Menurut Hazman Baharom,
Agama menjadi candu melalui sekurang-kurangnya empat cara.
Pertama,
agama
menjanjikan syurga dengan kebahagiaan berpanjangan. Engels berhujah
bahawa kekuatan agama Kristian membujuk rakyat tertindas dengan
menjanjikan ‘keredaan Tuhan dan pembebasan daripada penderitaan di
akhirat’.
Bayangan tentang syurga yang penuh
kebahagiaan akan menjadikan kehidupan dunia yang penuh sengsara mampu
diharungi oleh masyarakat.
Kedua,
terdapat beberapa agama yang melihat penderitaan akibat penindasan
sebagai satu kemuliaan. Secara khusus, mereka yang bersabar dengan
derita yang dialami akan diberi ganjaran oleh Tuhan. Oleh sebab itu,
agama telah berfungsi menjadikan kemiskinan dan penderitaan boleh
diterima dengan baik dengan menjanjikan ganjaran untuk orang-orang yang
sabar di akhirat kelak. Sebagai contoh, ketika hari-hari awal Revolusi
Perindustrian di England, para kapitalis telah menggunakan agama untuk
mengawal para buruh dengan menegaskan bahawa agama sentiasa menganjurkan
para buruh untuk bekerja keras dan bersungguh-sungguh.
Ketiga,
agama
menjanjikan campur tangan Tuhan untuk menyelesaikan masalah dalam
kehidupan manusia. Hal ini terjadi apabila agama menjanjikan masa depan
yang indah dalam kehidupan di dunia apabila tiba masanya.
Bantuan
Tuhan akan datang dan semua orang akan hidup dalam kebahagiaan dan
keamanan. Sebagai contoh, penganut Jehovah Witness percaya bahawa suatu
hari nanti, kuasa Tuhan akan turun ke bumi dan akan mewujudkan ‘syurga
di dunia’. Hal inilah yang telah menyebabkan penderitaan hari ini dapat
diterima, kerana agama menjadikan manusia percaya bahawa suatu hari
nanti Tuhan akan menjadikan dunia ini serba bahagia.
Keempat,
agama
menjustifikasikan sistem sosial sedia ada dan kedudukan seseorang
individu di dalam sistem tersebut. Menurut Marx dan Engels, agama
menjadikan manusia percaya bahawa Tuhan menjadikan struktur sosial sedia
ada dan manusia diperintahkan untuk mengikutnya. Sebagai contoh,
raja-raja pada zaman pertengahan di Eropah menggunakan justifikasi agama
untuk mengukuhkan kekuasaan. Malah, jika kita tinjau zaman yang jauh
lebih awal, Firaun telah pun menggunakan justifikasi sebegini (ana
rabbukum al-a’la; akulah Tuhan kamu yang maha tinggi!) untuk membenarkan
perbuatannya.
Dan di celah – celah seperti inilah
lelaki – lelaki revolusioner seperti Ali Syari’ati lahir melawan
agamawan (g) dan mengkritik Marxisme.
Antara Kritikan Islamis Fasis - Eksklusif dan Muslim Kritis
Sebelum
kita bersama – sama pergi meninjau pandangan kritis Syari’ati terhadap
Marxisme, ada baiknya disebutkan di sini betapa terburu – burunya
Islamis Fasis dari kalangan Islam Eksklusif seperti PAS sendiri yang
bertindak seperti seorang Stalin, yang dengan kejam tanpa belas ehsan
memukulrata teori komunistik – sosialistik (kolektif – hidup secara
kebersamaan) sebagai teori dari Yahudi, Atheis, anti agama dll lagi yang
sangat fasis dan tidak ilmiah mana.
Sekalipun ramai lagi
Islamis (luar Malaysia) mengkritik Komunisme – Sosialisme, kritikan
mereka adalah lebih ilmiah dari Parti Islam Se – Malaysia PAS yang
seperti tidak berminat untuk memandaikan anggota – anggotanya sendiri.
Mereka seperti selesa jika ahli – ahli PAS terus tidak tahu atau
mengkaji atau memikirkan tentang ajaran – ajaran ekonomi yang lain.
Drs
A. Shamad Hamid, sekalipun ketika mengkritik Komunisme – Marxisme,
beliau adalah lebih cermat dan berhati – hati dalam menolak Komunisme –
Marxisme. Sungguhpun jika kita tidak sepenuhnya harus bersetuju dengan
penolakan beliau, dalam bukunya, Islam dan Pembaruan, adalah teliti
sekali sejarah Komunisme secara teori dan praktik diambil.
Menurut beliau, Komunisme berasal dari kata “commune”
yang bererti: sekelompok manusia (masyarakat) yang hidup dalam taraf
serba sama dalam segala segi. Dan Komunisme menurut beliau, ialah sebuah
ajaran atau ideology yang mengusahakan kehidupan masyarakat ke arah
kebersamaan.
Dalam masyarakat Mesir kuno di bawah
pemerintahan Ratu Nevertiti dan Ratu Nevertari, rakyat petani yang
tertindas waktu itu pada hari – hari tertentu diperbolehkan menghadap
langsung untuk mengadu kepada Ratu.
Hammurabi, Raja
Babylonia mengkodifikasi hukum secara tertulis yang pertama di dunia
yang berasaskan perlakuan yang sama yang hingga kini menjadi asas hukum
dagang, diplomasi dan hubungan internasional, sehingga ia mendapat gelar
“Bapak Hukum”.
Plato kemudian pada zaman Yunani kuno lebih mendetail lagi. Dalam bukunya “The Republic” sekitar 450 tahun sebelum Masihi, beliau menuliskan tentang “kehidupan yang sama rata dan sama rasa”.
Selain dari Plato yang lebih jauh mendahului Karl Marx akan “kehidupan yang sama rata dan sama rasa”,
cendiakawan Muslim bernama Al – Farabi pernah menulis gagasan semacam
itu namun disesuaikan dengan ajaran Islam dalam bukunya “Mujtama’ al – Mithali” atau “Al – Madinah al –Fadhilah”
(sebuah masyarakat ideal). Selain itu, Ibnu Khaldun juga antara yang
awal memperkenalkan anasir – anasir Sosialisme ilmiah dalam magnum opusnya, iaitu “Mukaddimah”.
