Tuesday, 11 February 2014

SKIM PERLINDUNGAN ORANG - ORANG MISKIN



Kata orang, jauh perjalanan, luas pengalaman. Begitulah yang aku cuba cari dalam pengalaman perjalanan di Sharqah-Dubai di bawah takluk UAE ini. Seperti Ali Syari'ati bilamana melihat piramid, rowshanfekr Iran ini melihat Fir'aun sedang berdiri di megah takhta dibantu Haman bersurah tentang pembangunan demi pembangunan, yang di mana di hujung kaki mereka hamba-hamba abdi diperah dikerah mengangkat bertan-tan batu semata-mata demi untuk keagungan raja terkutuk sepanjang zaman,

Seperti itu jugalah aku apabila dalam kelana ini, ditambah sedikit pengetahuan aku tentang nasib buruh-buruh kecil (bergaji kecil dan bekerja berat) melihat betapa ironinya kemanusiaan dewasa ini.

Menurut seorang teman aku yang tinggal lama di Dubai ini, untuk mengadakan permit kerja, diperlukan lebih AED20 ribu. Matawang AED cuma berbeza sedikit saja dengan nilai RM kita. Jadi bayangkan, jika permit kerja sahaja sudah AED20 ribu, bagaimana pula dengan upah/gaji bulanan mereka?

Dan menurut teman aku lagi, pekerjaan-pekerjaan yang dijalankan orang asing, upahnya lebih murah berbanding orang tempatan. Untuk negara sekaya Dubai ini, upah orang asing adalah lebih murah berbanding upah pekerja asing di Malaysia.

Orang-orang kaya di mana-mana boleh membeli insurans perlindungan sepanjang hayat, insurans itu, insurans ini, skim perlindungan itu, skim perlindungan ini,
 
dan aku bertanya, ada sesiapa mahu beri skim perlindungan apa-apa pada buruh-buruh kecil ini? Yang mana kerja mereka lebih berat dan lebih teruk berbanding teknokrat-teknokrat idea, tetapi hasil perit mereka cuma sekali itu saja. cuma sekali itu.

Bahkan teknokrat-teknokrat idea boleh berlumba menjadi lebih gila kaya dengan mempatenkan idea-idea mereka (hakcipta) (padahal apakah modal mereka???), dan mereka cuma perlu bekerja sekali itu, atau semudah itu, sementara buruh-buruh tertindas, bekerja, bekerja dan bekerja hingga hujung nyawa dan terseksa sampai bila-bila.

Andai bila mereka mati di tempat perburuhan, matilah mereka sia-sia tanpa pembela, tanpa ada lagi titipan wang untuk kaum keluarga di desa.

Aku menggoogle. terjumpa beberapa link.
link 1-belum cukup memuaskan.

Ada beberapa cerita dari kawan-kawan Marxist aku mengatakan bahawa nasib buruh asing lagi tidak ada harganya. Mereka seperti diciptakan untuk diabdikan, seperti diciptakan semenjak azali untuk menjadi abdi, tidak memiliki harga diri dan sesuka hati diperjual beli, ditolak ke sana ke mari, digelek ke sana, digelek ke sini, dilanyak di sana dipijak di sini.

link 2- ini menarik.

laporan dari Zulaikha Zulkifli ini memberi banyak maklumat baru tentang nasib perburuhan asing di negara kita. Mengesahkan lagi laporan yang aku terima dari kawan-kawan Marxist CWI. (Committee for a Workers International)


Lapor Zulaikha, pada 13 Mac 2013, sekurang-kurang 500 orang dari sebuah kilang di Nilai Negeri Sembilan telah mengadakan mogok dengan tidak bekerja menuntut gaji minimum RM900.

Wakil JERIT (Jaringan Rakyat Tertindas)Negeri Sembilan, Nithiyavani berkata, kebanyakan pekerja dari Bangladesh, Nepal dan Vietnam itu mengadakan pemogokan mendesak kilang tempat mereka bekerja membayar gaji minima sepertimana yang diumumkan perdana menteri sebelum ini.

Ada siapa tahu kenapa buruh di sana memogok? Atau cuma tahu kotaraya penuh dengan buruh asing saban minggu?

"Pekerja bekerja 30 hari tanpa cuti dan dibayar dengan RM500 hingga RM700 sebulan."

Ini kenyataan pedih yang kita kena akui. RM500 sebulan cumalah lebih mahal dari BR1M yang Perdana Menteri dedakkan kepada kita. 
 

