professor falsafah Mesir dalam temubual bersama sebuah majalah mengatakakan;

"It's because of political conservatism that our societies today are conservative, not because of Islam

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa Islam, adalah faktor perkembangan kepada perubahan sosial , liberalisme dan sekularisme yang sangat behena(?).  Apa yang cuba dijelaskan sebelum ini, merujuk kepada penyalahgunaan agama yang cenderung dijadikan senjata untuk kepentingan peribadi dan sesebuah kelompok atau pengaruh politik. Dan falasi ini jika tidak dibanteras dengan kejujuran para agamawan, akan lahirlah pembodohan masyarakat, jumudnya institusi agama dalam merungkai kasus semasa, dan terpaling buruk bilamana dijadikan alat menghalalkan kuku besi.



Situasi meruncing ini bukanlah perihal baru, ianya tercatat dalam sejarah  umat Islam di seluruh dunia dan sedang berlangsung di tanah air. Kefahaman umum kepada agama, menjurus kepada dakwaan dialah paling benar, holier than thou. Perdebatan antara aliran dalam Islam selalunya terpuruk dalam kancah  pengekalan kuasa, meluaskan pengaruh atau membenarkan pendapat.

Imam Hanafi suatu ketika dahulu dibunuh kerana tidak bisa mengakui Al – Qur’an sebagai makhluk di hadapan pemerintah yang menyanjung tinggi pendapat Muktazilah. Pembantaian berdarah ke atas penganut Syi’ah digerakkan pihak oposisi di Indonesia hanya kerana pegangan mereka. Perbincangan berkait dengan ketuhanan – kewujudan, ketentuan, kekuasaan dan keadaannya - tidak lain mengalihkan manusia daripada keghairahan memecahkan persoalan semasa. Wajarkah berlakunya hal demikian dengan menamakan hal tersebut sebagai tindakan agama?

Dengan merujuk kepada wahyu Tuhan, mana – mana manusia akan terdedah meyakini bahawa apa yang dipeganginya itu suatu hal yang mutlak.

Kebenarannya tidak disanggah lagi. Malahan jika ada satu pihak menolak pembawakannya akan dituduh musuh dan rakan kepada makhluk jahat. Tempatnya neraka. 

Kemajmukan penganut agama dalam sebuah negara terus – terusan  bergeser. Perbezaan menjadi titik pemisah bukan lagi kesinambungan dalam mencari kebenaran. Praktik keagamaan sebegini membentuk tuhan baru di alam manusia. Segala tingkah laku dan perintah wahyu menjadikan manusia itu suci dan wajib ditaati. 

Rasionalisasi ditolak mentah dan dianggap menyimpang dari jalan yang lurus. Walhal, penafsiran dan corak pelaksanaan wahyu itu sendiri bersifat relatif. Perlu dimaklumi, bahawa manusia tidak sesekali menjadi suci, apabila dia mengangkat panji agama. Rasul s.a.w sendiri pernah dikritik tuhan dan mendengar nasihat para sahabatnya. Maka apakah harus agamawan terbebas daripada menerima sanggahan? Tidak, kerana membiarkan perkara ini mengakibatkan satu kelompok yang mengerti unsur – unsur keagamaan melakukan wewenang kepada makhluk lain.

Maka, bagaimana sewajarnya kita menanggapi agama? Kata Dr Munir Mulkhan dalam tesisnya berjudul Teologi Kiri;

“Mengapa Agama di tangan para Nabi bisa berkembang organik bersama masyarakat untuk     memecahkan persoalan manusia pada zamannya sedang kini tidak? Padahal manusia sekarang juga melakukan ritual agama yang sama”

Nabi Musa a.s bertindak sebagai pembebas kaumnya Bani Israel dari cengkaman perhambaan yang dikenakan Firaun. Peristiwa Exodus dapat difahami sebagai gerakan rakyat dari menjadi hamba kuku besi manusia, ke arah perhambaan kepada tuhan semata. Perjuangan Nabi Lut pula mendobrak kekejian kaumnya yang memaksa manusia menunaikan orentasi seks sejenis.

Sosok Syuaib a.s memusatkan perhatian dakwahnya ke arah isu ekonomi apabila kaumnya Madyan, melakukan korupsi dalam perniagaan. 

Negara yang diistilahkan Qur’an sebagai aman, dicemari eksploitasi kaum pedagang pada urusan jual – beli.

Begitu juga Rasul s.a.w penutup sekalian nabi, hadir ketika bangsa arab terjerumus dalam kerosakan yang amat mencemaskan. Wanita dianggap keji, intimidasi ekonomi, politik kesukuan, ketaatan diletakkan pada ketua kabilah tanpa dinilai baik buruknya, peperangan antara kaum dan semua ini diistilahkan sebagai jahiliyah. Sang pencerah datang menghadapi kebobrokan ini. Menyantuni si miskin, memuliakan wanita, melawan keangkuhan kabilah – kabilah penindas. 

Memobilisasi massa dalam peristiwa hijrah demi menegakkan sebuah masyarakat ideal yang dilayan dengan prinsip keadilan.

Meletakkan agama dalam wajah politik tidak selalunya berakhir dengan baik. Kerana kekuasaan sangat mempengaruhi syahwat untuk beroleh kepentingan diri. Lambakan kemewahan merangsang keinginan untuk terus berkuasa. 

Maka agama menjadi cemeti yang menundukkan rakyat. Sekiranya dikatakan bahawa para ulama’ itu pewaris nabi, adalah menjadi tugas mereka memposisikan agama pada gerakan massa. Bukan sekadar duduk di masjid-masjid, kuliah-kuliah tertutup, bersekedudukan bersama penguasa, mengiyakan tindak tanduk mereka malahan berfatwa menghalalkan kezaliman pemerintah.

Qur'an, acapkali mengulang kalimah adl’ dan qist dalam pelbagai situasi. Adl’ tidaklah membawa pengertian keadilan akan tetapi lebih cenderung kepada makna persamaan. Kalimah Qist pula bererti agihan, angsuran jarak yang merata juga keadilan, kejujuran dan kewajaran. 

Jika dirumuskan dua kalimah ini menyeru kepada pengagihan yang merata, seimbang, tidak berat sebelah dan menguntungkan satu pihak sahaja. 

Islam melarang sama-sekali penumpukan harta pada kelompok tertentu kerana hal ini akan mengakibatkan ketidak seimbangan sosial. 

Misalnya, untuk apakah seseorang itu memiliki sebahagian kekayaan yang melangit sedang keperluan hidupnya sudah mencukupi? Bagaimana dengan nasib manusia yang lebih memerlukan sumber daya tersebut? Wajarkah wujudnya sekelompok manusia yang mewah ketika jirannya melarat untuk mendapat sesuap nasi? Maka Islam menekankan perlindungan terhadap kaum miskin tanpa membawa kerugian pada golongan kaya. Kesenjangan antara dua kelas ini akan berjaya dirapatkan jika agama diletakkan pada posisinya yang tepat.

Sukar untuk kita membantah hujahan agama bahawa wanita itu duduknya adalah dibelakang seorang lelaki. 

Tempat wanita dalam masyarakat dan keluarga selalunya diposisi sekunder. Yang mana akhirnya melahirkan apa yang dipanggil misoginy. Prinsip-prinsip agama terhadap wanita selalu ditafsir bagi kepentingan lelaki. 

Sangat menyayat hati apabila suatu saat wanita tidak lebih daripada binatang ternak yang hanya memanfaatkan tuannya –sang suami.  Walhal, Quran telah menegaskan bahawa tidak ada kemuliaan atau ketinggian atas seseorang terhadap lainnya melainkan taqwa.

