Konsep pemerintahan dalam Islam sudah tentu berasaskan
terutamanya ajaran al – Qur’an al –Karim. Perlu difahami dari awal lagi bahawa
kitab suci ini tidak mengemukakan konsep Negara; akan tetapi, ia memberikan
konsep masyarakat. Sangat penting kita mengingati perbezaan ini apabila
berbincang tentang pemerintahan Islam. Sayugia diingat, al – Qur’an lebih
simbolik daripada descriptive, dan di sinilah terletak kekuatan dan kebenaran
abadinya, yang diperolehi daripada penafsiran dan penafsiran semula symbol – symbol,
sesuai dengan perubahan keadaan tempat dan masa.
Terdapat berbagai – bagai pandangan dan konsep tentang Negara
dan pemerintahan dalam Islam. Ali Abdur Raziq menegaskan dalam bahawa Islam tidak
pernah mendakwa sebagai pemerintahan duniawi; ini adalah bebas difikirkan oleh
mereka yang beriman. Seterusnya ia menekankan bahawa al – Qur’an tidak menyebut
tentang pemerintahan cara Khalifah, dan oleh kerana itu, cara ini tidak boleh
dianggap sebahagian daripada kepercayaan Islam. Idea mengenai pemerintahan
Khalifah telah dicipta dalam kitab – kitab fiqh yang dikumpulkan berabad – abad
selepas wafatnya Rasulullah. Di samping itu, terdapat satu pandangan lain yang
dipegang oleh para ulama’ bahawa Islam dan politik tidak dapat dipisahkan dalam
Islam, dan pandangan ini lazim diterima oleh Muslimin yang orthodox.
Namun demikian, seluruh persoalan ini adalah complex dan berkaitan dengan berbagai – bagai factor sehingga susah hendak bersetuju dengan pandangan mana satu.
Namun demikian, seluruh persoalan ini adalah complex dan berkaitan dengan berbagai – bagai factor sehingga susah hendak bersetuju dengan pandangan mana satu.
Untuk memahami sepenuhnya masalah ini, kita akan mengkaji keadaan politik yang wujud di Mekah sebelum kedatangan Islam dan bagaimana masyarakat telah berubah sejak itu. Sebagaimana yang telah disebut, Mekah diduduki terutamanya oleh Bani Quraish, yang terdiri daripada berbagai – bagai suku. Memang ada kabilah lain, selain daripada Quraish, akan tetapi mereka mempunyai kedudukan lebih rendah. Sangat menarik bahawa walaupun Mekah berkembang sebagai pusat perdagangan antarabangsa, ia tidak mempunyai susunan pemerintahan tersendiri. Tidak ada institusi beraja dan tidak wujud juga alat – alat Negara yang boleh dibandingkan.
Tidak wujud juga pemerintah yang ditentukan mengikut warisan
atau pilihan. Apa yang wujud ialah majlis kabilah yang digelar sebagai ‘mala’. Mala’
mengandungi wakil daripada tiap – tiap suku. Satu lagi perkara yang patut
diambil perhatian ialah mala’ merupakan hanya sebagai badan perunding dan
bukannya badan executive. Tiap – tiap suku pada teorinya adalah bebas, dan oleh
itu tidak terikat dengan sebarang keputusan majlis. Mala’ tidak berkuatkuasa
untuk memungut cukai atau mengadakan pasukan polis atau tentera, yang merupakan
alat Negara untuk menekan, dan untuk menjaga ‘undang – undang dan keamanan’. Namun
begitu, perkembangan pesat perdagangan menimbulkan keperluan untuk membentuk
jentera pemerintahan. Oleh kerana tiada Negara yang dilembagakan, maka tidak
ada sebarang teori politik yang tersusun. Paling tinggi, kita hanya boleh
bercakap tentang demokrasi kabilah sebelum kedatangan Islam di Mekah.
Hanya di Madinah baru Rasulullah memikirkan tentang
pembentukan alat – alat pentadbiran hal – ehwal kota itu, yang boleh diterima
ramai. Sangat menarik bahawa penduduk – penduduk Madinah bukanlah seragam, dari
segi kaum atau agama. Terdapat kaum Yahudi yang bercampur – campur, Arab
Jahiliyah, terdiri khususnya daripada dua kabilah, iaitu Aus dan Khazraj. Satu lagi
golongan ialah orang Islam yang telah berhijrah dari kota Mekah, terdiri
daripada berbagai – bagai suku. Ketidakseragaman penduduk di Madinah serupa
dengan keadaan yang biasa terdapat dalam Negara moden yang secular. Negeri yang
mempunyai pelbagai kaum, kabilah dan agama ini, dapat disatukan di bawah
pimpinan Rasulullah, dan digelar satu ummah.
Walaupun selalu didakwa bahawa ‘ummah’ merujuk kepada
komuniti orang – orang Islam, namun dakwaan ini susah untuk disokong.
Barakat Ahmad berkata, ‘manakala para orientalis berbeza
pendapat tentang perkembangan istilah ummat dalam al – Qur’an, setengah ulama’
Islam mentafsirkannya sebagai komuniti orang Islam; akan tetapi ini tidak
sepenuhnya benar. Ia hanya menerangkan kedudukan ‘de facto’. Pada teorinya,
dalam sebahagian besar tempoh Rasulullah menyebarkan risalahnya, istilah ummah
tidak terbatas hanya kepada Muslimin. Sangat menarik bahawa Rasulullah telah
mencipta satu komuniti politik di Madinah dengan membuat perjanjian yang
melibatkan berbagai – bagai golongan dan kabilah. Perjanjian yang dibuat oleh
Rasulullah ini dikenali sebagai Perjanjian Madinah atau Sahifah, dan orang –
orang yang terikat dengannya dikenali pula sebagai ‘orang Sahifah’.
No comments:
Post a Comment