Shamad
Hamid, menyebutkan lagi, (suatu keadaan yang langsung tidak pernah
disebutkan mana – mana ulama’ – ulama’ politik PAS bila mengkritik
Komunisme – Marxisme), Robert Owen, sekitar tahun 1845 telah melakukan
sebuah percubaan secara serius dengan membeli sebuah perkampungan di
Indiana, Amerika Syarikat yang dikelilingi sawah serta dilengkapi dengan
dapur umum, rumah sakit, sekolah, gudang, dan lain – lain. Penduduk
bekerja bersama dalam waktu yang sama pula dan sepulang dari sawah
mereka tinggal dan makan di dapur umum yang serba percuma. Sekalipun
usaha Robert Owen bersama William Thompson di Inggeris ini gagal
(perkampungan yang diberi nama New Harmony ini ada di New Lanark,
Scotland juga, cuma satu yang dapat bertahan dalam beberapa waktu iaitu
Oneida Community 1848 – 1881), sekurang – kurangnya ini adalah percubaan
eksperimental komunistik yang menarik untuk diteliti kerana sekitar
70an – 80an, perkampungan ala komunistik – sosialistik versi agama mula
muncul di Malaysia, iaitu perkampungan al – Arqam.
Dr.
Mustafa El – Rafie seterusnya lebih baik kritikannya kepada Sosialisme
(beliau di dalam bukunya, yang diterjemahkan iaitu Islam yang Dinamik
bukan Statik, tidak menggunakan perkataan Komunisme atau Marxisme atau
menyamakan sahaja Sosialisme dengan Komunisme) menuliskan,
Ciri Persamaan dalam Institusi Wakaf dengan Sistem Sosialis,
Bahawa erti wakaf itu ialah menahan ‘ain harta untuk satu – satu tujuan kebajikan yang tertentu yang tinggal kekal hingga ke hari kiamat, selagi 'ain
harta itu tinggal kekal. Tidak ada suatu tindakan pun yang boleh
menggugatnya dari menjadi harta wakaf. Adapun hasil yang diperolehi
daripada wakaf itu hendaklah dibelanjakan untuk jalan – jalan kebajikan
yang ditetapkan baginya. Ini membawa erti bahawa fikah Islam membenarkan
ditahan mana – mana ‘ain tanah daripada sebarang jual – beli,
pindah milik dsb, dan hasil yang diperoleh daripadanya dibahagikan
kepada orang – orang yang berhak menurut syarat wakaf itu. Ini, menurut
Dr. Mustafa adalah suatu perkara yang telah diperluaskan oleh system
komunis dalam perlaksanaannya dengan menjadikan tanah itu hak milik
orang ramai yang tidak boleh dijual – beli atau dipusakai kerana
keseluruhan rakyat berhak padanya.
Dalam bab ini, Abdul Rahman Limbong, pernah mengatakan, , bumi adalah hak Allah yang daripadanya dipecahkan kepada tanah mubah, mamluk khas dan mamluk am, baitulmal dan bumi mawas. Tanah mubah adalah tanah yang diambil daripada haqqullah atau
tanah Allah untuk diusahakan bagi memperoleh rezeki yang halal, setelah
diusahakan dan mulai dipusakai turun temurun ia dipanggil tanah mamluk khas.
Jika tanah pusaka itu tidak lagi diwarisi dengan susunan yang sah, ia menjadi mamluk am dan
diserahkan kepada baitulmal. Kalau tanah itu hilang langsung warisnya
maka ia menjadi bumi mawas iaitu menjadi hak kerajaan semula
(Pemberontakan Kedua, Faisal Tehrani).
Meninjau Kritikan Syari’ati pada Marxisme
Dengan
meminjam ayat Eko Supriyadi, Syari’ati boleh dikatakan sebagai sarjana
Muslim yang cukup ekstrim dalam mengkritik Marxisme. Syari’ati juga
meski tidak pernah menggelar dirinya sebagai Sosialis Muslim, malah
dituduh sebagai seorang Marxisme yang berbaju Islam dan dicacimaki oleh
musuh – musuhnya dengan kata – kata seperti, “kami peringatkan
pemerintah kerajaan Iran, rakyat Iran dan ulama’ Iran, bahawa selama
seribu tahun terakhir ini, sejarah Islam dan Syi’ah tidak pernah bertemu
dengan musuh yang lebih mengerikan selain Ali Syari’ati” Syari’ati
tetap meminjam pengalaman – pengalaman Marxisme ke dalam terminology –
terminology Islam dengan menyaring secara berhati – hati (tidak menolak
total atau menerima total).
Sebelum mengajukan kritikan
beliau terhadap Marxisme, Syari’ati terlebih dahulu mengidentifikasi
Marxisme sebagai doktrin yang memiliki beberapa karekteristik, antaranya
yang dapat disebutkan di sini ialah penolakan Marxisme terhadap
fenomena spiritual manusia yang bersifat non materi, pembatasan Marxisme
terhadap keperluan dan cita – cita ideal manusia pada kekuasaan dan
pengagungan Marxisme terhadap keperluan ekonomi di atas seluruh
keperluan manusia, dan Marxisme berpijak pada mesin – mesin yang
dipandang sebagai factor yang menjamin kekuasaan dan tingkatan ekonomi,
pendewaan terhadap prinsip “produksi” dan kemudiannya menjadikan mesin –
mesin sebagai berhala peradaban moden, dengan demikian maka Marxisme
dinilai sebagai doktrin yang bermuara pada “Materialisme” baik dalam
bidang kehidupan maupun akidah.
Pada kesempatan tertentu
Syari’ati cukup memuji Marxisme yang secara tekun menyerang Kapitalisme
yang bersifat memusnahkan (destruktif) dan mereduksi (mengurangkan)
nilai – nilai kemanusiaan (Humanisme), namun bagi Syari’ati apa yang
dilakukan Marxisme hanyalah usaha menghapuskan kediktatoran baru oleh
para proletar. Dalam Humanisme yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia,
Syariati menyebutkan:
“Kali ini, yang muncul
adalah manusia menggantikan “penghapusan pemerintahan”. Diktatorisme
–proletariat menggantikan masyarakat bebas dan kebebasan bekerja.
Masyarakat, seluruhnya diprogram dan direncanakan dari atas, di mana
semua individu dipekerjakan sebagai ganti atas pengingkaran mereka
terhadap system mekanik. Lalu, bersandar dan berpijak dalam bentuk yang
sangat ketat kepada “revolusi industry yang bergerak cepat” sebagai
pelaksana system kapitalis – mekanik, sebagai ganti dari “pembebasan
manusia dari birokrasi – borjuistik”. Alih – alih bebasnya manusia dari
“lembaga – lembaga pengurusan – ekonomis kapitalis” yang muncul justeru
perbudakan manusia dalam “masyarakat” yang diorganisasikan secara ketat.