Ayat-ayat yang menerangkan superior lelaki ke atas wanita perlu diterjemahkan dalam konteks zaman yang sedang berlaku. Struktur sosial berubah, ketika Quran menegaskan bahawa lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita adalah dimana waktunya wanita bergantung sumber hidup pada sang lelaki.  Sekiranya berubah kepada wanita menjadi sumber pencarian bagi nafkah kehidupan, maka kedudukan mereka setara dengan kedudukan lelaki bahkan mungkin lebih berdasarkan peranan dalam rumah tangga. Hal ini jelas jika mengambil kira beberapa ayat lain. Islam tidak mengajarkan perhambaan terhadap kaum hawa, malahan menjulang kedudukan mereka tinggi. Lihatlah pada zaman jahiliyyah bagaimana kaum arab menyikapi bayi-bayi perempuan. Tetapi kedatangan rasul ulul azmi menukar kedudukan wanita yang hina, kepada mulia. 

Eksistensi agama merupakan instrumen terbaik untuk mengharmonikan kedudukan wanita dengan lelaki yang pada ketika ini dilayani buruk.

Persoalan iman terhadap hari akhir, keadilan yang tertangguh, selalu menjadi sebab kebodohan manusia beragama dihadapan penindas dan kaum perosak. Menyikapi kesabaran dengan menyandarkan segala kebenaran dan keadilan hanya tertegak dihadapan Tuhan kelak, menyuburkan segala kerosakan dan penindasan ketika ini. Jadi untuk apakah turunnya para rasul yang mengajarkan wahyu? Adakah tugas mereka hanya “menyampaikan” tanpa membuahkan apapun hasil?  Iman sepatutnya melahirkan tindak tanduk, aksi, perlawanan ke atas segala macam kerancuan dalam sosial. Seorang muslim adalah penggerak bagi menegakkan kemaslahatan. Membebaskan manusia-manusia yang menderita. Menyatakan celaka ke atas puak-puak perampas yang dengan sewenangnya menceroboh hak-hak manusia lain.  Bukanlah mendiamkan diri pada kezaliman, membiarkan segala jenis fasad membarah tanpa dirawat. Jika beginilah keadaannya, Islam sebaiknya tidak diwahyukan.


Keamanan tidak akan tertegak dengan tuntas, jika posisi agama dilanggengkan sebagaimana  hari ini. Aspek progresif dalam  agama khususnya Islam, tidak lagi dihidupkan dengan sewajarnya. Penelitian terhadap teks dan penyesuaian dalam konteks sangat dibutuhkan jika tidak, maka agama akan mati dan hilang kegunaannya. Perlu difahami, bahawa agama boleh dijadikan alat untuk menindas, juga sebagai pembebas. 

Tetapi sayang, siapakah yang akan membangkitkan agama, dan mewujudkan keamanan seperti yang dibawa para Rasul dahulunya?

Thursday, 5 December 2013

Islam… Islam… Islam…


Secara etimologis, kata “Islam” berasal dari bahasa Arab, salima yang artinya selamat. Dari perkataan kata itu terbentuk aslama yang artinya menyerahkan diri atau tunduk dan patuh. 

Dari kata aslama itulah terbentuk pula perkataan Islam. Pemeluknya disebut Muslim. Orang yang memeluk Islam berarti menyerahkan diri kepada Allah dan siap patuh pada ajaran – Nya.

Secara terminologis dapat dikatakan, Islam adalah agama wahyu berintikan tauhid atau keesaan Tuhan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw sebagai utusan – Nya yang terakhir dan untuk seluruh manusia, yang ajarannya meliputi seluruh aspek kehidupan.

Namun persoalannnya, di mana kesejahteraan yang  yang diperkatakan, kesejahteraan yang diagung – agungkan? Adakah Islam sudah tidak releven pada masa kini? Di Malaysia jika kita melihat, jenayah yang dilakukan orang Islam adalah lebih tinggi dari bukan Islam. Bunuh, rompak, rogol, samun, dadah dan lain-lain masalah dijuarai oleh orang Islam. Ketakutan – ketakutan yang timbul juga kebanyakkannya disebabkan oleh orang Islam!!!

Ketidak pedulian masyarakat Muslim terhadap masalah sosial masyarakat menyebabkan masalah kian bertambah. Asas utama adalah kepedulian, yang melahirkan nilai kemanusiaan. Walau apa pun perjuangan yang dilangsungkan oleh gerakan Islam, mereka perlu sedar bahawa, mereka telah kehilangan nilai moral kemanusiaan. Gerakan Islam telah mati, mati dibunuh agamawannya sendiri. Gerak kerja yang lebih fokus pada memuaskan kehendak individu dan lagi, yang dapat kita lihat,gerakan Islam lebih fokus kepada mengejar kekuasaan sehingga lupa tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat. Malah, jika memperoleh kekuasaan sekali pun, mereka begitu culas menggerakkan badan mereka untuk mendekati golongan tertindas dan terpinggir.

Sebagai contoh kita lihat badan zakat yang bertanggungjawab terhadap pengagihan zakat di Malaysia. Ada satu kejadian di sebuah negeri di Malaysia, tika mana ada program “tanggungjawab sosial” yang memerlukan sedikit bantuan zakat untuk diberi pada anak – anak Muslim pelarian Myanmar. Si pengagih zakat memarahi penganjur kerana bantuan itu tidak fokus pada rakyat Malaysia. Soalan yang pertama timbul di dalam benak kepala, adakah Muslim itu berbeza mengikut Negara? Keduanya, suatu hari di bulan Ramadhan, aku melihat ramai warga asing yang beratur di masjid di suatu kampong. Mulanya aku menyangka mereka ini, ingin mendapatkan makanan percuma dari masjid. Tapi sangkaan itu sangat meleset apabila yang dilihat, mereka sedang membayar zakat. Adakah, zakat itu milik warga negara Malaysia sahaja?

Itu belum lagi kita membongkar rahsia – rahsia yang telah lama terpendam dalam benak mereka yang mempunyai pengalaman buruk dengan pusat zakat. Karenah birokrasi yang menyukarkan yang berhak mendapatkan bantuan. Malah ada khabar angin yang mengatakan ada orang besar menyalahgunakan zakat untuk melabur dan mengaut keuntungan. Ada juga, duit zakat digunakan untuk membeli peralatan mewah pejabat. Tapi yang dikesalkan, gerak kerja mereka tidak sebagus perkakas tempat kerja mereka selain mereka juga hebat berfacebook.

Gerakan Islam tidak serius, tidak pernah ambil peduli pun sebenarnya tentang apa yang berlaku sekeliling mereka. Kebanyakan program – program kemasyarakatan mereka lebih bersifat “ceremonial” atau majlis. Program makan – makan, bersuka ria dan kemudian bersurai tanpa kita dapat rasakan samada upacara yang dilangsungkan itu akan memberi penyelesaian jangka panjang.

Bagi pihak masyarakat Muslim pula, lebih mementingkan institusi bekerja untuk kita. Sehingga kita hilang nilai untuk bersikap peduli. Apabila kita melunaskan zakat atau sedeqah pada institusi bertanggungjawab, macam kita dah habis tanggungjawab, sedangkan nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial itu perlu berjalan setiap masa. Tapi disebabkan sikap lepas tangan, nilai itu dikikis hilang tanpa sedar.

Institusi masjid yang dahulunya berfungsi sebagai pusat khidmat dan pengurusan, kini telah hilang fungsinya. Masjid telah menjadi tempat suci yang yang tidak boleh disentuh. Masjid yang menjadi tempat lepak, tempat diskusi, tempat menyelesaikan masalah dan tumpang berteduh telah pupus malah kini dikuasai oleh “orang – orang yang suci”.

