Pendokong-pendokong PAS, kali ini dalam beberapa minggu ini gundah gulana kerana onar beberapa pemimpinnya. Antara nama yang terkeluar di press conference antaranya seperti Shaari Sungib, Mustafa Ali, Nik Abduh, Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa. Isunya seperti yang dikatakan Hasan Ali, bahawasanya dia diumumkan tidak mendapat pencalonan dan itu ditegaskan lagi oleh Nik Abduh, supaya Shaari Sungib harus meminta maaf atas keterlanjuran pengumuman tersebut.
Itu satu. Di lain sisi, ada yang berpendapat bahawa isu kali ini adalah fight seterusnya antara kalangan Erdogan (yang mewakili kelompok profesional, bekas ABIM dan bekas IRC dan Alami) dengan kelompok konservatif. Abaikan sementara tentang tidak setuju penggunaan nama konservatif, kerana saya tidak ada nama lain lagi selain nama itu buat masa ini.
Ayat terakhir Nik Abduh dalam status di Facebooknya juga agak menarik untuk direnung-renungkan, "Mengapa memperkecilkan kenyataan Saari Sungib yang memulakan isu yang dah sedia membara dalam sekam? Ini seolah-olah menunjukkan ada retak yang sudah lama berlangsung dalam organisasi PAS. Menarik juga untuk dikemukakan di sini, dalam fight antara Menerjang Badai dengan Menuju PAS Baru, alfadhil Us. Riduan Mohamad Nor juga dalam mukaddimah Menerjang Badai ada menyentuh tentang perbalahan antara Alami dengan PAS di Mesir, sebagai kritik balas pada Menuju PAS Baru tulisan Dr. Mujahid Yusof Rawa.
Jika nama-nama yang disebutkan di atas, disusun pula dengan nama Haji Hadi, Harun Din, Husam Musa, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad dan beberapa lagi nama, barangkali kita akan jumpa sesuatu.
Dan jika kita bersama-sama secara konsensus menerima premis atau tesis ini, maka mudahlah kita menanggapi bagaimana terjadinya persengketaan dalaman PAS semenjak muktamar pasca Mac 2008, isu yang popular selain Unity Government, adalah isu profesional vs ulamak.
Kelompok konservatif ini, selain mendakwa mereka adalah calon sesuai ulamak (Hasan Ali juga dari kalangan konservatif) sering menuduh-nuduh sesuatu yang sangat terpesong. Seperti tuduhan pada yang tak sealiran dengan mereka adalah tidak walak, liberal dan pengikut Anwar Ibrahim. Kita masih ingat lagi tuduhan yang dilemparkan Harun Din pada Husam Musa. Disebabkan PAS sangat kasih sayang kepada semua pembesar-pembesarnya, maka tindakan tatatertib sangat sukar diambil.
Meskipun saya lebih meminati aliran tatbiq al-shariah, saya sangat percaya puak konservatif tadi akan rusut kepala bagaimana mahu mengklasifikasikan Harun Yahya di Turki itu. Harun Yahya dari kelompok ulamak atau apa? Manakala Mat Sabu dari kelas apa pula?
Patutnya di dalam PAS, kita harus beringat era Almarhum Fadhil Noorlah yang mengangkat profesional, bergandengan beriringan bersama pasukan ulamak, dalam misi memperkasakan parti sekaligus misi memperjuangkan Islam itu sendiri. Slogan kepimpinan ulamak itu yang diceduk dari Revolusi Iran adalah bullshit kepada kaum konservatif PAS, kerana sekali lagi mereka akan pening kepala, bagaimana Mahmoud Ahmadinejad yang bukan memakai serban atau dari kelas ulamak, boleh menjadi presiden bagi republik shiah itu? Kenapakah dalam pilihanraya yang lalu, Khatami yang berserban boleh tumpas di tangan Ahmadinejad, sedangkan Khatami dari kelas ulamak?
Sepatutnya ulamak menghargai sumbangan dan jasa yang disumbangkan dan dijasakan dengan kelompok professional. Bukannya berlaku sombong dengan menidakkan sumbangan mereka. Yang penting dalam parti itu, bukanlah kelas ulamak atau mana-mana kelas, tetapi prinsip parti itu. Ulamak boleh datang dan pergi, boleh mengkhianati parti tetapi prinsip parti itu yang kita dokongi, bukan kelas!
Sekali lagi diulang, saya dari aliran tatbiq al-shariah, bukan dari aliran maqasid al-shariah, tetap sangat tidak yakin dengan apa yang dilakukan aliran konservatif ini walaupun saya percaya mereka tidak mabuk wang, kuasa ataupun wanita. Mereka hilang kredibliti langsung tatkala masuk ke kancah siasah. Mereka hilang kewajaran, hilang hujah tatkala berdepan dengan kelompok profesional.
Sementara ahli-ahli profesional dalam PAS, terbabit dalam isu-isu keadilan sosial, turun ke lapangan, berdemonstrasi dalam isu-isu rakyat terbanyak, berdialog di lapangan-lapangan hujah, di mana ahli-ahli konservatif ini?
Dalam keadaan rakyat terbanyak maseh di peringkat juhalak dalam memahami hukum Allah, ahli-ahli konservatif PAS masih tidak nampak-nampak, dan gagal menggunakan momentum kebangkitan rakyat untuk tujuan itu, sebaliknya sangat bullshit dalam isu-isu yang membabitkan bangsa dan raja. Momentum kebangkitan rakyat ini, sangat menjadi bahan yang digunakan oleh kelompok profesional sebagai modal perjuangan.
Tatkala kita sibuk bercakap pasal hukum itu, hukum ini, adakah keadilan sosial itu bukan hukum yang harus dipenuhi?
Politik itu perform. Buat Hasan Ali, jika orang sudah tidak mencalonkan kau, maka kau harus terima dengan hati terbuka. Ini baru parti, kerana ini bukan monarki. Barangkali prestasi kau tidak seiringan seperti apa yang dimahukan. Berjuang itu tidak mewajibkan kau memerlukan jawatan. Barangkali jika jawatan juga yang kau perlukan untuk berjuang, maka masuklah PERKASA.
Untuk aliran tatbiq al-shariah, performlah dengan lebih baik!

No comments:
Post a Comment