Alih – alih “peningkatan kebebasan manusia”, yang muncul justeru
terlipatnya manusia yang bermasyarakat, berperadaban dan bermoral. Alih –
alih terhapusnya “taklid dan penyembahan terhadap gereja”, yang muncul
justeru taklid dan menyembah kepada “biro ideology”.
“Demikianlah
yang kita lihat. Manusia, dalam system kapitalis, merupakan makhluk
“tanpa ikatan dan syarat apa pun”. Sedangkan dalam system Marxis
merupakan makhluk “terbelenggu dan terikat syarat”. Pada yang pertama,
dia menjadi “manusia yang tertipu”, dan pada yang kedua merupakan
“makhluk yang dibentuk”. Manakah di antara keduanya yang memberikan
malapetaka lebih besar dari yang lain?”
Tanya Syari’ati lagi,
“is not Marxism more bourgeois than the bourgeois?”
Pandangan
Marxisme terhadap agama sangat dipengaruhi oleh filsafat atheistiknya
Ludwig Feurbach, satu – satunya ahli kaum muda Hegelian (Young
Hegelians) yang disanjung tinggi oleh beliau. Feurbach menyatakan
tentang gagasan keterasingan terhadap agama (the alienating effect of religion).
Bagi Feurbach, manusia meletakkan semua sumber kebaikan yang wujud di
dalam diri mereka kepada entity maha sempurna, iaitu Tuhan.
Feurbach menolak sebarang usaha untuk menilai agama melalui kaedah non – empirical.
Pandangan
materialis ini akhirnya memberi kesan kepada pemikiran Marx yang
mengalami alienation hasil interaksinya dengan agama Kristian pada waktu
itu. Ia menjadi agama yang pasif, tidak dapat menampung dinamisme
pemikiran Marx yang menggelegak ketika itu. Agama Kristian menjadi
eskapisme untuk masyarakat menghilangkan penderitaan mereka dengan
berkhayal tentang janji – janji kudus. (CHORAK DUNIA).
Marx
melihat agama Kristian ketika itu tidak mampu memecahkan kebuntuan
social masyarakat malah bersekongkol dengan kelas feudal untuk menindas
rakyat.
Ketika Marx masih seorang pemuda Hegelian yang
pemikirannya banyak dipengarui oleh filsafat Hegel, beliau menulis dalam
pendahuluan risalahnya sebagai berikut:
“filsafat
berkaitan dengan keimanan kepada Bramatheus, dan dengan kata singkat,
saya tegaskan bahawa saya membenci Tuhan – Tuhan… Seluruh bukti tentang
adanya Tuhan, justeru membuktikan tentang tidak – adanya Tuhan. Dan
sepanjang ada dunia yang tidak dapat difahami dengan akal, bererti di
situ Tuhan ada. Dengan kata lain, bukti – bukti tidak rasional sahajalah
yang menjadi alasan bagi adanya Tuhan”.
Tentang
Bramatheus, dalam mitologi Yunani, Bramatheus digambarkan sebagai Dewa
yang berkhianat terhadap Dewa – Dewa lainnya dengan mengabdi kepada
manusia. Ketika para Dewa sedang tidur, Bramatheus mencuri “api
ketuhanan” lalu dihadiahkan kepada manusia. Ketika para Dewa mengetahui
kejahatan tersebut, mereka segera mengikat Bramatheus dengan rantai.
Para Dewa khuatir jika manusia berhasil memegang “api langit” mereka
akan mampu mendekati langit dan terlepas dari kehinaan dan kegelapan
selamanya.
Kita memerlukan masa yang lebih panjang dan
ruang yang lebih luas lagi untuk membentangkan sejauh mana kritis kita
berbanding kritis Islamis Fasis – Eksklusif terhadap Marxisme. Cukup
dahulu di awal ini dengan mengatakan kita menerima sepenuhnya akan
perubahan dari segi ekonomi melalui sarana Marxisme kerana kita tidak
berjumpa apa – apa asas yang kukuh untuk menolak Marxisme di dalam
Islam, (sama ada ingin memakai term Sosialisme Utopis, Anarkis,
Sosialisme Saintifik, atau Masyarakat Komunis, tidak ada penyataan yang
jelas *muhkamat* untuk menolak, melainkan jangan dipaksakan dengan
kekerasan) kecuali Dialektika Materialisme yang seakan meminggirkan
Tuhan kerana bagi setiap orang yang beragama, Tuhan itu ada sekalipun
ada yang cuba menafikan kewujudanNya, dan terhadap perkara – perkara
yang non – materi, ternyata, Dialektika Materialisma tidak bisa
menjelaskannya.
RUJUKAN
http://basilhazmanblog.com/2013/06/12/merujuk-semula-candu-agama-marx/
http://chorakdunia.blogspot.com/2012/11/tukul-dan-sabit-idea-karl-marx-tentang.html
http://chorakdunia.blogspot.com/2013/06/muslim-dan-radikal.html
http://chorakdunia.blogspot.com/2013/07/marx-satu-penilaian.html
https://www.facebook.com/notes/benz-ali/teori-ekonomi-asas-kemanusiaan-bertuhan-dalam-menyelesaikan-permasalahan-permasa/614641758559821
http://themalaysianinsider.com/bahasa/article/kebangkitan-pengaruh-menantu-kali-ini-dalam-pas
http://en.wikipedia.org/wiki/Anarchist_communism
http://en.wikipedia.org/wiki/Communalism
http://en.wikipedia.org/wiki/Oneida_Community
http://en.wikipedia.org/wiki/Utopianism
http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Socialism
Kekasih Sam Po Bo. Faisal Tehrani
Dialektika Agama. Aqil Fithri
Islam yang Dinamik Bukan Statik. Dr. Mustafa El – Rafie. Yayasan Islam Terengganu
Zakiyuddin Baihawy. Islam melawan Kapitalisme. Resist Book
Drs A Shamad Hamid. Islam dan Pembaruan. Penerbit Penamas Sdn Bhd
Sosialisme Islam. Pemikiran Ali Syari’ati. Eko Supriyadi. Pustaka Pelajar
Marxist,
dirujuk kepada pembakuan ajaran Komunisme Karl Marx dan Friedrich
Engels, iaitu sebuah pembawaan ideology kolektif Karl Marx dan Friedrich
Engels, kerana sebelum dari Karl Marx sendiri sudah wujud ajaran
Sosialisme yang lain. Dan Sosialisme yang dikemukakan Karl Marx adalah
lebih canggih dari bentuk – bentuk Sosialisme sebelum yang masih di
peringkat utopis dan tidak ilmiah, ataupun tidak sesaintifik Sosialisme
yang diusung Karl Marx. Justeru itu Sosialisme Marxist juga sering
dirujuk sebagai Sosialisme Saintifik.