Seorang gelandangan tua yang pernah ditemui pernah berkata, dia sedih dengan sikap orang masjid. Masjid menjadi tempat yang suci yang tidak boleh disentuh, orang macam mereka dipandang hina. Hendak menumpang kasih di rumah Allah pun susah. Bertentangan pula dengan sikap penjaga gereja. Lebih ramah dan mesra. Melayani segala karenah dengan ramah dan merendah diri. Tidak hairanlah di Malaysia ramai yang murtad. Semuanya kerana sikap. Sikap Muslim yang tidak peduli. Kita lebih disibukkan dengan hukum mengucapkan “Rest in peace” pada non – Muslim (Paul Walker),dari beruasaha mengubah nasib orang terpinggir.

Daripada kita menghukum mereka yang mengucapkan “Rest in peace” dengan hukum boleh atau tidak, lebih baik kita melihat jasa si mati semasa hidupnya. Mendiang Paul Walker mengetuai badan kebajikan Reach Out Worldwide. Fungsi badan kebajikan itu membantu dan menghulurkan bantuan sukarelawan dan dana kewangan pada Negara – Negara yang ditimpa bencana. Paul Walker turut membantu negara Indonesia semasa Tsunami di Acheh serta mangsa – mangsa Taufan Haiyan dan masyarakat di Negara – Negara yang kebuluran.


 Persoalannya, ke mana hilangnya nilai tanggungjawab Muslim selain menghukum dosa pahala? 

Mampukah Suhaizan Melakukan Perubahan?


A politician thinks of the next election; a statesman of the next generation.’

Maka telah selesailah sudah muktamar yang ditunggu – tunggu itu. Maka adalah yang telah kalah dan adalah yang telah menang, adat pertandingan.

Seperti pertandingan parti UMNO dan lain – lain parti reaksioner yang kanan, Parti Islam PAS juga turut tidak terkecuali persamaan mereka dengan parti – parti lain, yakni pertandingan mestilah tidak melibatkan Maha Agung yang menjadi nakhoda kepada parti mereka. Maha Agung itu mestilah membubarkan dirinya sendiri, memecat dirinya sendiri, hilang akal, mati kencing manis, atau dilancarkan coup de tat ke atasnya jika mahu diturunkan dari jawatan Maha Agungnya itu, tidak akan ada pertandingan melibatkan Maha Agung, meskipun Parti Islam PAS mendakwa mereka juga memperjuangkan demokrasi, dan mereka lebih baik dari parti UMNO. Kita pun tidak dapat faham, demokrasi jenis apakah yang mereka guna.

Di dalam banyak – banyak pertandingan perebutan jawatan, selain pertandingan Timbalan Presiden, yang paling menarik hati adalah pertandingan Ketua Pemuda. Pemuda – pemuda yang mempercayai hierarchy dan authority ini telah menyerahkan kepercayaan dan autonomy kekekuasaan individual yang mereka masing – masing memiliki ke dalam parti, dan di dalam kes ini, mereka menyerahkan satu persatu kuasa mereka (dalam bahasa lain, undi mewakili / menjadi symbol kepada kuasa yang mereka memiliki) kepada seorang sosok bernama Ketua Pemuda.

Mereka sebenarnya perlu memikirkan semula kepemudaan mereka yang telah dirampas oleh organisasi bernama Parti Islam PAS dan harus memikirkan, apakah mereka adalah parti massa, atau parti revolusioner? Apakah perlu mereka mempunyai keahlian / keanggotaan yang mahu mengejar jumlah keahlian parti UMNO sebanyak 3 juta manusia, atau hanya cukup jumlah yang solid untuk melakukan perubahan?

Kata populis Soekarno, ‘berikan aku 1000 orang tua, bakal ku cabut Semeru dari akarnya, berikan aku 10 orang pemuda, nescaya akan aku goncangkan dunia’ sebenarnya tetap akan relevan sampai bila – bila pun. Kalau hendak melihat masa hadapan Malaysia, lihatlah anak – anak muda Malaysia, atau jika mahu lebih khususkan boleh melihat mahasiswa – mahasiswa kita di university, mereka tengah buat apa sekarang ini?

Maka untuk menilai PAS di masa hadapan, maka wajarlah jika kita menilai pemuda – pemuda PAS yang menjadi teraju utama kepada parti. Janganlah menilai prestasi PAS melalui ulama’ – ulama’ seperti Harun Taib atau Harun Din, atau Dewan Ulama’. Ini adalah penilaian yang tidak adil. Kerja Dewan Ulama’, dan ulama’ – ulama’ seperti Harun Taib dan Harun Din hanyalah bekerja membicarakan isu kerat tangan orang dan nama Tuhan. Mereka suka sekali berbicara isu – isu begini, kerana mereka mana tahu isu – isu lain. Dengan isu – isu sebeginilah mereka menjadi Imam kepada Mazhab PAS. Mereka tidak cukup secular untuk berbicara isu – isu di luar wilayah agama.

Suhaizan, bekas Ketua Pemuda PAS Johor itu, memperoleh 320 undi mengalahkan Ketua Pemuda PAS Wilayah Perseketuan, Kamaruzzaman Mohamad yang mendapat 307 undi. Seorang lagi yang bukan dari tradisi ulama’, iaitu Zulhazmi Sharif, yang terkenal dengan Kempen Anti – Saman Ekor (Kase) dan AES pula mendapat tujuh undi. Anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, pula dipilih sebagai timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru dengan mendapat 355 undi mengalahkan Raja Iskandar Raja Yaakob yang mendapat 282 undi.

Meskipun pemerhati mengatakan bahawa kemenangan Suhaizan pada hari 638 perwakilan membuang undi bagi memilih Kepimpinan Pemuda PAS 2013  - 2015 adalah dilihat mewakili kecenderungan aliran bukan ulama’ dalam PAS, sila berhenti memerhati sebentar. Adakalanya kita kena merenung kembali dan membaca berlapis – lapis untuk faham apakah yang sebenarnya telah berlaku? Apakah benar aliran non ulama’ telah berjaya meruntuhkan hegemoni aliran ulama’ (sekalipun Haji Mohamad Sabu, dari kelas aktivis masih mempertahankan kerusi Timbalan Presiden)?

Undi yang menjadi beza antara Suhaizan dan Kamaruzzaman tidak sampai berbelas – belas. Jika saudara Zulhazmi Sharif tidak bertanding, dan tujuh undi untuk Zulhazmi itu diberikan kepada Suhaizan sekalipun, kemenangan Suhaizan boleh dikatakan adalah sangat tipis sama sekali. Walaupun menang tetap menang, kita boleh menilai pada pemilihan Timbalan Ketua Pemuda, yang kemenangannya masih bersifat ‘kelas anak beranak’, Khalil mewarisi jawatan Timbalan Ketua Pemuda, dari seorang beban yang juga anak kepada pimpinan dari ‘kelas anak beranak’. Dan ahli – ahli PAS yang tidak mempunyai jiwa republic selesa dengan semua ini. Sekiranya mereka ini menjadi tentera Ali di Siffin, mereka akan pro Ali, dan apabila Muawiyah meletakkan anaknya Yazid sebagai Khalifah, mereka juga akan pro Muawiyah, kerana mereka adalah lalang, Islam lalang, tiada prinsip dan penakut bahkan pengecut untuk berkata benar. Mereka akan mengikut siapakah yang paling ramai, siapakah yang paling dominan, siapakah yang tengah berkuasa dan segala lalang – lalang ditiup angin yang lain.

