Secara
etimologis, kata “Islam” berasal dari bahasa Arab, salima yang
artinya selamat. Dari perkataan kata itu terbentuk aslama yang
artinya menyerahkan diri atau tunduk dan patuh.
Dari kata aslama itulah terbentuk pula perkataan Islam. Pemeluknya disebut Muslim. Orang yang memeluk Islam berarti menyerahkan diri kepada Allah dan siap patuh pada ajaran – Nya.
Secara terminologis dapat dikatakan, Islam adalah agama wahyu berintikan tauhid atau
keesaan Tuhan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw sebagai
utusan – Nya yang terakhir dan untuk seluruh manusia, yang ajarannya meliputi seluruh
aspek kehidupan.
Namun
persoalannnya, di mana kesejahteraan yang
yang diperkatakan, kesejahteraan yang diagung – agungkan? Adakah Islam
sudah tidak releven pada masa kini? Di Malaysia jika kita melihat, jenayah yang
dilakukan orang Islam adalah lebih tinggi dari bukan Islam. Bunuh, rompak, rogol,
samun, dadah dan lain-lain masalah dijuarai oleh orang Islam. Ketakutan –
ketakutan yang timbul juga kebanyakkannya disebabkan oleh orang Islam!!!
Ketidak
pedulian masyarakat Muslim terhadap masalah sosial masyarakat menyebabkan
masalah kian bertambah. Asas utama adalah kepedulian, yang melahirkan nilai
kemanusiaan. Walau apa pun perjuangan yang dilangsungkan oleh gerakan Islam, mereka
perlu sedar bahawa, mereka telah kehilangan nilai moral kemanusiaan. Gerakan
Islam telah mati, mati dibunuh agamawannya sendiri. Gerak kerja yang lebih
fokus pada memuaskan kehendak individu dan lagi, yang dapat kita lihat,gerakan
Islam lebih fokus kepada mengejar kekuasaan sehingga lupa tanggungjawab sosial
mereka terhadap masyarakat. Malah, jika memperoleh kekuasaan sekali pun, mereka
begitu culas menggerakkan badan mereka untuk mendekati golongan tertindas dan
terpinggir.
Sebagai
contoh kita lihat badan zakat yang bertanggungjawab terhadap pengagihan zakat
di Malaysia. Ada satu kejadian di sebuah negeri di Malaysia, tika mana ada
program “tanggungjawab sosial” yang memerlukan sedikit bantuan zakat untuk
diberi pada anak – anak Muslim pelarian Myanmar. Si pengagih zakat memarahi
penganjur kerana bantuan itu tidak fokus pada rakyat Malaysia. Soalan yang
pertama timbul di dalam benak kepala, adakah Muslim itu berbeza mengikut Negara?
Keduanya, suatu hari di bulan Ramadhan, aku melihat ramai warga asing yang beratur
di masjid di suatu kampong. Mulanya aku menyangka mereka ini, ingin mendapatkan
makanan percuma dari masjid. Tapi sangkaan itu sangat meleset apabila yang dilihat,
mereka sedang membayar zakat. Adakah, zakat itu milik warga negara Malaysia
sahaja?
Itu
belum lagi kita membongkar rahsia – rahsia yang telah lama terpendam dalam
benak mereka yang mempunyai pengalaman buruk dengan pusat zakat. Karenah
birokrasi yang menyukarkan yang berhak mendapatkan bantuan. Malah ada khabar
angin yang mengatakan ada orang besar menyalahgunakan zakat untuk melabur dan
mengaut keuntungan. Ada juga, duit zakat digunakan untuk membeli peralatan
mewah pejabat. Tapi yang dikesalkan, gerak kerja mereka tidak sebagus perkakas tempat
kerja mereka selain mereka juga hebat berfacebook.
Gerakan
Islam tidak serius, tidak pernah ambil peduli pun sebenarnya tentang apa yang
berlaku sekeliling mereka. Kebanyakan program – program kemasyarakatan mereka
lebih bersifat “ceremonial” atau majlis.
Program makan – makan, bersuka ria dan kemudian bersurai tanpa kita dapat rasakan
samada upacara yang dilangsungkan itu akan memberi penyelesaian jangka panjang.
Bagi
pihak masyarakat Muslim pula, lebih mementingkan institusi bekerja untuk kita. Sehingga
kita hilang nilai untuk bersikap peduli. Apabila kita melunaskan zakat atau sedeqah
pada institusi bertanggungjawab, macam kita dah habis tanggungjawab, sedangkan
nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial itu perlu berjalan setiap masa. Tapi
disebabkan sikap lepas tangan, nilai itu dikikis hilang tanpa sedar.
Institusi
masjid yang dahulunya berfungsi sebagai pusat khidmat dan pengurusan, kini telah
hilang fungsinya. Masjid telah menjadi tempat suci yang yang tidak boleh
disentuh. Masjid yang menjadi tempat lepak, tempat diskusi, tempat
menyelesaikan masalah dan tumpang berteduh telah pupus malah kini dikuasai oleh
“orang – orang yang suci”.
Seorang
gelandangan tua yang pernah ditemui pernah berkata, dia sedih dengan sikap
orang masjid. Masjid menjadi tempat yang suci yang tidak boleh disentuh, orang
macam mereka dipandang hina. Hendak menumpang kasih di rumah Allah pun susah. Bertentangan
pula dengan sikap penjaga gereja. Lebih ramah dan mesra. Melayani segala
karenah dengan ramah dan merendah diri. Tidak hairanlah di Malaysia ramai yang
murtad. Semuanya kerana sikap. Sikap Muslim yang tidak peduli. Kita lebih disibukkan
dengan hukum mengucapkan “Rest in peace”
pada non – Muslim (Paul Walker),dari beruasaha mengubah nasib orang terpinggir.
Daripada
kita menghukum mereka yang mengucapkan “Rest
in peace” dengan hukum boleh atau tidak, lebih baik kita melihat jasa si mati
semasa hidupnya. Mendiang Paul Walker mengetuai badan kebajikan Reach Out Worldwide. Fungsi badan
kebajikan itu membantu dan menghulurkan bantuan sukarelawan dan dana kewangan
pada Negara – Negara yang ditimpa bencana. Paul Walker turut membantu negara Indonesia
semasa Tsunami di Acheh serta mangsa – mangsa Taufan Haiyan dan masyarakat di Negara
– Negara yang kebuluran.
Persoalannya, ke mana hilangnya nilai
tanggungjawab Muslim selain menghukum dosa pahala?