Kritis Muslim
terhadap ajaran – ajaran Marxist boleh dibahagikan kepada dua, iaitu
pertama dari kalangan Islamis Fasis terhadap Marxist, dan yang kedua
dari Muslim Kritis terhadap Marxist. Sebelum pergi ke kritis bahagian
kedua yang saya percaya pada bahagian inilah, Ali Syari’ati, Asghar Ali
Engineer, Hasan Hanafi dll berada, eloklah kiranya dihuraikan terlebih
dahulu, kritis Islamis Fasis terhadap Marxist.
Kemungkinan
kesilapfahaman tentang ayat al – Maaidah nombor 3, menjadi kunci yang
mengunci mereka dari memikirkan saran Qur’an yang penting, yang sering
sahaja diulang (afala tatafakkarun, afala tatafakkarun, tiadakah kamu memikirkan? Tiadakah kamu memikirkan?)
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredhai Islam itu Jadi agama bagimu.” (Al-Maaidah: 3)
Kesempurnaan
dalam ayat itu merujuk kepada apa? Sedangkan ilmu pengetahuan bukannya
bersifat static, akan tetapi dinamik meskipun kebenaran itu cuma satu.
Dan sebaik sahaja kita menutup telinga dan pemikiran kita untuk belajar,
untuk memahami, untuk berdialog, untuk mengadaptasi atau me’modify’,
yakni bersikap selektif (cermat dan berhati – hati) untuk menyaring apa
yang sesuai dengan agama kita, dan apa yang tidak sesuai dengan agama
kita, ketika itulah kita akan mati, perlahan – lahan mereput, layu dan
tidak berguna kepada perubahan dunia.
(kalau tidak apakah berguna hadith Nabi saw alhikmat dhollatul mu’min… hingga akhir* yang bermaksud, "Hikmah itu laksana barang tercicir kepunyaan orang beriman, maka dialah yang berhak mengambilnya." - Hadis riwayat Imam at-Tarmizi dan Ibnu Majah)
Sebelum
disebutkan lebih contoh dan perangai Islamis Fasis dalam berhujah
menegakkan benang yang basah ketika menyerang Marxist, ingin disebutkan
bahawasanya, saya berpandangan bahawa ayat Qur’an al – Maaidah nombor 3
itu, merujuk kepada ibadah ritual (feqah khusus), yakni secara logiknya
apabila peribadatan ritual ditambah, maka akan hilanglah yang mana satu
keoriginalan, atau yang asli dari yang asal,
Akan tetapi pada bab
pemikiran, sangatlah bermasalah jika hal (faham kesempurnaan) itu
dipakai, kerana kita sedia tahu, bahawa dalam Mazhab Pemikiran Islam, debate – debatenya
sangat hebat sekali dan telah punya lebih dari satu Mazhab untuk Dunia
Sunnah sahaja, dan jika mahu diambil dunia Syi’ah, lebih banyak aliran
telah wujud dalam dunia pemikiran umat Islam.
(dan setiap aliran dalam Islam, tentulah masih dalam bulatan monotheis lagi, yakni keesaan Tuhan)
ISLAMIS PAS
Isu
serangan terhadap Sosialisme – Komunisme – Marxisme dari kalangan
Islamis PAS bukanlah bermula awal dari Haji Hadi sendiri yang di dalam
sebuah rakaman video mengatakan bahawa parti sosialis itu menyifatkan
Marx, Lenin dan Stalin sebagai Nabi, akan tetapi pada tahun 2004, Nik
Aziz (PAS) sendiri pernah menyelar Syed Husin Ali (PRM, sekarang PKR)
sebagai sosialis dan tidak percaya Tuhan.
Apakah mereka
tidak tahu bahawa Eng Ming Ching, seorang laskar gigih komunis (PKM) itu
akhirnya bernikah dengan Abdullah Cik Dat? Jika Eng Ming Ching itu
komunis, dan menurut kata Islamis Fasis bahawa sosialis tidak percayakan
agama, dan komunis bernabikan Marx, Lenin dan Stalin, mengapakah Eng
Ming Ching itu berkahwin mengikut perkahwinan Islam dan mengubah namanya
kepada Suriani Abdullah? Mengapakah?
Abdullah Cik Dat,
(atau lebih popular dikenali dengan nama Abdullah C.D) pemimpin gerila
PKM, juga suami kepada Suriani Abdullah ada menyebutkan,
Bagi
saya, falsafah Marxis itu adalah satu senjata yang terbaik dalam
perjuangan untuk kemerdekaan tanahair dan untuk kemajuan masyarakat umat
manusia. Kami tidak memandang Marxisme itu sebagai ‘dogma’, atau
pegangan ketat yang kaku dan tidak boleh berubah, tetapi memadukannya
sesuai dengan syarat dan keadaan di Malaya.
Akan tetapi,
dalam masalah ini, ada orang menganggap kerana kami menggunakan
Marxisme, maka kami tidak beragama atau menentang agama. Pandangan
seperti ini sebenarnya telah diracuni oleh hasutan penjajah. PKM
melaksanakan dasar kebebasan beragama dan menghormati adat istiadat
rakyat semua bangsa. Saya dilahirkan Islam dan dibesarkan dengan didikan
Islam. Di mana juga saya berada, pegangan ini tetap tidak berubah.
Komunisme
– Marxisme telah dijadikan sebuah momok untuk menakut – nakutkan orang –
orang yang diperbudak, untuk melawan mereka – mereka yang memperbudak,
untuk menakut – nakutkan kaum pekerja melawan majikan – majikan yang
melakukan penghisapan, pendek kata, Komunisme – Marxisme telah
dipropagandakan sebagai hantu untuk menakutkan kelas tertindas dari
melawan kelas penindas.
Di dalam Manifesto Komunis disebutkan secara sinis,
“Ada
hantu berkeliaran di Eropah, iaitu hantu Komunisme. Semua kekuasaan di
Eropah telah menyatukan diri ke dalam sebuah persekongkolan keramat Paus
dan Tzar, Metternich dan Guizot dan mata – mata polis Jerman untuk mengusir hantu tersebut.
