Gua tulis ni, permintaan seorang rakan yang tanya gua
tentang mak bapak yang tidak suka anak – anaknya bergiat di dalam politik
demonstrasi.
Gua tahu mak bapak cari duit bukan main payah nak masukkan
lu dalam IPT, selambe dek je lu main demo.
Tak apa. So gua nak tanya lu, apa tujuan belajar? Pendek sahaja soalan gua. Apa
tujuan belajar?
Gua bimbang mak bapak lu tak mampu jawab satu soalan mudah
ini dan terkial – kial nak buka kamus, untuk sebut, ‘tujuan belajar untuk
mendapatkan ilmu’. Serius gua cakap, bullshit.
Bullshit sebab apa? Sebab mak bapak lu hipokrit. Sebenarnya mak
bapak lu mahukan lu mendapatkan sijil, diploma,
degree dan mendapat kerja besar,
rumah besar dan gaji besar, that’s the
point! Mak bapak lu semua mahukan lu semua menjadi hipokrit sama macam
mereka juga. Mahukan lu menjadi individualistic
dan materialistic seperti mereka
juga!
Come on bro! come on sister!
Lu semua kena mengakui hakikat ini! Inilah matlamat
pendidikan konvensional masakini! Mahu lu – lu semua menjadi balaci kepada
tirani, menjadi pak angguk pada si zalim, menjadi jentera, menjadi kaki menjadi
tangan pada regim, menjadi perkakas kepada penindas, menjadi mat – mat ikut dan
minah – minah poyo yang cuma menjadi penonton pada setiap scene kezaliman yang berlangsung! Come on bro!
System yang korup
ini, memerlukan sebuah kitaran, untuk menjaga ianya supaya terus menerus sampai
bila – bila pun status quonya tidak dicabar! Inilah matlamat system korup! Memerlukan sebuah silibus
yang korup, yang sudah sedia mandul, untuk memandulkan fikrah anak – anak bangsanya
supaya tidak bangkit melawan system korup
ini pada akhirnya!
So, balik semula
kepada persoalan gua di awal, apa tujuan belajar??
Bagi gua secara peribadi, benar. Kita belajar untuk mendapatkan
ilmu. Tetapi ilmu itu wajiblah bukan menjadi alat untuk kita mendapat doctor atau professor dalam masa yang sama tidak mencubit, atau mencuit, atau
mengusik walau sedikit kezaliman pun! Kezaliman seakan – akan tidak menyedari
kewujudan kau pun, apakah ilmu kau akan berguna untuk umat manusia sejagat jika
begitu?
Ilmu itu wajib bergerak dan menggerakkan! Ilmu itu bukan
mati, dan mematikan! Ilmu itu bukan sepatutnya dibiarkan mati dalam buku – buku
teks teori dan hanya berdiam diri terhadap kezaliman!
Kata Rendra, pujangga besar Indonesia, ilmu itu, sama ada
menjadi alat pembebas atau alat penindas!
Katakan kepada mak bapak lu semua yang masih berfikiran
negative, bahawa, kami terpaksa menentukan masa hadapan kami sendiri, supaya
kami beroleh Negara yang lebih baik, lebih demokratik, lebih adil, lebik
saksama, kekayaan hasil mahsul bumi dikongsi bersama, sama rata sama rasa,
lebih berintegrity tatakelola, bukan Negara yang bernanah rasuah membarah membusuk berbau korup, yang rasis,
yang lucah, yang kotor, yang jijik, yang najis, yang tidak bermaruah, dalam
masa yang sama, kami mendapat sijil / diploma
/ degree, kereta besar, rumah besar,
gaji besar dan orang – orang lain sedang tenggelam dalam proletarisasi, menjadi
saksi mata melihat kami yang jahat segala – gala.
Dan pada akhirnya, kehidupan lu semua, lu sendiri yang
tentukan. Bukan mak bapak lu. Bukan tok nenek lu. Bukan pakcik lu, bukan abang
lu, jiran lu, bukan kucing lu, dan bukan aku. Lu sendiri yang bertanggungjawab
terhadap apa – apa jua pilihan yang lu pilih.
Beranilah berkata benar, meski ianya mencabar langit dan
mencabar bumi!
*perhatikan isi surat Anthon Chekov, ketika cemas melihat intelligentsia Russia sudah tidak dapat
lagi mempertahankan kebudayaan Russia dari kebobrokan moral.
‘Tuan, yang harus disalahkan adalah seluruh intelligentsia. Ketika mereka masih mahasiswa, mereka adalah orang – orang yang baik dan jujur, di pundak mereka terletak pengharapan kita. Mereka adalah masa depan, tetapi sebaik sahaja mereka memperoleh posisi dan kehidupan yang bebas mandiri, maka pengharapan kita dan masa depan itu berubah menjadi asap, dan filter yang tinggal hanyalah para doctor yang memiliki villanya sendiri, pejabat yang rakus dan engineer yang tidak amanah.’
No comments:
Post a Comment