Masih lagi perlu dihalusi, bagaimanakah Suhaizan akan melakukan perubahan, sementara exco – exconya masih bermanhajkan ulama’? Kita menyedari ketangkasan Suhaizan selaku bekas Ketua Pemuda Johor yang lantang dalam aktivisme sepertimana dalam pembabitan beliau dalam membantah PPSMI, isu FELDA, tetapi bagaimanakah beliau akan berdepan dengan senarai exco yang bermanhajkan ulama’ itu?

Ahmad Hamimi Taib Azamuddin, juga dari ‘kelas anak beranak’ memperoleh undi sebanyak 433, Syed Abdul Kadir Syed Hussin al Jufri, selebriti agama yang baru sahaja bernikah dengan artis keluaran kapitalis AF memperoleh undi sebanyak 433, Ahmad Fadhli Shaari, 417, Mohd Shahrir Sulaiman, 415, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, 404, Zaharuddin Muhammad sekali lagi dari ‘kelas anak beranak’ *walaupun posisinya adalah sebagai menantu memperoleh undi sejumlah 379, Ahmad Yahya, 337, Mohd Faizul Salleh, 371, Mohd Fadhli Ghani, 359, Mohd Zawawi Hassan, 358, Nurul Islam Mohd Yusof, 355, dan terakhir, Mohd Sany Hamzan, 340.

Dari undi – undi dan pemilihan bidak – bidak catur kita boleh gambarkan bagaimana rupa PAS sehingga 2015 ini. Undi – undi sangat besar diberikan kepada kaum ulama’ sebenarnya. 

Apakah ini semua cumalah game untuk memerangkap Suhaizan, dan akhirnya menyebabkan Suhaizan dikawal dan menjadi boneka oleh tok – tok dalang yang berserban? Dengan andaian teori nakal, game ini direka sangat kemas dan canggih untuk membuatkan sesiapa pun tidak menyangka bahawa di atas sana ada komplot Maha Agung untuk memastikan penguasaan kaum berserban tidak berjaya digugat atau dicabar sesiapa pun. Dengan keputusan game ini, sesiapa pun tidak dapat nak mempertikaikan ketelusan pemilihan dari kalangan non ulama’ sendiri iaitu Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda telah menang pemilihan, tetapi yang tidak ditekankan adalah barisan exco dan trend yang masih menyembah ulama’. Inilah sebuah jenayah feudalism yang ditanamkan ke dalam pemikiran politik Islam PAS.

Yang menjadi jenaka, parody dan kelakar, adalah digembar – gemburkan bahawa ‘Haram Lagakan Ulama’ – Profesional’, ‘tidak ada konflik antara ulama’ – profesional’, ‘semua ini hanya mainan jahat propaganda liar media musuh’, ‘jangan menari mengikut rentak musuh’, ‘ini semuaya adalah kerja Utusan Malaysia’ dll lawak – lawak politikus Islam.

Persoalan paling fundamental adalah, bersediakah PAS tanpa kepimpinan ulama’? apakah hanya ulama’ sahaja yang layak memimpin? Apakah relevan lagi Kepimpinan Ulama’?

BELAJAR DARI KHAIRY
Suhaizan, sebenarnya ada lagi sosok yang sama seperti kamu. Mereka juga berdepan dengan nanah – nanah yang membusuk mendarah menjadi daging di dalam parti mereka sendiri. Kita boleh tidak bersetuju dengan Khairy Jamaludin dalam banyak perkara, tetapi jika hendak dibandingkan dengan koruptor – koruptor tua yang berada di dalam UMNO, Khairy adalah lelaki progresif. Suhaizan dicadangkan agar belajar dari Khairy, yang sebenarnya adalah lebih parah dan sukar sama sekali untuk memodenkan semula UMNO yang sepatutnya telah ditamatkan riwayatnya pada pilihanraya lalu jika Anwar Ibrahim tidak mengada  - ngada pada 505. Sesungguhnya, Khairy telah berjaya keluar daripada persepsi tipikal dan stereotype tentang UMNO, terutama dari segi sikap, pemikiran dan sifat keterbukaan.

Program – program tarbiyah Pemuda PAS sebenarnya adalah tidak berguna jika hanya bersifat eksklusif dogmatic dan reaksioner. Program – program seperti Ijtimak Tarbawi, apakah faedahnya? PAS tetap kalah dan tidak menang – menang, salah siapa? Apakah masih salahkan pengundi – pengundi hantu? Apakah ulama’ – ulama’ yang menyalak – nyalak dan meracau – racau seolah – olah disampuk hantu tidak mahu dipersalahkan? Bahkan negeri – negeri yang ditawan PAS hasil dan berkat kolektif rakyat lewat BERSIH telah tumbang. Ini antara perkara yang patut diubah di dalam kepemudaan PAS, biarpun Suhaizan akan ditentang dan dimaraghbarkan. Jika Suhaizan benar – benar memikirkan masa hadapan PAS, dari kepentingan politik sempit, system tarbiyah PAS harus dirombak, dan silibus – silibus usrah PAS harus disemak kembali. Mengapakah PKR dan DAP, tanpa perlu melalui usrah PAS, mereka lebih ke hadapan dalam isu – isu rakyat?

Sekalipun ada dikatakan bahawa Pemuda PAS mempunyai kekuatan ahli yang ditumpang oleh parti – parti lain, sama ada melalui acara demonstrasi ataupun pilihanraya, ianya semua adalah tidak berguna dan tidak berfaedah sama sekali jika pimpinannya cumalah naïf, cepat melenting dan reaksioner. Apakah gunanya kekuatan ahli yang ramai jika pimpinan mudanya cumalah watak – watak naïf dan tiada apa – apa idea? 

Balik – balik , asyik bercerita tentang Mesir, Syria dan Palestin? Ingat Malaysia ini tengah perang bunuh – bunuh orangkah?

Dalam bahasa lebih ‘michaevelli’, ternyata parti – parti lain lebih licik dan cerdik, walaupun mereka tidak mempunyai kekuatan ahli yang ramai, mereka lebih berjaya memanfaatkan kekuatan ahli PAS. Dan perlu diingat, tanpa PKR dan DAP, yang bersekutu tahaluf siyasi di dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak akan ke mana  - mana, dan masih di takuk lama. Ini terbukti di Terengganu dan Kedah, yang mana dominasi PAS sangat ampuh, tanpa atau kurang dominasi sekutu PR yang lain, menyebabkan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan PAS, dan rapuh tidak bertahan lama. Kita tidak dapat membayangkan jika PAS bertanding tanpa PR di Penang, Perak, Selangor, apakah PAS akan terkial – kial dan terkapai – kapai melawan hegemoni UMNO seorang diri?

Apapun, jargon – jargon retorik Suhaizan sebenarnya baik sekali sewaktu menyampaikan ucapan kemenangan beliau, dengan memberi bayang – bayang gembira bahawa gaji guru – guru PASTI (pre school PAS, Pusat Asuhan Tunas Islam) akan dinaikkan, kata Suhaizan seperti yang dilaporkan, ‘Mereka, guru – guru PASTI mempunyai tangga gaji rendah, sedangkan mereka banyak berkorban,

dan

‘Saya (Suhaizan) dan exco baru akan menyemak semula gaji guru PASTI di seluruh Negara,’ kata Suhaizan. Bukan setakat guru – guru PASTI sahaja, bahkan dua unit yang bergerak mempopularkan PAS sampai ke hari ini, yang bukan dari ‘kelas ulama’, ialah wartawan – wartawan HARAKAH dan Sukarelawan Unit Amal, gaji atau elaun mereka juga harus ditingkatkan ekoran kenaikan harga keperluan asasi yang semakin meningkat naik. Jangan hanya gaji MP – ADUN sahaja naik, tetapi yang berpenat lelah, bermandi peluh untuk PAS, dibiarkan dengan ganjaran bernama ikhlas dan pahala.