“di
manakah ada parti oposisi yang tidak dicaci sebagai Komunis oleh lawan –
lawannya yang sedang berkuasa? Di manakah ada parti oposisi yang tidak
membalas tuduhan, cap, Komunisme, baik kepada parti – parti oposisi yang
lebih progresif maupun kepada lawan – lawannya yang reaksioner?”
Sampai
ke sini, kita akan mempertikaikan semula kenyataan tentang dakwaan
bahawa apa benarkah jika menjadi sosialis, maka kita terus menjadi
atheis (tidak bertuhan?)
Aru, (India – Hindu) seorang pemimpin kuat PSM, menuliskan di dalam bukunya Dari Kuliah Ke Jalan Raya,
“Dalam
setiap projek seperti OPKIM dan OPKIS, kami menerapkan program agama
dan setiap malam ada program di kuil untuk orang Hindu dan program moral
untuk orang bukan Hindu. Kami juga menjemput penceramah – penceramah
agama untuk memberi ceramah agama. Kami juga mengenakan etika pakaian ke
kuil di mana setiap peserta JKMI lelaki diwajibkan memakai vesti
(dhoti) dan perempuan memakai saree apabila menghadiri program kuil.”
Di mana atheisnya kenyataan sosok sosialis ini???????
ANTARA STALIN DAN MARXIST
Sekalipun
Stalin cuba menggambarkan dirinya sebagai waris sebenar Lenin, namun
melalui bacaan sejarah, kita tahu apa yang telah beliau lakukan kepada
pengembang ajaran Komunisme Lenin, iaitu Trotsky.
Trotsky,
atau nama asalnya Lev Davidovich Bronstein telah dibuang Negara di
bawah arahan Stalin ke Alma Ata (di timur jauh Rusia) pada Januari 1928.
Dari Alma Ata, beliau dibuang Negara sekali lagi setahun kemudian ke
Turki. Trotsky menetap di pulau Prinkipo, Turki.
Trotsky
menetap di Turki selama lebih empat tahun, tetapi bukan dengan
pilihannya sendiri. Trotsky menggambarkan masa ini sebagai berada di
planet tanpa visa bila semua Negara enggan membenarkan beliau masuk.
Trotsky dilihat sebagai tokoh subversive, oleh sebab itu beliau
dinafikan visa oleh semua Negara eropah yang kononnya demokratik.
Penyataan
Haji Hadi dalam mencampurkan Lenin dan Stalin ke dalam satu kem adalah
sesuatu yang bermasalah, sesuatu yang tidak cermat dan berhati – hati
sedangkan antara Lenin dan Stalin banyak bezanya, Trotsky antara sosok
yang merbahaya bagi seorang Stalin, dan Tan Malaka, seorang Muslim
Komunis Indonesia memang tidak menyetujui seorang Stalin.
Salah
seorang ejen Stalin membunuh Trotsky di rumahnya di Mexico pada tahun
1940. Bukan itu sahaja, Stalin telah menghancurkan seluruh keluarga
Trotsky. Salah seorang anak perempuan Trotsky meninggal dunia akibat
tibi selepas disingkirkan dari Parti Komunis dan dilarang bekerja.
Seorang lagi anak perempuan Trotsky, telah membunuh diri. Suami mereka
dihantar ke kem – kem buruh di Siberia. Anak sulung Trotsky, Leon Sedov
telah diracun oleh polis sulit Stalin pada tahun 1938. Anak bongsu
Trotsky, seorang ahli sains dan telah mengelakkan penglibatan dengan
politik, telah dipenjarakan pada tahun 1934 dan kemudian dihantar ke kem
– kem Stalin. Kali terakhir berita mengenai beliau muncul adalah ketika
beliau mogok lapar pada tahun 1936. Isteri pertama Trotsky (Alexandra)
yang juga aktif dalam politik kiri, dibuang negeri dari Leningrad pada
tahun 1936 dan kemudiannya ditembak mati pada tahun 1938.
Bukankah
semuanya ini sangat menyanggah kenyataan Haji Hadi tentang dalam sekte
Komunisme itu semuanya sama totalitarian, fasisme dan kejam, atau anti
Tuhan? Bukankah pemahaman antara Stalin dan Trotsky (pengikut Lenin)
berbeza sama sekali? Mengapakah ulama’ – ulama’ ‘haraki’ kita
memperbodoh – bodohkan kita sedemikian rupa?
Kerana kita tidak mahu menyoal mereka kembali.
Wujudkah konsep Pertentangan Kelas di dalam Islam ?
Selain
Ali Syari’ati yang meminjam pengetahuan Dialektika Materialisma dengan
mewujudkan Dialektik Agama (Habil – Qabil, Mustadhafin – Mustakbirin,
Abu Dzar – Marwan, Syi’ah Hitam – Syi’ah Merah), Nasir Hasyim (Pengerusi
PSM) juga ada berhujah,
mengikut ayat dalam Surah Al-Qasas 28:5 :-
“Dan Kami hendak memberikan kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi dan hendak menjadikan mereka pemimpin, serta jadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”
“And
We wish to give blessings to those who have been exploited on earth and
wish to make them leaders, also make them the inheritors (of this
earth).”
“Kalaulah kita tidak tahu latar
belakang pada ayat di atas ini, kita pasti mengatakan bahawa ayat ini
dilafazkan oleh seorang Sosialis kerana intisari pada ayat ini
membayangkan bahawa rakyat (golongan pekerja) yang tertindas akan
bangkit dan membebaskan diri dari belenggu penindasan. Maklumat, ilmu
dan pengalaman yang diperolehi di dalam hidup ini dapat merangsangkan
mereka untuk bersatu, memimpin lantas mewarisi dunia ini. Pandangan
seperti ini menjadi idaman pada semua Sosialis.”
Dan
kata kunci yang seharusnya digunapakai dalam hal ini adalah selektif,
yakni memilih dengan cermat dan berhati – hati, apakah yang perlu
dibuang, dan apakah yang perlu diambil, bukan menolak total, atau
menerima total, sebagaimana keperluan seorang Muslim untuk kritis
terhadap ajaran agamanya (bukan Muslim dogma, bukan Muslim baka), maka
lebih – lebih lagilah seorang Muslim itu perlu kritis terhadap sesuatu
ideology.
