(pada
8hb April 2013 pukul 3.55 pagi)
Sebenarnya
Islam adalah lebih daripada agama formal semata – mata, bahkan merupakan
penyeru kuat untuk revolusi masyarakat dan penentang hebat terhadap mereka –
mereka yang berkepentingan. Ini jelas kelihatan daripada solat dan zakat.
Dalam
kebanyakan ayat al – Qur’an, solat
sentiasa disebut – sebut bersama – sama dengan ayat zakat. Al – Qur’an menegaskan bahawa zakat hendaklah digunakan untuk
membantu anak – anak yatim dan fakir – fakir miskin, membebaskan hamba sahaya,
melepaskan orang – orang yang berhutang daripada hutang – hutang mereka dan
menyediakan kemudahan bagi para musafir. Di Tanah
Arab pada masa itu, langkah – langkah ini mempunyai pengertian Revolusi yang besar, dan oleh sebab itu golongan
pedagang yang berkuasa di Mekah lantas mengadakan satu barisan bersatu
menentang Rasul Islam kerana
merasakan kepentingan mereka tercabar olehnya.
Kesan
Revolusi daripada ajaran – ajaran
Islam ternyata apabila ia mengakibatkan polarisasi tenaga – tenaga social. Hamba dan golongan lain yang
tidak begitu berjaya di dalam perdagangan, berserta para pemuda yang radikal
bersatu di bawah kepimpinan Rasulullah. Yang menentang risalah Muhammad, kerana ia menjejaskan
kepentingan mereka ialah golongan kafirun. Ini juga dapat kita kesan daripada
ayat al – Qur’an yang berbunyi:
‘Dan Kami tiadalah mengutus seorang yang akan member peringatan di dalam suatu negeri, melainkan orang – orang yang hidup mewah di antara mereka itu berkata: ‘Sesungguhnya kami tiada percaya kepada apa yang disuruh sampai kepadamu.’
Al – Qur’an memberi amaran kepada
golongan kaya ini dengan ayat:
‘kekayaan dan anak – anakmu itu tidak akan dapat mendekatkan diri kamu kepada Kami. Hanya orang – orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka akan memperoleh balasan berlipat ganda daripada amalnya.’
Adalah jelas disebut di dalam al – Qur’an bahawa kafirun yang sebenarnya adalah mereka – mereka yang menimbun – nimbunkan harta mereka dan melanjutkan ketidakadilan di dalam masyarakat dan dengan demikian mendirikan sekatan terhadap usaha menegakkan ‘Adl (keadilan) dalam masyarakat. Sebagaimana yang akan kita melihat kemudian, keadilan merupakan sebuah aspek ajaran Islam yang penting dalam bidang ekonomi.
Oleh
kerana perkembangan perdagangan pada peringkat antarabangsa, Mekah sudah sampai
ke ambang Revolusi social. Namun
demikian, sehingga kebangkitan Islam, tiadak ada pemimpin besar menyuarakan
satu teori yang boleh membawa orang – orang Mekah maju ke hadapan pada
peringkat rohani dan jasmani. Muhammad
Rasulullah adalah yang pertama sekali memikirkan tentang proses perubahan social yang berlaku di Mekah itu.
Akan
tetapi – dan ini harus jangan dilupakan oleh sesiapa yang mengkaji Islam – visi Rasullah untuk
mengembangkan ajran revolusioner bukan ditentukan semata – mata oleh keadaan
masyarakat di Mekah sahaja. Walaupun ajarannya dinyatakan dengan idiom yang pada asasnya berbentuk agama
dan rohaniah, namun ia merupakan aplikasi universal
dan bertujuan untuk membawa penyusunan semula yang besar ke dalam masyarakat.
Kita
ingin memeriksa perkara ini dengan lebih teliti lagi, untuk memahami pergolakan
yang sedang berlaku kini di dalam dunia Islam
umumnya dan Pakistan khususnya
(Asghar merupakan marga muslim India –
Pakistan).
