Pada 13hb
November pukul 10.33 petang
Zoroaster
pula menyaring campuran – campuran agama Majusi, suatu akidah wasatiyyah di
antara kepercayaan berhala yang pertama dengan kepercayaan ketuhanan yang baru
baik dalam pembetulan fikiran terhadap akidah ketuhanan mahupun persoalan –
persoalan akhlak dan masalah dosa pahala. Mitos ketuhanan Majusi, berasaskan
kepercayaan yang beku diolah Zoroaster sebagai menyifati Tuhan dengan sifat –
sifat kesempurnaan termulia yang mampu dicapai akal manusia. Kesan pembawakan
Zoroaster mendapat perhatian intelektual Barat kerana intipati ajaran ini mirip
agama – agama samawi lainnya.
Agama
mempunyai kekuatan dominasi dalam fikrah manusia kerana perintah – perintahnya berpusat
kepada suara Tuhan yang dianggap kultus. Kedatangan agama – agama primitive kebanyakan
darinya berkisar tentang kepercayaan terhadap sesuatu yang ghaib sebagai satu
cara pergantungan diri seseorang manusia kepada kuasa lain.
Keterkongkongan masyarakat
penganut agama primitive kepada sumber daya yang terhad – laut, ladang,
ternakan, pertanian, hutan – memaksa kelompok ini mewujudkan nilai – nilai spiritual
diwarnai kesakralan ketuhanan yang ghaib. Walaupun perkara ini menjadikan
masyarakat tersebut kekal lama daripada kemusnahan (menurut sumber sejarah
agama – agama), tetapi lapisan social
yang tumbuh dari dua factor tadi mengakibatkan kestatisan masyarakat daripada
berkembang menurut Holbacs.
Kepercayaan yang direka akhirnya membentuk etika – social,
tindakan, pemikiran dan ilmu yang rigid
ditambah pula dengan ketertundukan mereka kepada hierarchy siapakah yang
paling suci dan patut dipatuhi.
Maka kepercayaan
yang pada mulanya wujud disebabkan rasa lemah dan perlunya kepada sesuatu kuasa
lain, menjadi alat hegemoni untuk menundukkan manusia lain demi kepentingan
peribadi. Terjadi sebegini apabila perintah agama disakralkan, wajib ditaati
tanpa bicara dan dinilai akal celik –satu tindakan naluriah yang buta- inilah
yang dimaksudkan Durkheim, agama adalah ungkapan local dari jiwa masyarakat yang kemudiannya disakralkan.
Sepertimana
Kristian zaman pertengahan, suatu ketika dahulu pernah berlaku bantahan secara
besar – besaran terhadap Gereja Katolik bila mana agama menjadi alat pemerasan
dan paksaan, yang pada akhirnya menjelmakan kaum Protestant.
Malahan Islam,
tidak terlepas daripada berlakunya kerancuan agama apabila disinonimkan dengan
penguasa. Abu Ja’afar al – Manshur (754 – 775M) sangat keras menghadapi lawan –
lawannya terutama dari Bani Umayyah, Khawarij dan juga Syi’ah.
Untuk memperkuat
kekuasaannya, tokoh – tokoh besar yang mungkin menjadi saingan baginya satu
persatu disingkirkannya. Abdullah bin Ali dan Shalih bin Ali, keduanya adalah
bapa saudaranya sendiri yang dipilih sebagai gabenor oleh khalifah sebelumnya
di Syria dan Mesir dibunuh kerana tidak bersedia membaiatnya, al – Manshur memerintahkan
Abu Muslim al – Khurasani melakukannya, dan kemudian menghukum mati Abu Muslim
al – Khurasani pada tahun 755 M, kerana dikhuatirkan akan menjadi pesaing
baginya. Benar jika dikatakan politik dan agama adalah berbeza.
Akan tetapi
mengapakah seseorang yang mempunyai wibawa agama, sanggup berbunuhan kerana
berlainan fahaman, berbeza pendapat, hanya kerana tidak sehaluan?
Bukankah
agama mengajarkan etika, tata – hidup, undang – undang kerohanian, moral,
ketuhanan dan menyulut keilmuan? Soalnya, mengapakah pegangan dan kepercayaan
menjadi alas untuk mewujudkan perpecahan? Kami lebih benar, salvation berada dalam Kristian. Syurga
berada di tangan seorang muslim yang bersyahadah. Syi’ah merupakan pewaris
kenabian Muhamad, Yahudi merupakan bangsa pilihan Tuhan. Claim – claim seperti inilah yang membawa kepada penyataan ‘kesejahteraan
hidup selepas matilah’ selalu menjadi candu untuk satu aliran fahaman meraih
pengikut.
Tuhan
sepatutnya menjadi puncak pembebasan manusia daripada belenggu nafsu serakah
mereka. Suara Tuhan dalam erti kata lain, agama, merupakan pengejawantahan di
mana nilai – nilai positif diangkat dan ditaati. Bukan kehendak Tuhan
dimonopoli untuk kepentingan peribadi. Kaum radikalis humanism moden di Eropah
abad ke 18 mengeluarkan satu deklarasi yang berbunyi: ‘Singkirkan Tuhan dari
kaedah moral, dan gantikan dengan
kata hati, kerana manusia adalah makhluk yang punya kata hati bersifat moral bawaan (conscience morale).’
Barat
pada era pencerahan banyak mengetengahkan idea – idea yang pada zahirnya seolah
– olah menolak agama. Akan tetapi ini tidaklah menjadikan mereka cuba
mengadakan ghazwatul fikr (serangan pemikiran) seperti yang didakwa sesetengah
kelompok. Kesedaran menggunakan akal sendiri (sapere aude) dalam membina
kemajuan umat manusia, juga melihatkan kesan pemaksaan dan pembakuan yang
berlaku disebabkan pengaruh agama, membawa kepada kelahiran idea – idea kemanusiaan
(humanism) seperti Liberalisme Barat, Marxisme dan Eksistensialisme.
No comments:
Post a Comment