Artikel
ini adalah sambungan daripada artikel sebelumnya.
Selanjutnya,
sumber bahan asas adalah elemen yang paling penting untuk memastikan
Loji Nuklear sentiasa beroperasi dan membekalkan tenaga.
International Atomic Energy Agency (IAEA) mengklasifikasikan sumber
uranium kepada dua kategori iaitu pembekal utama (pelombong asal
uranium dari bumi dan memprosesnya) dan pembekal kedua (pembekal yang
menjalankan pengkayaan uranium, pencampuran bahan oksida, dan
berbagai-bagai proses untuk menghasilkan uranium yang lebih
berkualiti).
Setakat
yang dilaporkan pada tahun 2008, pembekal kedua mampu memenuhi
permintaan sebanyak 42% sahaja untuk permintaan dunia. Tetapi,
kuantitinya akan berkurangan sehingga 4% - 6% pada tahun 2025 [19],
dan ini dilema yang dihadapi IAEA, walau bagaimanapun IAEA
mempercayai pembekal kedua masih mampu memenuhi 8-11% permintaan
dunia pada tahun tersebut. Namun begitu, analisis daripada Minqi Li,
Associate Professor dari Univerisiti Utah menulis dalam jurnalnya
yang diterbitkan di Journal of Contemporary Asia,
jika kita terlalu bergantung kepada sumber uranium yang ada pada
kumpulan industri untuk menampung permintaan yang semakin bertambah
(kerana industri nuklear makin berkembang), bekalan gobal untuk
uranium hanya mampu membekalkan sebanyak 2% dan kemudiannya bahan
asas tersebut hanya akan ada tersedia dalam masa 70 tahun kemudian
[16]. Mengikut teori “Invisible Hand” oleh Adam Smith, permintaan
tinggi untuk sumber yang berkurangan akan menyebabkan harga makin
meningkat. Tidak mustahil harga bahan asas (uranium) akan terus
meningkat naik mendadak pada tahun tersebut dan menyebabkan kos
tenaga Nuklear akan meningkat. Malah dengan pembinaan loji nuklear
yang giat dijalankan oleh negara asia turut akan menyebabkan
permintaan uranium semakin tinggi. Walaupun Cina dan India antara
negara yang mengeksport Uranium, tetapi ianya sangat terhad, dan
China National Nuclear Corperation mengaggarkan permintaan uranium
untuk negara Cina akan meningkat dari 1000 tan pada tahun 2007 kepada
7000 tan pada tahun 2020. Kemudian Cina akan bergantung sepenuhnya
kepada Australia untuk mendapatkan bekalan uranium dan telah
menandatangani perjanjian untuk mengimport 20,000 tan uranium pada
tahun 2020. [31]
Seterusnya
penggunaan tanah untuk pengurusan bahan buangan juga harus diberi
perhatian. Oleh kerana loji nuklear tidak membakar sewaktu proses
pembelahan nukleus, maka jumlah sisa buangan cuma berkurangan sedikit
daripada bahan asal. Lebih kurang 10,000 tan bahan buangan
dikeluarkan daripada loji nukelar setahun, cuma 15% akan diproses
semula dan hanya 1% sahaja akan efisyen seperti uranium yang tidak
diproses semula [24]. China bercadang untuk membina respirotari kekal
dalam tahun 2040 di Gurun Gobi untuk menyimpan sisa nuklear [25].
India pula sedang membuat kajian untuk pengacaan bahan buangan
(proses membentuk bahan buangan nuklear menjadi seperti kaca) dan
memprosesnya agar memenuhi spesifikasi tertentu supaya boleh dibuang
digedung geologi kekal. Namun begitu, India masih lagi mengharapkan
penyimpanan bahan buangan di tujuh tempat dan hampir kesemuanya
berhampiran dengan reaktor nuklear [24].
Secara
tipikalnya setiap loji nuklear akan menghasilkan 30 tan bahan buangan
setahun dan bahan tersebut mempunyai jangka separuh hayat yang lama
dan kekal radiokatif selama 250,000 tahun. Jangkaan untuk menyimpan 1
tan sisa nuklear adalah sebanyak USD35,000 setahun (Jangkaan yang
paling rendah dan mungkin lebih mahal bergantung kepada situasi dan
tempat). Jangkaan untuk penyimpanan adalah 1/10 daripada 250,000
tahun iaitu 25,000 tahun. Jadi, jumlah kos yang perlu dikeluarkan
untuk menyimpan tenaga sisa nuklear adalah lebih kurang USD 875 juta
[19]. Malah, sisa nuklear taraf tinggi pula memerlukan 10,000 tahun
untuk radiasinya berkurangan dan dikira selamat sebelum didedahkanya
kepada manusia [24].
Penyelidik
di Korean Advance Institute of Science and Technology menyedari
tempat pembuangan sisa pepejal di bawah tanahnya tidak akan sedia
pada tahun 2041 dan tapak sementara akan penuh pada sehingga 2024.