Sebagaimana
yang tepat sekali ditunjukkan oleh Muhammad
Ahmad Khalafallah, Rasulullah adalah seorang revolusioner dari segi fikiran
dan perbuatannya. Baginda berusaha untuk membawa perubahan radikal di dalam
susunan masyarakat di zamannya. Baginda tidak begitu mempedulikan perkembangan
kota Mekah itu sendiri, yang dikuasai oleh golongan kaya dan kuat. Kalimah yang
diajarkannya, iaitu La Ilaha
Illallah, bukan sahaja menafikan kekuasaan patung – patung yang didirikan di
dalam Ka’abah, bahkan tidak mengakui kekuasaan golongan – golongan yang
berkepentingan besar pada waktu itu, yang meletakkan tatanan social Mekah di bawah jari telunjuk
mereka.
Kafirun
di Mekah tidak marah kepada Muhammad yang berdakwah menentang amalan menyembah
patung. Akan tetapi mereka tidak merasa senang dengan implikasi Revolusi
ajarannya itu. Kesemua penentang kuatnya datang daripada kelas peniaga kaya,
yang tepat merasakan kekuatan mereka untuk berkuasa dan menindas (intimidate) sudah tercabar. Begitu hebat
sekali mereka merasakan bahaya cabaran ini sehinggalah mereka mengambil
keputusan untuk menganiayai pengikut – pengikut Muhammad, dan jika boleh menghapuskan mereka.
Oleh
sebab inilah maka Muhammad mengambil
keputusan mengarahkan pengikut – pengikutnya berhijrah ke Madinah, kerana di
sana beliau mendapat jaminan sokongan.
Lebih awal lagi sekumpulang pengikutnya
telah berpindah ke Habsyah.
Rasulullah
dengan mendapat wahyu, mencadangkan pembentukan susunan masyarakat berlainan
yang adil serta tanpa penindasan dan menentang pengumpulan kekayaan di tangan segelintir
orang. Tidak syak lagi, wahyu – wahyu yang diturunkan ini berbentuk teologi,
bukannya sosiologi, sesuai dengan system
pemikiran yang meluas pada zaman Muhammad.
Akan tetapi boleh dilihat dengan jelas implikasi sosiologi daripada wahyu itu.
Mengagih
– agihkan lebihan harta kekayaan kepada lapisan lemah dalam masyarakat disebut
sebagai ‘infaq fi sabilillah’ yakni
berbelanja pada jalan Allah. Al – Qur’an mencela mereka yang menyorok
emas perak dan tidak membelanjakannya mengikut jalan Allah dan memerintah Rasul supaya member amaran kepada penyorok
harta tentang balasan pedih yang menunggu mereka. Dengan susunan ekonomi yang
meluas di dalam masyarakat pada masa itu, satu – satunya jalan untuk melindungi
golongan lemah ialah dengan mewajibkan golongan kaya membelanjakan lebihan
kekayaan mereka mengikut jalan Allah.
Sayugia
diingat apabila Revolusi social
diajar melalui konsep agama, maka kata – kata seumpama itu pasti akan
digunakan. Namun begitu, untuk menjaga inti ajaran agama, istilah – istilah
teologi perlu ditafsirkan bersesuaian dengan istilah ekonomi politik dan
sosiologi moden. Anjuran agama supaya
dibelanjakan lebihan kekayaan mengikut jalan Allah bererti dalam konteks
sosiologi moden, membentuk institusi yang sesuai seperti pemilikan masyarakat
ke atas punca – punca pengeluaran, mengenakan cukai ke atas pendapatan lebihan,
melalui jentera kewangan pemerintah, untuk kebajikan bersama rakyat dan mengadakan
langkah – langkah lain seumpamanya guna mengagihkan kekayaan dalam masyarakat.
Sesungguhnya
Rasulullah tidak berhajar hendak memutarkan roda sejarah ke belakang. Beliau
menentang amalan riba yang menindas, akan tetapi tidak melarang sepenuhnya pengambilan
untung (laba) yang perlu di dalam konteks masyarakat perdagangan. Akan tetapi
beliau mengenakan beberapa sekatan untuk memastikan amalan menindas tidak
dilakukan oleh para peniaga dan para pedagang yang tidak lurus. Jikalau untung
dihapuskan sama sekali, akibatnya buruk terhadap masyarakat perdagangan yang
sedang berkembang ketika itu. Namun begitu, sudah pasti amalan buruk dengan
tujuan untuk menipu atau mengambil untung berlebihan daripada kedudukan
seseorang akan dicela.
5, 6
& 7
ISLAM
DAN CABARAN MASA KINI
No comments:
Post a Comment