Dan jargon – jargon itu sewajarnya diperluaskan, dimeratakan ke kawasan – kawasan working class yang telah tertindas diperas semenjak sekian lama oleh majikan – majikan yang buas, seperti di kilang – kilang, yang memeras kaum working class, dengan upah – upah yang murah. Jika Khairy sendiri berani mencarik adat dengan melawan kesultanan dalam isu bola, apakah Suhaizan seorang Islam Gerakan (haraki) tidak mahu mengoyak adat yang tidak berguna, yang ditinggalkan legasinya oleh ustaz – ustaz yang tidak marhaen, borjuis dan naïf? Adalah lebih ikhlas dan mustadh’afin jika Suhaizan bergerak mulai sekarang berbanding empat tahun lagi demi meraih popularity undi di kalangan kaum miskin.

Bagiku sendiri, PAS sudah tidak akan ada masa hadapan lagi, sekiranya Suhaizan tidak mampu melakukan perubahan. Dalam bahasa lebih ‘catchy’, populis dan anak muda, masa hadapan PAS bergantung kepada Suhaizan.

merujuk:
HARAKAH EDISI JUMAAT. BIL 1896 18 - 20 MUHARAM 1435 / 22 - 24 NOV 2013
PEMUDA PAS DAN DIMENSI BARU PERJUANGAN. ABD SHUKUR HARUN
http://www.malaysiakini.com/news/247292
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/suhaizan-kaiat-ketua-pemuda-pas-baru-anak-hadi-timbalan
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/harapan-kepada-suhaizan-kaiat-ahmad-syukri-ab-razab
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/meor-yusof-aziddin/article/antara-khairy-jamaluddin-dan-muhaimin-sulam



Tuesday, 26 November 2013

ISLAM & REVOLUSI SOSIAL


(pada 8hb April 2013 pukul 3.55 pagi)

Sebenarnya Islam adalah lebih daripada agama formal semata – mata, bahkan merupakan penyeru kuat untuk revolusi masyarakat dan penentang hebat terhadap mereka – mereka yang berkepentingan. Ini jelas kelihatan daripada solat dan zakat. 

Dalam kebanyakan ayat al – Qur’an, solat sentiasa disebut – sebut bersama – sama dengan ayat zakat. Al – Qur’an menegaskan bahawa zakat hendaklah digunakan untuk membantu anak – anak yatim dan fakir – fakir miskin, membebaskan hamba sahaya, melepaskan orang – orang yang berhutang daripada hutang – hutang mereka dan menyediakan kemudahan bagi para musafir. Di Tanah Arab pada masa itu, langkah – langkah ini mempunyai pengertian Revolusi yang besar, dan oleh sebab itu golongan pedagang yang berkuasa di Mekah lantas mengadakan satu barisan bersatu menentang Rasul Islam kerana merasakan kepentingan mereka tercabar olehnya.

Kesan Revolusi daripada ajaran – ajaran Islam ternyata apabila ia mengakibatkan polarisasi tenaga – tenaga social. Hamba dan golongan lain yang tidak begitu berjaya di dalam perdagangan, berserta para pemuda yang radikal bersatu di bawah kepimpinan Rasulullah. Yang menentang risalah Muhammad, kerana ia menjejaskan kepentingan mereka ialah golongan kafirun. Ini juga dapat kita kesan daripada ayat al – Qur’an yang berbunyi:

Dan Kami tiadalah mengutus seorang yang akan member peringatan di dalam suatu negeri, melainkan orang – orang yang hidup mewah di antara mereka itu berkata: ‘Sesungguhnya kami tiada percaya kepada apa yang disuruh sampai kepadamu.’

Al – Qur’an memberi amaran kepada golongan kaya ini dengan ayat:

‘kekayaan dan anak – anakmu itu tidak akan dapat mendekatkan diri kamu kepada Kami. Hanya orang – orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka akan memperoleh balasan berlipat ganda daripada amalnya.’

Adalah jelas disebut di dalam al – Qur’an bahawa kafirun yang sebenarnya adalah mereka – mereka yang menimbun – nimbunkan harta mereka dan melanjutkan ketidakadilan di dalam masyarakat dan dengan demikian mendirikan sekatan terhadap usaha menegakkan ‘Adl (keadilan) dalam masyarakat. Sebagaimana yang akan kita melihat kemudian, keadilan merupakan sebuah aspek ajaran Islam yang penting dalam bidang ekonomi.

Oleh kerana perkembangan perdagangan pada peringkat antarabangsa, Mekah sudah sampai ke ambang Revolusi social. Namun demikian, sehingga kebangkitan Islam, tiadak ada pemimpin besar menyuarakan satu teori yang boleh membawa orang – orang Mekah maju ke hadapan pada peringkat rohani dan jasmani. Muhammad Rasulullah adalah yang pertama sekali memikirkan tentang proses perubahan social yang berlaku di Mekah itu.

Akan tetapi – dan ini harus jangan dilupakan oleh sesiapa yang mengkaji Islam – visi Rasullah untuk mengembangkan ajran revolusioner bukan ditentukan semata – mata oleh keadaan masyarakat di Mekah sahaja. Walaupun ajarannya dinyatakan dengan idiom yang pada asasnya berbentuk agama dan rohaniah, namun ia merupakan aplikasi universal dan bertujuan untuk membawa penyusunan semula yang besar ke dalam masyarakat.

Kita ingin memeriksa perkara ini dengan lebih teliti lagi, untuk memahami pergolakan yang sedang berlaku kini di dalam dunia Islam umumnya dan Pakistan khususnya (Asghar merupakan marga muslim India – Pakistan).

Sebagaimana yang tepat sekali ditunjukkan oleh Muhammad Ahmad Khalafallah, Rasulullah adalah seorang revolusioner dari segi fikiran dan perbuatannya. Baginda berusaha untuk membawa perubahan radikal di dalam susunan masyarakat di zamannya. Baginda tidak begitu mempedulikan perkembangan kota Mekah itu sendiri, yang dikuasai oleh golongan kaya dan kuat. Kalimah yang diajarkannya, iaitu La Ilaha Illallah, bukan sahaja menafikan kekuasaan patung – patung yang didirikan di dalam Ka’abah, bahkan tidak mengakui kekuasaan golongan – golongan yang berkepentingan besar pada waktu itu, yang meletakkan tatanan social Mekah di bawah jari telunjuk mereka.

Kafirun di Mekah tidak marah kepada Muhammad yang berdakwah menentang amalan menyembah patung. Akan tetapi mereka tidak merasa senang dengan implikasi Revolusi ajarannya itu. Kesemua penentang kuatnya datang daripada kelas peniaga kaya, yang tepat merasakan kekuatan mereka untuk berkuasa dan menindas (intimidate) sudah tercabar. Begitu hebat sekali mereka merasakan bahaya cabaran ini sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk menganiayai pengikut – pengikut Muhammad, dan jika boleh menghapuskan mereka.

Oleh sebab inilah maka Muhammad mengambil keputusan mengarahkan pengikut – pengikutnya berhijrah ke Madinah, kerana di sana beliau mendapat jaminan sokongan. 