RUJUKAN
http://kebenaranhanya1.wordpress.com/2011/12/16/islam-telah-sempurna/
http://benzcinta-islam.blogspot.com/2012/12/ngi-non-government-individual.html
http://kulupsakah.blogspot.com/2013/04/hadi-vs-dr-nasir.html
http://www.malaysiakini.com/news/224542
http://basilhazmanblog.com/2013/06/12/merujuk-semula-candu-agama-marx/
http://basilhazmanblog.com/2013/06/07/merungkai-salah-faham-ustaz-zaharudin-terhadap-sosialisme/
http://indonesian.alisina.org/?p=660
http://chorakdunia.blogspot.com/2013/06/muslim-dan-radikal.html
http://chorakdunia.blogspot.com/2012/11/tukul-dan-sabit-idea-karl-marx-tentang.html
ISLAM MELAYU KOMUNIS. TERBITAN SIRD
ISLAM dan Pertentangan Kelas. Dr. Nasir Hasyim
Manifesto Partai Komunis. Oleh Karl Marx & Friedrich Engels. TERBITAN NEURON
Dari Kuliah Ke Jalan Raya. S. Arutchelvan
Panduan Ringkas Tentang Trotsky. Oleh Esme Choonara. PSM
Tan Malaka dan Gerakan Kiri Minangkabau. Zulhasril Nasir
Aku sembang dengan Abang Syed dahulu petang yang damai ditiup angin
sepoi – sepoi. Macam pesta tepi pantai pula, kataku pada Abang Rosli,
Ahli Falsafah OKU yang baru keluar buku.
“apakah mesej lebih penting, tanpa form (bentuk)?” tanyaku.
“awak rupanya purist bahasa” kata Abang Syed senyum.
Berhari
– hari juga memikirkan persoalan ini. Sebenarnya sudah begitu lama.
Apakah mesej lebih penting, sampai mengabaikan bentuk / form?
Aku bukan seorang pejuang bahasa sangat sebenarnya, tetapi apabila aku
mendengar orang melakukan ‘penzinaan bahasa’, telinga aku menjadi panas,
hatiku menjadi sakit, aku rasa kecewa dan patah hati.
“tetapi
masalahnya Abang Syed, orang – orang putih, tidak akan menuturkan dalam
bahasa kita. Mereka akan menuturkan sesuatu dalam bahasa mereka. Hanya
kita, yang bermentaliti terjajah, merasa ‘john’ atau syok, atau ‘steam /
high’ bila dapat guna bahasa penjajah. Bukankah?”
Abang Syed termangu seketika sebelum bermula forum petang itu. tetapi tetap mengatakan, bahawa mesej lebih penting. Apapun.
“kalau
begitu, kita terpaksa terimalah bahawa pantun sudah mati? Pantun tidak
boleh disusun menggunakan ayat – ayat ‘kutu pekan’ (istilah Pak Majid
Saleh). Pantun ada dunianya yang tersendiri. Dengan ayat yang bercampur –
campur dan selekeh, hanya pantun jenis Jozan sahaja.”
“pantun moden?”
“saya
tak tahu pula ada pantun moden atau pantun klasik. Bagi saya, pantun
sangat akrab bertemankan alam. Sahabat karib kepada pantun, adalah alam.
Dan bukan sahaja pantun, tulisan jawi juga sudah mati. Abang Syed
terima kematian tulisan jawi?”
“kalau itu takdirnya, mengapa tidak?”
Aku
menggelengkan kepala. Aku tahu Abang Syed mempunyai hujah – hujah yang
tersendiri. Logik – logiknya yang lebih bernas daripada aku. Kematangan,
pengalaman, dan umur yang lebih dewasa dari buluh rebung seperti aku.
Cuma aku tak dapat mengikis habis ‘nasionalisme bahasa’ aku.
Kerana bahasa yang aku masih tersisa inilah, aku masih dapat menulis. Jika tak ada sayangnya pada bahasa ini, tentulah vocab
aku akan menjadi kacau seperti ahli – ahli politik DAP yang ironi
dengan perjuangan Malaysian Malaysia itu. nak berkempen tentang
Malaysian Malaysia, tetapi bahasa Melayu pun kacau, sensitivity orang
lain pun tak reti jaga, ada hati melalak pasal demokrasi?
Untuk
sementara waktu ini, aku memang sangat sensitif akan bahasa. Dan di
“KuBu”, tempat kami memberikan ‘Kuliah Buku’, kami cuba ‘dengan izin’
jika terlalu asyik kalah (inferioty complex) dengan bahasa asing. Apa, ingat bahasa Melayu tak ada kualiti, tak ada standard kah?
Penyakit
ini serius sekali, akibat pertempuran dua hegemoni besar, westernisasi
dan arabisasi, kebudayaan Melayu terkepung di tengah – tengah. Dicekik
tanpa diberikan ruang untuk bernafas, dan dipaksa menerima apa sahaja
kata – kata dan sabda. Islam itu jika dikatakan mempunyai semangat universal / international / kesejagatan, bagaimana boleh membiarkan bahasa Melayu mati, dan mengarabkan orang – orang Melayu? Ini suatu penjajahan!
“KAMI”: sebuah kekacauan anak bangsa kelas menengah
Aku
tunggu sampai malam dengan kawan – kawan yang setia meneman. Tayangan
Diskusi Filem “KAMI”, diadakan oleh komrad – komrad Buku Jalanan
Ulangtahun ke – 3, ramai kawan yang hadir waktu petang, dan berkurang
waktu malam. Aku suka apa sahaja jenis aktiviti diskusi, jadi apakah
salahnya tunggu sampai habis program? Abang Syed sudah beransur ketika
senja. Isterinya adalah ahli panel waktu forum petang ‘Dari P. Ramlee ke
Rindu Awak 100%’. Padanlah Abang Syed ‘berbahasa intelektual’, kalau
isterinya pun boleh tahan memetik Mazhab Frankfurt waktu forum.
Aku
antara peminat kumpulan muzik OAG, dan berasa remuk, apabila kumpulan
'indie' – Grunge itu berpecah, Naza kemudian menubuhkan The Times. Dan perlahan – lahan aku sudah meninggalkan lama muzik – muzik yang hampa nilai.
Jadi
filem “KAMI”, memang filem yang menjadi minat ketika zaman sekolah
menengah dahulu. Ada siri TV yang kami tonton adik beradik. Aku ingat
masa tu, zaman OAG sudah mulai kendur, dan kebangkitan Meet Uncle Hussein, Hujan dll.
Tapi ulang tengok semula (balik pun tengok lagi, untuk hasilkan tulisan ini, Zek ada dvdnya),
aku tak jumpa apa – apa. Filem ini, bagi aku, samalah seperti filem
Rock, bikinan Mamat Khalid. Filem ini romantisme. Merakam sejarah suatu
ketika dahulu. Jarang ada orang nak tulis sangat pasal ni. Ahli – ahli
akademia mana nak layan sangat karya – karya seni sebegini. Maka rakaman
sejarah dalam bentuk filem, bagi aku, bagus. Dan senang orang – orang
muda hari ni, yang tak hidup pada zaman tu, nak tahu apakah pergolakan
zaman ketika itu. jadi seperti Rock, KAMI cuba mengenang gemilang zaman
‘indie’ suatu ketika dulu.
