Pada 11
November 16, 2013 pukul 8.01 pagi
Sinis
betul filem – filem barat. Mereka idea serangan (invasion) makhluk asing ke
atas bumi untuk menaklukinya. Alien (makhluk asing) ini mendakwa makhluk bumi
membawa kerosakan ke atas kediaman (bumi) mereka sendiri. Bergaduh, berperang
dan memeras antara satu sama lain. Lantas mereka ingin sekali mengambil alih
bumi demi kebaikan penduduknya. Mewujudkan keamana dan kebaikan universal
melalui tangan – tangan mereka sendiri. Kedatangan makhluk asing yang membawa
teknologi melampaui kemodenan manusia berkuasa untuk membawa keamanan. Soalnya,
wujudkah perihal sebegini?
Dalam
reality kehidupan umat manusia, agama atau wahyu dikenali sebagai makalah yang
paling signifikan untuk menjadi rujukan ke arah pedoman hidup terbaik. Bagi manusia
yang mempercayai kewujudan Tuhan, wahyu diturunkan kepada manusia lalu
membentuk agama – agama bertujuan melahirkan satu system kehidupan manusia yang
lebih baik dan menjawab persoalan – persoalan kehidupan yang tidak dapat
dicapai oleh akal dek kerana keterbatasan alat kajian dan sumber pengetahuan.
Sebagai
contoh, evolusi yang berlaku dalam kitab Veda melahirkan sebuah kitab yang
dinamakan Upanishad. Kata Upanishad bererti ‘duduk dekat’. Kitab tersebut
mengandungi kisah – kisah pertemuan guru dengan murid – muridnya dalam
merungkai pertanyaan yang timbul dalam himna – himna yang terdapat pada Kitab
Veda berkaitan makhluk dan penciptaan pertama. Bagaimana wujudnya dewa – dewa?
Siapakah
yang mengetahui dan menggerakkan semua ini dan lainnya. Upanishad digunakan
sekitar tahun 800 dan 300 tahun sebelum masihi. Menurut beberapa kajian, jangka
waktu tersebut merupakan tempoh perkembangan agama – agama lain di beberapa
tempat berbeza contohnya Jainisme, Buddha, Pythagoras dan Heraclitus di Yunani,
Jesus dan Jeremiah di Palestin, Zoroaster di Persia (Iran), Confucius dan Lao –
Tze di China.
Agama
terhadap orang – orang yang beriman, mengandung esensi keagungan dan kemuliaan
kerana ianya bersumber dari Tuhan. Menurut Henry Bergson, keyakinan beragama
berbalik kepada dua sumber yakni keuntungan bagi masyarakat dan manusia
seluruhnya. Keduanya bersifat perseorangan dan hanya dimiliki oleh sebagian
sahaja daripada manusia yang mempunyai mata hati (bashirah) atau genialita
(keulungan / kasyaf). Dalam Islam, ianya lebih dikenali sebagai sufistik bagi
kelompok Sunni ataupun Irfan bagi mereka yang beraliran Syi’ah. Seorang muslim
percaya bahawa agamanya membawa kepada hubungan manusia dengan Tuhan (hablum minallah) dan hubungan manusia
dengan manusia (hablum minaan naas).
Sejarah
agama – agama semenjak dahulu, senantiasa berlaku perubahan dari satu fasa ke
satu fasa lainnya. Setiap pelopor bagi satu fahaman agama datang mencerahkan
kaumnya setelah fahaman atau agama lama mengalami pembakuan dan kerosakan.
Misalnya
Gautama Buddha berdiri di atas dasar – dasar akidah Brahma akan tetapi ia
menekankan kesederhanaan akidah kepada rakyat bukan tertakluk hanya untuk
pendeta – pendeta.
No comments:
Post a Comment