Lebih awal lagi sekumpulang pengikutnya telah berpindah ke Habsyah.
Rasulullah dengan mendapat wahyu, mencadangkan pembentukan susunan masyarakat berlainan yang adil serta tanpa penindasan dan menentang pengumpulan kekayaan di tangan segelintir orang. Tidak syak lagi, wahyu – wahyu yang diturunkan ini berbentuk teologi, bukannya sosiologi, sesuai dengan system pemikiran yang meluas pada zaman Muhammad. Akan tetapi boleh dilihat dengan jelas implikasi sosiologi daripada wahyu itu.

Mengagih – agihkan lebihan harta kekayaan kepada lapisan lemah dalam masyarakat disebut sebagai ‘infaq fi sabilillah’ yakni berbelanja pada jalan Allah. Al – Qur’an mencela mereka yang menyorok emas perak dan tidak membelanjakannya mengikut jalan Allah dan memerintah Rasul supaya member amaran kepada penyorok harta tentang balasan pedih yang menunggu mereka. Dengan susunan ekonomi yang meluas di dalam masyarakat pada masa itu, satu – satunya jalan untuk melindungi golongan lemah ialah dengan mewajibkan golongan kaya membelanjakan lebihan kekayaan mereka mengikut jalan Allah.

Sayugia diingat apabila Revolusi social diajar melalui konsep agama, maka kata – kata seumpama itu pasti akan digunakan. Namun begitu, untuk menjaga inti ajaran agama, istilah – istilah teologi perlu ditafsirkan bersesuaian dengan istilah ekonomi politik dan sosiologi moden. Anjuran agama supaya dibelanjakan lebihan kekayaan mengikut jalan Allah bererti dalam konteks sosiologi moden, membentuk institusi yang sesuai seperti pemilikan masyarakat ke atas punca – punca pengeluaran, mengenakan cukai ke atas pendapatan lebihan, melalui jentera kewangan pemerintah, untuk kebajikan bersama rakyat dan mengadakan langkah – langkah lain seumpamanya guna mengagihkan kekayaan dalam masyarakat.

Sesungguhnya Rasulullah tidak berhajar hendak memutarkan roda sejarah ke belakang. Beliau menentang amalan riba yang menindas, akan tetapi tidak melarang sepenuhnya pengambilan untung (laba) yang perlu di dalam konteks masyarakat perdagangan. Akan tetapi beliau mengenakan beberapa sekatan untuk memastikan amalan menindas tidak dilakukan oleh para peniaga dan para pedagang yang tidak lurus. Jikalau untung dihapuskan sama sekali, akibatnya buruk terhadap masyarakat perdagangan yang sedang berkembang ketika itu. Namun begitu, sudah pasti amalan buruk dengan tujuan untuk menipu atau mengambil untung berlebihan daripada kedudukan seseorang akan dicela.

5, 6 & 7
ISLAM DAN CABARAN MASA KINI


Sunday, 24 November 2013

Sosialisme dalam Islam (Bahagian Kedua)

Sosialisme dalam Islam
Pengarang : Dr Mustafa As – Siba’ie
Penterjemah : H.A Karim
Mukaddimah Cetakan Pertama (Bahagian Kedua)

(Sila rujuk post sebelum ini)

Dan telah muncul ramai ulama’ – ulama’ dan reformis – reformis semenjak dari zaman reformis agung era ini, Sayyid Jamaluddin Al – Afghani dan anak murid merangkap temannya, Imam Muhammad Abduh (semoga dirahmati Allah keduanya) sehingga ke zaman kita sekarang ini, yang mana mereka cuba untuk menyuluh kembali hakikat sebenar yang dijahilkan dan ditutup oleh pendakwah-pendakwah asing ke atas pemikiran rakyat rantau Timur, Arab dan Islam ini. Dan ini adalah sebagai usaha dalam mematangkan mereka dalam ledakan ilmu sekaligus menjadikan mereka mampu menjawab segala perkara yang batil dan mendedahkan keburukan dan kepalsuannya serta akhirnya mampu menyinarkan kembali kecantikan hakikat sebenar Islam.

Dan hari ini apabila saya ingin mengemukakan suatu perbahasan (Sosialisme dalam Islam), saya mengharapkan bahawa akan ada untuk saya ganjaran di sisi Allah S.W.T di atas khidmat saya ini dalam usaha menangkis kebatilan dan menjelaskan keraguan dan juga menyeru kepada jalan Allah dengan hikmah dan seruan yang baik.

Sebelum saya terjun ke dalam kabut permasalahan yang akan saya bincangkan dalam buku ini nanti, ingin saya titipkan sedikit nota :

Pertama
Saya telah menamakan undang – undang dan hukum – hukum yang datang dalam Islam dalam mengurus pemilikan harta dan tanggungjawab sosial dengan (Sosialisme dalam Islam), dan saya mengetahui bahawa ada sesetengah orang tidak menggemari nama ini, kerana bagi mereka sosialisme  tidak lebih daripada trend atau fesyen ekonomi zaman ini, maka tidak boleh kita segera mengatakan bahawa sosialisme itu Islam, memandangkan 'fesyen' atau 'trend' ekonomi ini boleh sahaja digantikan dengan 'fesyen' dan 'trend' ekonomi yang lain pada masa hadapan. Maka kami terpaksa mengubahnya kepada 'Sosialisme dalam Islam'. Dan di sana terdapat mereka yang berhati-hati dalam mengatakan sosialisme itu Islam kerana mereka takut akan penguasa-penguasa dan pendakwah-pendakwah dalam ideologi sosialisme khususnya komunisme mengambil kesempatan daripada mereka dengan menyeru orang ramai kepada ideologi mereka hasil daripada pemahaman tersebut. Selain daripada itu, kita juga telah mengetahui bahawa Islam itu adalah sebuah sistem yang berdikari, berdiri dengan zatnya yang tersendiri, dan Allah telah menamakannya dengan Islam, maka tidak perlulah kita menamakannya dengn nama lain yang baru!

Dan ada sebahagian daripada manusia yang menyangkal bahawa dalam Islam ada tanda – tanda yang cenderung terhadap sosialisme; mengatakan bahawa itu semua adalah penyelewengan terhadap reputasi dan nama baiknya sahaja dan bukanlah suatu penghormatan bahkan pemalingan daripada unsur sosialisme itu sendiri, dan ini adalah seperti pandangan para komunis yang mana kepentingan kepartian mereka mewajibkan ke atas mereka suapaya meyakini dalam fikiran mereka bahwa komunisme itu adalah satu-satunya jenis sosialime yang benar, dan apa yang selainnya adalah palsu dan salah. Bahkan lebih jauh, ada sesetengah daripada mereka mengira bahawa Islam itu adalah agama kapitalis! Dan mereka semua itu adalah mereka yang jahil dan tidak tahu tentang Islam walaupun sebahagian daripada mereka menyukai akan agama ini! Ada juga sebahagian daripada yang lain mengatakan bahawa Islam ini adalah suatu servis kepada Barat, dan yang berlegar-legar mengelilingi orbitnya adalah golongan-golongan kaya, golongan yang mempunyai kemewahan dan harta yang banyak yang mana menjadikan agama sebagai komoditi, atau lebih mudah kita kenali sebagai peniaga agama, yang meletakkan diri mereka sebagai khidmat kepada yang menbayarnya.

Sesungguhnya saya memilih pendapat bahawa sosialisme ada dalam Islam walaupun ada sesetengah yang tidak menggemarinya kerana saya berpendapat sosialisme adalah suatu 'fesyen' atau 'trend' yang tidak akan hilang ditelan zaman, bahkan ia cenderung kepada unsur kemanusiaan yang mana dipaparkan dalam ajaran Nabi – Nabi dan usaha – usaha para reformis semenjak zaman – berzaman. Masyarakat pada zaman ini mulai ingin mengukuhkan kembali fahaman ini bagi membebaskan mereka daripada kepedihan dan kejerihan akan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat dan perbezaan darjat yang buruk sesama mereka, Dan bukanlah objektif atau hakikat sebenar sosialisme itu adalah sekadar (pemiliknegaraan) atau (menghapuskan kapitalisme) atau (menentukan hak milik) ataupun (penambahbaikan cukai), tetapi itu semua adalah jalan yang dipandang oleh para penggiatnya sebagai cara dan kaedah yang betul dalam mengukuhkan objektif sosialisme.