Pada masa itu, sama ada Korea perlu mengeksport sisa buangannya atau
menutup reaktor nuklear selama-lamanya [26].
Fasiliti
loji nukelar tidak boleh beroperasi tanpa air, dan sesetengah kes
pengurusan di loji nukelar mendorong kepada kekurangan bekalan air.
Loji nuklear memerlukan bekalan air yang sangat banyak untuk
menyejukkan reaktor. Kira-kira 174 liter air diperlukan untuk setiap
1kWh yang dihasilkan [19]. Oleh kerana loji nuklear menukarkan air
kepada wap, ia boleh menjejaskan sumber bekalan air di kawasan
tempatan. Malah, nuklear reaktor di USA menggunakan
sekurang-kurangnya 216 juta liter air yang diambil dari sungai
tempatan sehari [27].
Pemggunaan
air semasa proses penyejukan jga mendorong kepada pencemaran kepada
alam sekitar. Ellen Baum dalam laporannya
bertajuk “The Hidden Side of Power Plant Pollution”
yang diterbitkan pada tahun 2008 mendedahkan sisi gelap dalam
pengurusan air dari loji nuklear. Sewaktu mengambil sumber air,
anjing laut, kura-kura, ikan, larva, kerang, dan berbagai lagi
hidupan maritim mati apabila terperangkap di tapisan air. Organisma
kecil yang mempu melepasi tapisan tersebut akan mati apabila berada
di dalam kitaran sistem penyejuk loji nuklear [28]. Berbilion ikan
kecil, larva, dan hidupan dari ekosistem marin turut menjadi mangsa
daripada proses kondensasi reaktor nuklear. Penyelidikan lanjut
daripada Gunter et al pada tahun 2001
mendapati lebih 90% daripada mangsa daripada kondensasi reactor
nuklear akan kembali semula ke sungai, laut, tasik, dan lain2 sumber
air. Ianya akan membentuk kepulan dan terapung di atas air serta
menghalang cahaya menembusi ke dalam sungai. Kesannya, tumbuhan akan
mati kerana tidak mendapat sumber cahaya yang cukup. Malah ianya juga
membunuh hidupan air kerana tiada lagi proses penghasilan oksigen
daripada proses fotosintesis oleh tumbuhan air [29]. Juga, pembuangan
air panas secara berterusan ke dalam sungai atau laut juga membunuh
tumbuh-tumbuhan, mengurangkan oksigen, dan menyebabkan gangguan yang
ketara dalam kebanyakan ekosistem kitaran hidupan [27].
Untuk
perspektif kesan rumah hijau, tenaga nuklear adalah yang paling
bersih sekiranya dibandingkan dengan arang batu, bahan api fosil.
Tetapi sewaktu pemprosesan uranium dan dan pengkayaan uranium, proses
tersebut memerlukan jumlah tenaga elektrik yang sangat besar.
Ironinya, tenaga elektrik yang digunakan sebenarnya dijanakan dari
bahan api fosil dan arang batu [19]. Jika kita mengambil pencemaran
karbon daripada kitaran awal sehingga kitaran akhir loji nuklear,
keputusan menunjukkan kesan yang signifikan dalam dalam pembebasan
CO2.
Kajian daripada Dones et al. mendapati 103 kitaran hidup gas rumah
hijau bersamaan dengan jumlah purata CO2
yang dibebaskan oleh loji nukelar iaitu kira-kira 66 g untuk setiap
kWh atau bersamaan 183 juta tan CO2
pada tahun 2005 [30].
Rekod
keselamatan daripada loji nuklear sentiasa dipersoalkan. Tidak kurang
daripada 99 kemalangan nuklear yang dilaporkan (didefinisikan
kemalangan yang meragut nyawa dan kos kerugian melebihi daripada USD
50,000) telah melibatkan kerugian sebanyak USD 20.5 billion semenjak
tahun 1952 sehingga 2009 [19]. Angka ini juga melibatkan USD 330
juta kemusnahan setiap tahun dalam tempoh 3 dekad [19]. Walaupun
perbandingan kemusnahan antara loji nuklear dan sumber bahan asas
yang lain menunjkkan kemusnahan akibat loji nuklear adalah kedua
tertinggi dalam indeks kemusnahan (yang pertama adalah hidroelektrik
dan lebih tinggi daripada bahan api fosil, arang batu, dan gas
natural) [19] ,European Union melaporkan kesan kemusnahan akibat
kemalangan daripada loji nuklear adalah 41 kali ganda lebih teruk
daripada arang batu, bahan api fosil, dan hidroelektrik itu sendiri
[31].
Daripada
kenyataan CEO Malaysia Nuclear Power Corporation, Dr Mohd Zamzam
Jaafar di Forum “Is Nuclear Power an Option for Malaysia??” di
Bar Council Malaysia pada 24 Januari 2015 mendedahkan RM21.3 billion
adalah jangkaan yang diperuntukkan kerajaan dan bukanlah kos sebenar.