Cerita pergi gig, ponteng sekolah, dihantar ke sekolah pemulihan, bertumbuk dengan rakan, bercinta sesama sendiri, runner dadah
adalah antara tema remaja di Malaysia. Tak kata tema sebegini tak
penting. Tetapi kehidupan makin hari yang makin depresi suhu di
Malaysia, membuatkan aku berani mengatakan, filem ini filem remaja kelas
menengah. Cuma lebih up satu harkat dari filem Dunia Baru,
yang lebih tepu hedonisme yang bodoh. Sekurang – kurangnya, KAMI tidak
sepoyo Dunia Baru. Sekurang – kurangnya KAMI lebih ‘indie’.
Tetapi ‘indie’ sahaja tak berguna. ‘indie’ mesti ada isi. Jika tak, hanyalah sampah – sampah seperti produk keluaran mainstream
yang lain. Polemik ‘indie’ tak ‘indie’ baru – baru ini, hanyalah
membuang masa, jika ‘indie’ tak mampu mencabar buku – buku agama, dengan
semangat dan daya kritikal yang baharu.
Dan seperti yang
disebutkan di atas, aku tak jumpa apa – apa dalam KAMI. Konflik –
konflik kelas menengah, semakin lama, semakin sesat. Aku tak boleh
teruskan hidup dalam konflik – konflik yang mengalami distorsi
(menyimpang). Konflik orang miskin semakin miskin, konflik mencari
Tuhan / iman, konflik kezaliman politik, konflik pendidikan orang –
orang miskin / anak – anak yatim yang tercicir, adalah konflik yang
penting tetapi diabaikan.
Kenapa konflik sebegini tidak
dibawa masuk dalam filem KAMI? Bukankah konflik ini, adalah konflik
‘zeitgeist’ (semangat zaman) yang sentiasa tak pernah pudar dan luput
dari persada sejarah? Skin Head, Punk, Reggae, yang lahir di Eropah,
bukan lahir semata – mata untuk berkongsi piring hitam atau lagu
kegemaran. Tetapi mereka mempunyai kerja / tugas untuk dibereskan. Jika
tak, karya cumalah poser / kesesiaan / candu. Jangan terpedaya
bahawa hanya agama sahaja candu. Apa – apa pun boleh menjadi candu, jika
tak mampu memberikan ransangan (stimulasi) untuk perubahan.
Kalau
perbahasan tentang watak, aku tak fikir watak – watak ini benar – benar
menjiwai. Lakonan mereka tak nampak hidup melainkan beberapa sahaja.
Dan mereka kemudian adalah duta kepada filem / karya bercorak / mewakili
kapitalis yang lain, seperti Juliana Evans, Liyana Jasmay, bahkan Nas –
T (dalam lakonan bernama Abu) yang antara menghidupkan filem ini,
tidaklah begitu ‘indie’ sangat apabila berlakon dalam ‘Pisau Cukur’. Tak
salah, filem ini mahu mengambil pelakon mana pun, yang berjiwa apa pun,
tetapi apalah yang indie, jika semua pelakon – pelakon filem tersebut
semuanya mainstream, kenapa tak ambil yang tak popular / orang –
orang ‘indie’ sendiri? Hanya Zahiril sahaja, (belum dikenali ketika
itu) yang boleh dikatakan agak ‘indie’, dan baru sahaja naik dengan
drama dan filem beliau. Selainnya, selain merakam zaman, tak jumpa apa –
apa yang ‘indie’.
Ketika sesi diskusi juga, aku jadi
kacau dengan Fendi Mazlan (pengarah filem) dan Athina Marzuki
(moderator) bercakap – cakap dengan bahasa yang rosak. Jika Pak Majid
Saleh ada bersama kami, entahlah apa orang tua itu akan cakap. Dr.
Norman Yusof, aku kurang mendengar sangat, dan aku kurang faham kenapa
dia seperti obsesi dengan filem ini, cuma aku tak dengar jika dia
mengamalkan perangai ‘anarkis bahasa’ ini. Bagi aku, jika ‘term’, aku
tiada isu. Bagaimana nak sebut Marxism? Mestilah melalui
istilah asal. Jadi, jika ‘term’ atau konsep, aku tiada masalah. Dr.
Azhar Ibrahim, yang hadir sebagai panel forum waktu petang, bahkan dalam
bukunya juga, sering menggunakan ‘term’ Inggeris / asal. Termasuk dalam
bukunya dan kertas kerjanya, terdapat sejumlah besar petikan – petikan
Inggeris / asal. Bagi aku, tiada masalah, selagi jelas apakah yang
dilakukan. Tetapi apakah seseorang penutur / pecakap / pebahasa itu
jelas apakah yang ia cakapkan, jika memandang rendah bahasa ibunya
sendiri, dan memandang tinggi bahasa orang lain? Jika nak bertutur dalam
bahasa orang lain, bertuturlah sampai habis. Kita tiada masalah. Yang
kita ada masalah dengan budaya sekerat – sekerat. Bagaimana nak menjadi
budayawan yang bercakap tentang kepentingan bangsa / bahasa jika kita
sendiri pun tiada hormat kepada kebudayaan sendiri?
Aku
tak faham kepentingan mencampur – campurkan bahasa dalam sebuah diskusi
(tidak pedulilah santai ataupun tidak, apakah bahasa Melayu ini tak ada
apa – apa nilai?) ini bukan sebuah cakap – cakap lepak tepi jalan,
tetapi lama – lama, betullah, bukan Islam sahaja mengalami fasa
‘ghuraba’ / asing’ bahkan kebudayaan – kebudayaan marginal / miskin /
tempatan juga sedang mengalami proses peminggiran. Dan kata Nabi aku,
beruntunglah orang – orang yang terasing / dipinggirkan.
Artikel ini adalah satu hasutan, kepada yang takut pada akta hasutan mohon minta pengawasan ibu bapa atau penjaga sebelum terus membaca artikel ini.
Aku mulakan "surah" pada kali ini dengan ucapan tahniah kepada kakitangan dan mahasiswa UM yang hadir tunjuk rasa pada 10 september 2014 berdekatan perpustakaan utama UM. TAHNIAH!