Daripada jalan – jalan yang berbeza dalam menentukan objektif sosialisme tadi, dapatlah kita rumuskan bahawa objektif utamanya adalah untuk menghalang individu daripada pengeksploitasian modal secara total dalam memperolehi kemewahan di atas kesengsaraan orang lain, juga sebagai pengawasan negara ke atas aktiviti – aktiviti ekonomi individu di samping menjaganya, dan juga mengukuhkan solidariti atau tanggungjawab sosial di antara rakyat dengan cara menghapuskan kemiskinan, kekurangan, perbezaan kemewahan yang teruk yang berkait rapat dengan kelaparan, kefakiran, penderitaan dan penghinaan yang seiring dengan kemewahan, kezaliman, dan pereputan etika.

Dan saya merasakan bahawa sesiapa sahaja yang mengetahui tentang agama Islam ini dan memahami akan ruh serta esensinya dengan betul tidak akan mengingkari bahawa agama ini sememangnya mengambil kira akan objektif yang ditekankan dalam sosialisme sebagaimana yang saya sebutkan tadi dalam syariatnya. Bahkan, Islam juga mencuba untuk mengukuhkannya dengan sebaik – baik keadaan. Oleh hal yang demikian, dapatlah kita rumuskan bahawa ia tidak mampu lari daripada konteks kemanusiaan dan kekeliruan serta kabut permasalahan akan sentiasa berlaku selagimana kita tidak mencuba untuk menuju ke arahnya. Sesungguhnya menjadi suatu pemalingan daripada agama Allah serta suatu kezaliman kepada syariat Islam jika kita mengingkari esensi yang ada pada sosialisme yang turut ada pada Islam, atau kita sengaja mencuba untuk menjauhinya secara buta, tanpa memahami, esensi serta nilai yang ada di dalamnya.

Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman ini, manusia, tidak kira dari pelbagai ceruk rantau bersesak – sesak dalam memegang pegangan sosialisme mereka; berusaha dalam keadaan mereka yakin bahawa itu sahaja jalan yang satu dalam merealisasikan objektif mereka yang kita bincangkan sebentar tadi. Iaitu, jalan sosialis. Maka apakah tidak wajib ke atas kita untuk menunjukkan kepada mereka jalan atau alternatif lain yang mereka tidak tahu? Dan ia adalah alternatif yang lebih sempurna kaedahnya, lebih banyak integriti serta nilainya, dan jauh daripada segala kekurangan yang ada dalam fikrah sosialisme! Maka apakah orang-orang yang mengatakan bahawa hakikat kebenaran sebenar di tangannya lakukan ketika manusia mencari-cari akannya? 

Tidakkah mereka mencuba untuk menarik perhatian mereka yang mencarinya? Maka kenapakah kita masih lagi lengah dalam tindakan kita menarik masyarakat ke arah cara Islam dalam merealisasikan objektif itu yang mana juga merupakan objektif yang disepakati oleh seluruh manusia dari sepanjang zaman?

Maka apa yang kami paparkan dalam perbahasan – perbahasan buku ini adalah mengenai syariat Islam yang datang dalam merealisasikan objektif sebenar yang kita bincangkan tadi. Tidak ada sebarang penambahan mahupun penyelewengan di dalamnya, bahkan ia adalah hasil daripada pengukuhan teori – teori dalam hukum – hukum fikah, serta bukti – bukti praktikal hasil daripada sejarah kerajaan – kerajaan Islam dari pelbagai zaman. Jika dikira melalui istilah, maka ada yang menamakannya sebagai 'keadilan masyarakat', 'tanggungjawab sosial', ataupun 'pemerangan kemiskinan' atau apa sahaja yang menyerupainya. Walaubagaimanapun kami akan menamakannya dengan nama yang mana sesuai dan disukai dengan masyarakat, tidak kiralah apa sahaja, kerana yang penting ia membebaskan masyarakat daripada ketidakadilan ekonomi dan sosial, bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam Al-Quran 

[Dan serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik] - Al-Isra' : 125.


Dan apakah hikmah jika ia tidak menyeru manusia ke jalan yang benar dan baik dengan kaedah yang disifatkan padanya dan disukai olehnya?

METAFORA

Hidup memang bukan mudah dan kerana payahlah kehidupan itu, aku dan engkau akan menjadi lebih bermakna sebagai manusia.
-Faisal Tehrani, Cinta Hari – hari Rusuhan

Hidup ini hanya sementara, yang muda pasti menjadi tua dan yang hidup pasti merasai mati. Tapi masih ramai masih tidak mengerti hakikat kehidupan. Terhanyut dalam buaian kelalaian, tertipu dengan mainan dari kaum yang melakukan kezaliman.

Aku anak muda, tersesat dalam permainan waktu. Dalam ruang realiti yang segalanya tidak pasti, mengundang skeptisme dalam setiap tingkah kerohanian dan kemanusiaan. Wakil tuhan yang menyembah dunia, menjilat tangan – tangan kapitalis sehingga licin tiada tersisa. Membuat aku keliru dan terpinggir dari jejak – jejak wahyu.

Agama tuhan itu bagaimana? Jika yang tertindas itu dipijak dan dipujuk untuk menerima dengan ayat – ayat cinta yang kononnya datang dari Yang Maha Kuasa. Menentang itu dikatakan menderhaka. Bagai Jebat yang menuntut bela saudaranya, tetapi disangka pengkhianat nusa. Jika Tuah itu seorang yang benar, kezaliman pasti tidak mereda, yang tertindas pasti tidak akan terbela. Dunia akan ditimpa celaka. Diperbodoh empunya kuasa.

Tuan – tuan dan puan – puan dan mereka yang memandu kereta – kereta mewah, berpakaian dengan pakaian bangsawan, makan dengan makanan yang mahal, adakah anda tahu ada di kalangan kita yang tidak mempunyai kasut pun untuk berjalan, ada di kalangan kita yang tidak mempunyai pakaian untuk dipakai, ada di kalangan kita tiada makanan untuk dimakan, ada di kalangan kita tidak mempunyai rumah untuk berlindung, ada di kalangan kita tidak mempunyai ilmu menulis, membaca dan mengira. Adakah kamu peduli?

Susuri lorong – lorong hanyir kehidupan, wilayah di mana kemanusiaan diharamkan. Anak – anak terpinggir bermain keriangan, terlalu mentah untuk mengerti erti penderitaan. Ayahmu “doktor”, ibumu “kaunselor” yang menenangkan jiwa – jiwa manusia diresapi jiwa iblis, berubat dengan meratah tubuh – tubuh gebu. Berkhidmat pada mereka berjiwa kapitalis. Wang adalah tuhan, yang memberi sebuah kehidupan untuk bertahan sehingga keesokan.

Wahai jiwa – jiwa yang bergelimpangan di jalan – jalan. Ketika orang lain beratapkan zink dan siling, kau beratapkan awan. Ketika orang lain beralaskan tilam empuk, kau beralaskan debu dan kotak buruk. Bahagia dikau berselimut embun dingin, ditemani kucing dan anjing, beraroma berak dan kencing.