Kemungkinan besar kos sebenar adalah lebih daripada itu. Malah,
beliau turut mendedahkan teknologi nuklear yang akan digunapakai di
Malaysia bukanlah teknologi Molten Salt Reactor (MSR) berasaskan
Torium yang terbaru dan lebih selamat. Ianya kerana kerana teknologi
tersebut hanya akan tersedia pada tahun 2035. Juga, beliau juga masih
tidak menyatakan secara jelas mengenai jenis teknologi yang akan
diguna pakai di Malaysia.
Ini
adalah hujah dan sebab kenapa saya menentang pembinaan tenaga
nuklear. Saya juga bersetuju dengan 4 daripada 7 dasar bantahan AMAN
iaitu:-
- Kos Loji Nuklear adalah mahal.
- Tiada jaminan ianya 100% selamat kerana kemalangan di loji nuklear pasti akan berlaku.
- Hasil loji nuklear tidak bersih (bermula dari kitaran awal sehingga akhir kitaran)
- Malaysia tidak perlu mendirikan loji nuklear.
Rujukan
[15] Keong, P.K. (2008) ‘‘Energy for
Growth – Singapore’s National Energy Policy,’’ Paper
presented at the Seminar at the Institute of Southeast Asian Studies,
Singapore, 24 January
[16] Li, M. (2007) ‘‘Peak Oil, the Rise of
China and India, and the Global Energy Crisis,’’ Journal of
Contemporary Asia, 37, 4, pp. 449-71.
[17] Symon, A. (2008) ‘‘Southeast Asia’s
Nuclear Power Thrust: Putting ASEAN’s Effectiveness to the Test,’’
Contemporary Southeast Asia, 30, 1, pp. 118-39.
[18] Lovelock, J. (2003) The Revenge of Gaia:
Earth’s Climate Crisis & the Fate of Humanity, New York: Basic
Books.
[19] Benjamin K. Sovacool (2010) A Critical
Evaluation of Nuclear Power and Renewable Electricity in Asia,
Journal of Contemporary Asia, 40:3, 369-400
[20] Thomas, S. (2005) The Economics of
Nuclear Power: Analysis of Recent Studies, London: Public Services
International Research Unit, July,
http://www.psiru.org/reports/2005-09-E-Nuclear.pdf
[21] Harding, J. (2007) ‘‘Economics of
Nuclear Power and Proliferation Risks in a Carbon-Constrained
World,’’ Electricity Journal, 20, pp. 65-76.
[22] Tomar, R. (1980) ‘‘The Indian Nuclear
Power Program: Myths and Mirages,’’ Asian Survey, 20, 5, pp.
517-31
[23] Costs: Fuel, Operation, Waste Disposal &
Life Cycle
http://www.nei.org/Knowledge-Center/Nuclear-Statistics/Costs-Fuel,-Operation,-Waste-Disposal-Life-Cycle
, retreived 1/1/2015
[24] Rethinaraj, T.S.G. (2008) ‘‘Nuclear
Safety Issues: Review,’’ Paper presented at the Seminar on
Sustainable Development and Energy Security, Institute of Southeast
Asian Studies, Singapore, 22 April
[25] Pan, Z. and Qu Zhimin (1999)
‘‘Radioactive Waste Mangement,’’ Nuclear Europe Worldscan,
November, December, pp. 12-16
[26] Lee, C.M. and K. Lee (2007) ‘‘A Study
on Operation Time Periods of Spent Fuel Interim Storage Facilities in
South Korea,’’ Progress in Nuclear Energy, 49, pp. 323-33.
[27] Sovacool, B. and C. Cooper (2008)
‘‘Nuclear Nonsense: Why Nuclear Power is No Answer to Climate
Change and the World’s Post-Kyoto Energy Challenges,’’ William
& Mary Environmental Law & Policy Review, 33, 1, pp. 1-119.
[28] Baum, E. (2004) Wounded Waters: The
Hidden Side of Power Plant Pollution, Washington, DC: Clean Air Task
Force
[29] Gunter, L., P. Gunter, S. Cullen and N.
Burton (2001) Licensed to Kill: How the Nuclear Power Industry
Destroys Endangered Marine Wildlife and Ocean Habitat to Save Money,
New York: Grace Foundation and Norcross Foundation, February.
[30] Dones, R., X. Zhou and C. Tian (2004)
‘‘Lifecycle Assessment of Chinese Energy Chains for Shandong
Electricity Scenarios,’’ International Journal of Global Energy
Issues, 22, pp. 199-224
[31] Wu, J., S., Garnett and T., Barnes (2008)
‘‘Beyond an Energy Deal: Impacts of the Sino-Australia Uranium
Agreement,’’ Energy Policy, 36, pp. 413-22.
[32] Hirschberg, S.
and A. Strupczewski (1999) ‘‘Comparison of Accident Risks in
Different Energy Systems: How Acceptable?,’’ IAEA Bulletin, 41,
1, pp. 25-31.