Apapun, antara yang menarik sempat aku perasan dalam laporan wartawan MalaysiaKini itu, permasalahan bahasa. Jika permasalahan bahasa kita berjaya selesaikan, hegemoni pengkapitalisan cukong berjaya diretakkan. Sekurang-kurangnya.

"Kita akan buat tindakan selanjutnya. Tetapi kita akan tunggu seorang jurubahasa kerana kami susah nak berkomunikasi dengan mereka. Mereka tak pandai bahasa Melayu dan kita pun tak pandai bahasa mereka."


Ada pernah sebuah nota aku tulis sekitar pemogokan pra revolusi Iran. Mungkin sudah sampai masanya aktivis rowshanfekr berusrah tentang yang ini pula dari diajar bersurah tentang pasrah pada takdir semata-mata. Majikan perlu diajar setakat mana kekuatan buruh. Bukan cuma dibiar memperalatkan peluh keringat kaum buruh-

Gerakan buruh tekstil dan buruh fabrik kulit di Tehran menyampaikan pesanan kepada pihak berkuasa bahawa jika tuntutan mereka tidak dipenuhi, maka mereka akan menghentikan kerja.

lnilah pemogokan pertama yang dilancarkan oleh para buruh dalam catatan sejarah Iran, dan pemogokan pertama ini berhasil memenang­kan sebuah pengurangan jam kerja dari 14 jam menjadi 10 jam sehari. Ini merupakan pengalaman pertama mereka tentang betapa kekuatan bisa dicapai dengan aksi bersama dari kaum buruh. Dampak pemogokan ini sungguh hebat, sehingga mula ada perbincangan tentang peranan kaum buruh dan potensi mereka. Pemogokan ini merubah perilaku dari kesemua revolusioner serius. Seiring dengan berkembangnya kekuatan dan daya kelas pekerja, serta peranan sosial mereka semakin jelas, maka kaum revolusionaris lama memodifikasi metode perjuang­annya yang sudah kuno, dan mulai secara serius mem­persiapkan kaum buruh.

Pada bulan September 1978 serangkaian pemogokan massa mengoyak negeri itu. Bermula oleh satu unjuk rasa menentang pembunuhan, aksi itu dengan cepat berubah menjadi aksi boikot atas dasar tuntutan ekonomi dan politik. Sesungguhnya majoriti demonstrasi, khususnya pada enam bulan pertama tahun 1978, terkait dengan penegakan hukum keagamaan. Pada bulan Desember 1977, Khomeini kembali menyerukan penggulingan Shah dan menegakkan kembali konstitusi tahun 1905. 

Melalui masjid-masjid, para mullah mengumpulkan kekuatan anti-Shah dan menarik para pedagang, proletar-kelas bawah, dan bahkan Parti Tudeh serta beberapa kubu Front Nasional untuk bergabung.

Pada tanggal 4 Mei 1929 para buruh penyulingan minyak berkumpul untuk menyuarakan tuntutan ekonomi mereka, dan perkumpulan ini berubah menjadi demonstrasi politik anti-pemerintah. Mereka meneri­akkan slogan-slogan anti regim dan menuntut peng­unduran diri pemerintah. Buruh fabrik-fabrik yang lain bergabung dengan demonstrasi itu dengan semangat revolusioner. Tentera bersenjata datang dan secara bru­tal menyerang para pekerja dengan pedang mereka dan kaum buruh membalasnya dengan tongkat dan batu bata. Banyak buruh ditangkap dan gerakan mulai menyebar ke kota-kota lain. Di Abadan, sejumlah 20,000 demonstran turun ke jalan menunjuk rasa menentang serangan brutal angkatan bersenjata terhadap kaum buruh. Sekali lagi pertempuran kecil terjadi antara tentara dengan kaum buruh.

Situasi ini berlangsung hingga tiga bulan lamanya. Lebih dari tiga ratus pekerja ditangkap, dan akhirnya pemerintah dipaksa untuk mendukung gerakan. Akan tetapi sekali lagi pada tahun 1931 para pekerja mengorganisir sebuah pemogokan besar-besaran. Mengambil tempat di fabrik tekstil Vatan kota Isfahan, para buruh pekerja itu mendesak pihak management agar menaikkan upah mereka sebesar 40 persen dan menerima pengurangan jam bekerja dari 12 jam perhari menjadi 9 jam per hari.


Ah. Mungkin juga aku kena tengok PERKESO, KWSP, atau zakat dan sebagainya lagi untuk mengatakan aku belum cukup kerja rumah lagi, dan untuk mengatakan bahawa kemanusiaan di luar sana sebenarnya sangat tinggi. Cuma aku yang tidak nampak.

No comments:

Post a Comment