Aku pun turut hadir sama untuk melihat apa yang berlaku pada hari tersebut. Sempat aku mengintai kecantikan Dyana Sofea (calon DAP teluk intan) yang turut hadir menyokong himpunan tersebut. Putih dan gebu. Hanya itu yang aku mampu ungkapkan tatkala beliau berselfie bersama rakan disebelah aku. Tidak lupa juga pada Nurul Izzah ( ahli parlimen teluk intan) yang senantiasa menggamit hati dan nurani aku tatkala aku melihat jasadnya.
sebelum aku mulakan dengan lebih lanjut..mari kesini aku tunjukkan rukun (baca : teras utama) Universiti Malaya.
Dalam Agama Islam, benda yang paling penting adalah rukun Islam. Tidak cukup Islam seseorang hanya pada kad pengenalan tanpa berpegang dan mengamalkan 5 rukun Islam. Seperti mana teras utama UM, ini adalah rukun yang patut dipegang oleh segenap mahasiswa dan kakitangan UM. Mahasiswa dan kakitangan UM harus sedar, faham dan hayati setiap rukun UM ini. Tidak kira dia seorang Chanselor, Naib Chanselor, mahasiswa, mahupun kakitangan am di pejabat UM.
Sekiranya Islam boleh tergugur dengan tidak melengkapi 5 rukun Islam, aku andaikan begitu juga dengan rukun UM. Sekiranya satu jasad ini gagal menghayati 10 teras utama ini, seharusnya jasad ini digugurkan dari UM waima dia adalah seorang sultan yang memegang tampuk Chanselor.
Dua gambar diatas adalah huraian lengkap tentang kebebasan berakademik dan minda terbuka di UM. Tidak perlu aku hurai panjang kerna aku kira ulasannya cukup mudah difahami dan dihayati. Lantas aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Naib Chanselor atas kebenaran beliau terhadap himpunan menyokong Azmi Shaaron di UM. Kiranya beliau masih layak berada di UM. Aku pun tidak faham bagaimana jikalau seorang pensyarah UM yang memberikan pandangan berbeza tentang apa yang difahami oleh kerajaan harus dikenakan tindakan hasutan. Aku termenung sejenak memikirkan sosok alumni UM, YB Ahmad Zahid Hamidi.
Aku menulusuri alam maya dan menjumpai biodatanya dengan mudah.. Aku kaget, dia adalah Mahasiswa UM bidang sastera tahun 1975-1976 dan selanjutnya mengambil kursus "certificate in banking and diploma in marketing communication". Seharusnya sebagai bekas mahasiswa UM beliau sedar akan teras UM ni yang menyanjung tinggi kebebasan berakademik dan berminda terbuka!
Sebagai seorang pensyarah fakulti undang-undang UM, Prof Madya Azmi Shaaron. Untuk beliau menafsir tiap tutur katanya adalah tertakluk pada akta hasutan ataupun tidak adalah sesuatu yang gila. Adakah perlu seseorang menulis tiap apa yang mahu dia tuturkan dan hantar kepada menteri dalam negeri untuk menjustifikasi apa yang ingin dituturkan itu tertakluk dibawah akta hasutan ataupun tidak? Pada hemat aku, najib razak pun tidak pernah menghantar satu salinan apa yang beliau mahu tuturkan pada hari esok kepada zahid hamidi, supaya zahid hamidi menapis tiap baris ayat sebelum dituturkan oleh najib razak!
sebagai kesimpulan awal, akta hasutan ini sudah menjangkau kekuasaan tuhan. Allah tidak menghukum hambanya jikalau hambanya sekadar berniat untuk berbuat jahat tetapi menghukum hambanya setelah ia berbuat jahat.. Apa yang aku mahu tulis esok, apa yang aku mahu tuturkan esok, apa yang aku mahu hasut esok akan ditentukan oleh seorang manusia bergelar zahid hamidi! Celaka apakah ini?
Sedar ataupun tidak, akta hasutan ini hanya satu dinding tinggi. Dinding ini dicipta oleh pengusa untuk menghalang kita melintasi hak kebebasan bersuara. Aku mulakan dengan analogi mudah.
Bayangkan dihadapan anda ada satu dinding tinggi. Disebalik dinding adalah arah yang ingin kita tuju. Tinggi dinding itu, 2 meter. Untuk anda langkah bukan sesuatu yang dapat difikir akal. Anda harus memanjat dinding tersebut. Sebelum memanjat dinding tersebut, ada perkara lain yang lebih penting. Ianya adalah KEBERANIAN. Dinding 2 meter bukannya rendah. Ada pelbagai cara untuk anda panjat dinding tersebut, samada memanjat sendirian atau naik dibahu kawan. Aku kira bagi sesiapa yang pernah mengikuti PLKN akan tahu caranya dengan lebih baik. Cara paling senang, panjat atas bahu kawan dan berpaut pada dinding, seterusnya lompat melepasi dinding. Namun, keberanian dan semangat harus ada. Sekiranya anda takut dan malas, mustahil untuk anda melepasi dinding tersebut.
Sama juga dengan Akta Hasutan. Sekiranya kita masih gagal untuk memberanikan diri merentasi dinding akta hasutan ini, mustahil untuk kita mencapai kebebasan bersuara. Melintasi akta hasutan memerlukan keberanian yang tinggi beserta kefahaman yang mantap.
Oleh itu, mereka yang mempunyai keberanian melepasi dinding akta hasutan wajib terus menghasut mereka yang takut melintasi dinding ini. Selepas mereka mempunyai keberanian untuk melintasi dinding, mereka yang kuat harus mendokong mereka yang baru dihasut ini supaya mereka dapat melintasi dinding dengan mudah. Jika 100% rakyat faham dan berani melintasi dinding ini, nascaya dinding ini tidak berguna lagi. Tidak ada gunanya kita membina pagar dikebun sekiranya lembu mampu melintasi dengan mudah.
Kesimpulannya, akta hasutan tidak seharusnya dimansuhkan jika rakyat belum berani melintas. Sekiranya rakyat boleh melepasi dinding ini, pasti dinding yang lebih rendah mampu dijangkau dengan mudah. Namun, sang tirani pasti terus membina dinding lebih tinggi untuk menghalang rakyat mara menuju kebebasan bersuara dan berakademik.
Sejarah telah membuktikan kepada kita dengan ISA. Bila mana rakyat faham kecelakaan ISA terhadap tahanan politik dan berani turun ke jalan raya..Kerajaan lantas menghapuskan benteng ISA untuk membina benteng Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah-langkah Khas) 2012.