Kesihatan itu barang mewah, pendidikan itu barang megah yang tidak kau warisi dari orang tua terdahulu,yang selalu tunduk membisu. Ketika dipijak, mereka tersenyum. Ketika diperbodoh, mereka ketawa. Akhirnya, anak cucu terkubur, jatuh tersungkur, hiduplah kamu terjebak dalam mundur.

Kita seperti awan hitam. Semakin lama semakin gelap, semakin lama semakin berat. Sampai akan suatu masa,kita akan gugur menjadi titis – titis kecil yang terdampar di suatu tanah gersang yang kemungkinan menjadi titis – titis kesia – siaan. Kita takut untuk menjadi ribut, kita takut untuk menjadi awan hitam yang bergumpal, menjadi petir – petir yang membingitkan, membasahi tanah – tanah sehingga banjir, dan menenggelamkan segala kehidupan dan keesokkannya kita memberi harapan baru,sinar baru. Menjadikan tanah gersang bertukar subur. Menjadikan anak pokok tumbuh bugar. Menukar sebuah oasis menjadi ladang besar.

”Kita adalah bangsa yang paling kikir”
-Jimmy Carter-
Jejak perlawanan, hanya pada mereka yang empunya hati dan perasaan. Segala isi dunia dikesampingkan. Tidak kedekut untuk menggadai nyawa dan kebahagiaan demi sebuah nilai kehidupan. Kepayahan itu seperti ubat yang menjadi manusia itu semakin kuat. Semakin di tindas, semakin melawan. Semakin ditekan, semakin jelas visi dan misi menuju kebahagiaan. Sedang ramai terpesong dengan “otak bawah” (kemaluan,nafsu) mereka kekal dengan “otak atas”(intelektual, aktivisme). Menjadi bunga Mawar yang dikelilingi bunga kertas. Kenal mana intan, kenal mana kaca.

Friday, 22 November 2013

Amankah dengan beragama Pt II


Pada 13hb November pukul 10.33 petang

Zoroaster pula menyaring campuran – campuran agama Majusi, suatu akidah wasatiyyah di antara kepercayaan berhala yang pertama dengan kepercayaan ketuhanan yang baru baik dalam pembetulan fikiran terhadap akidah ketuhanan mahupun persoalan – persoalan akhlak dan masalah dosa pahala. Mitos ketuhanan Majusi, berasaskan kepercayaan yang beku diolah Zoroaster sebagai menyifati Tuhan dengan sifat – sifat kesempurnaan termulia yang mampu dicapai akal manusia. Kesan pembawakan Zoroaster mendapat perhatian intelektual Barat kerana intipati ajaran ini mirip agama – agama samawi lainnya.

Agama mempunyai kekuatan dominasi dalam fikrah manusia kerana perintah – perintahnya berpusat kepada suara Tuhan yang dianggap kultus. Kedatangan agama – agama primitive kebanyakan darinya berkisar tentang kepercayaan terhadap sesuatu yang ghaib sebagai satu cara pergantungan diri seseorang manusia kepada kuasa lain. 

Keterkongkongan masyarakat penganut agama primitive kepada sumber daya yang terhad – laut, ladang, ternakan, pertanian, hutan – memaksa kelompok ini mewujudkan nilai – nilai spiritual diwarnai kesakralan ketuhanan yang ghaib. Walaupun perkara ini menjadikan masyarakat tersebut kekal lama daripada kemusnahan (menurut sumber sejarah agama – agama), tetapi lapisan social yang tumbuh dari dua factor tadi mengakibatkan kestatisan masyarakat daripada berkembang menurut Holbacs. 

Kepercayaan yang direka akhirnya membentuk etika – social, tindakan, pemikiran dan ilmu yang rigid ditambah pula dengan ketertundukan mereka kepada hierarchy  siapakah yang paling suci dan patut dipatuhi.

Maka kepercayaan yang pada mulanya wujud disebabkan rasa lemah dan perlunya kepada sesuatu kuasa lain, menjadi alat hegemoni untuk menundukkan manusia lain demi kepentingan peribadi. Terjadi sebegini apabila perintah agama disakralkan, wajib ditaati tanpa bicara dan dinilai akal celik –satu tindakan naluriah yang buta- inilah yang dimaksudkan Durkheim, agama adalah ungkapan local dari jiwa masyarakat yang kemudiannya disakralkan.

Sepertimana Kristian zaman pertengahan, suatu ketika dahulu pernah berlaku bantahan secara besar – besaran terhadap Gereja Katolik bila mana agama menjadi alat pemerasan dan paksaan, yang pada akhirnya menjelmakan kaum Protestant. 

Malahan Islam, tidak terlepas daripada berlakunya kerancuan agama apabila disinonimkan dengan penguasa. Abu Ja’afar al – Manshur (754 – 775M) sangat keras menghadapi lawan – lawannya terutama dari Bani Umayyah, Khawarij dan juga Syi’ah. 

Untuk memperkuat kekuasaannya, tokoh – tokoh besar yang mungkin menjadi saingan baginya satu persatu disingkirkannya. Abdullah bin Ali dan Shalih bin Ali, keduanya adalah bapa saudaranya sendiri yang dipilih sebagai gabenor oleh khalifah sebelumnya di Syria dan Mesir dibunuh kerana tidak bersedia membaiatnya, al – Manshur memerintahkan Abu Muslim al – Khurasani melakukannya, dan kemudian menghukum mati Abu Muslim al – Khurasani pada tahun 755 M, kerana dikhuatirkan akan menjadi pesaing baginya. Benar jika dikatakan politik dan agama adalah berbeza. 

Akan tetapi mengapakah seseorang yang mempunyai wibawa agama, sanggup berbunuhan kerana berlainan fahaman, berbeza pendapat, hanya kerana tidak sehaluan?

Bukankah agama mengajarkan etika, tata – hidup, undang – undang kerohanian, moral, ketuhanan dan menyulut keilmuan? Soalnya, mengapakah pegangan dan kepercayaan menjadi alas untuk mewujudkan perpecahan? Kami lebih benar, salvation berada dalam Kristian. Syurga berada di tangan seorang muslim yang bersyahadah. Syi’ah merupakan pewaris kenabian Muhamad, Yahudi merupakan bangsa pilihan Tuhan. Claim – claim seperti inilah yang membawa kepada penyataan ‘kesejahteraan hidup selepas matilah’ selalu menjadi candu untuk satu aliran fahaman meraih pengikut.

Tuhan sepatutnya menjadi puncak pembebasan manusia daripada belenggu nafsu serakah mereka. Suara Tuhan dalam erti kata lain, agama, merupakan pengejawantahan di mana nilai – nilai positif diangkat dan ditaati. Bukan kehendak Tuhan dimonopoli untuk kepentingan peribadi. Kaum radikalis humanism moden di Eropah abad ke 18 mengeluarkan satu deklarasi yang berbunyi: ‘Singkirkan Tuhan dari kaedah moral, dan gantikan dengan kata hati, kerana manusia adalah makhluk yang punya kata hati bersifat moral bawaan (conscience morale).

Barat pada era pencerahan banyak mengetengahkan idea – idea yang pada zahirnya seolah – olah menolak agama. Akan tetapi ini tidaklah menjadikan mereka cuba mengadakan ghazwatul fikr (serangan pemikiran) seperti yang didakwa sesetengah kelompok. Kesedaran menggunakan akal sendiri (sapere aude) dalam membina kemajuan umat manusia, juga melihatkan kesan pemaksaan dan pembakuan yang berlaku disebabkan pengaruh agama, membawa kepada kelahiran idea – idea kemanusiaan (humanism) seperti Liberalisme Barat, Marxisme dan Eksistensialisme.