Fragmen
kitab : Kubra
al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah Wujud al-Khaliq wa Wazifah al-Makhluq (Keyakinan
Hakiki Kewujudan Maha Pencipta dan Tugas Makhluk di Alam Semesta)
Pengarang : Allahyarham ‘Allamah Dr Said
Ramadan al-Buti
Penterjemah : Muhammad Sulaiman Yasin
Halaman : 179-203
Persoalan kaitan
perbuatan manusia dengan qada’ qadar dan persoalan keadilan Allah sering
mengundang kerumitan, sehingga adakalanya boleh menjerumuskan ke lembah
kekufuran, wal’iyazubillah. Semoga fragmen di bawah ini mampu
memberikan jawapan permulaan kepada mereka yang benar-benar mencari hakikat
kebenaran.
Fragmen ini disedut
dari perbahasan tentang Ketuhanan dalam bab yang ketiga daripada kitab
tersebut. Untuk menghayati dan mengikuti perbahasan dengan lebih baik, adalah
dianjurkan untuk membaca kitab tersebut daripada permulaannya.
KEDUDUKAN IRADAT MANUSIA DI HADAPAN IRADAT ALLAH
S.W.T.
Setakat ini kita
telah pun mengetahui bahawa lradat Allah s.w.t.
adalah mutlak dan sempurna, layak untuk berta’alluq dengan
segala mumkinat atau segala yang mumkin. Maka
bagaimana kita dapat memahami atau menggambarkan bahawa di samping lradatAllah
s.w.t., manusia juga mempunyai iradat? Kita juga mengetahui dengan
yakin berdasarkan mushahadah dan percubaan atau pengalaman bahawa manusia
menghendaki dan bebas memilih dalam banyak perlakuan dan pemikirannya, maka
apakah bentuk Iradatmanusia dan apakah hakikatnya? Seterusnya
apakah nasib kesudahannya di sisi IradatAllah s.w.t.?
Jawabnya, ketika
Allah s.w.t. mencipta manusia, Dia telah menyediakan baginya dua tindakan.
Pertama, jenis yang sama seperti yang ada pada
semua makhluk lain dari jenisjamad(objek keras seperti batuan dan
logam), nabat (tumbuhan) dan haiwan. Bahkan juga jenis cakerawala,
iaitu pergerakan atau perlakuan yang di luar kemahuan dan pemilihannya. Sama
ada yang berupa pergerakan yang dikuasai oleh peraturan alam benda atau alam
fizik, seperti sistem pertumbuhan dan kesuburan serta segala yang berkaitan
dengannya, seperti kuat dan lemah, kelahiran dan kematian, sistem pernafasan,
system penghadaman makanan, dan sistem lain yang ada di dalam tubuh badan.
Ataupun pergerakan yang berupa perasaan dan emosi dalam jiwa manusia, seperti
lapar, kenyang, dahaga, suka, duka dan seumpamanya.
Kedua, pergerakan yang lahir daripada rahsia
yang sungguh menakjubkan yang khusus disediakan dalam diri manusia, iaitu
tenaga lradat dan Ikhtiar. Sesungguhnya lradat Allah
s.w.t. telah berta’alluq untuk menanamkan rahsia tersebut dalan
batin diri manusia, yang menjadi titik pusatan kepada taklif ke
atas manusia. Juga untuk menjadikannya sebagai sumber yang dapat melahirkan
kebanyakan tindakan dan perlakuan. Itulah yang dinamakan bebas dalam
membuat pilihan. Ini bermakna bahawa Iradat Allah s.w.t. telah
berta'alluq untuk menjadikan anda {atau manusia itu) berkehendak
atau mempunyai lradat. Dengan itu lradat Allah
s.w.t. telah melimpahi dan menyerapi ke arah apa yang anda kehendaki dan anda
bebas memilihnya.
Maka tiada
percanggahan di antara Iradat Allah s.w.t. dengan pilihan anda
melalui iradatanda yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t. Jika
diandaikan bahawa Allah s.w.t. tidak menghendaki sesuatu perbuatan atau
tindakan yang anda pilih dengan iradat anda, maka ini bermakna
bahawa Allah s.w.t. tidak menghendaki iradat anda yang anda
arahkan kepada perbuatan atau tindakan tersebut. Ketika itu telah berlaku
percanggahan" iaitu bercanggah dengan apa yang sabit bahawa Allah s.w.t.
telah menghendaki bagi anda untuk menjadi orang yang berkehendak (muridan)
atau yang mempunyai iradat. Dan juga bercanggah dengan
hakikat bahawa Allah s.w.t. telah menyediakan secara khusus suatu rahsia dalam
kejadian manusia. Dengan itu maka sabitlah yang sebaliknya, iaitu terbatalnya
andaian bahawa Allah s.w.t. tidak menghendaki perbuatan atau tindakan di mana
anda bebas memilih untuk melakukannya.
Kita kemukakan satu
contoh yang dapat mendekatkan hakikat ini kepada kefahaman anda. Seorang
pembantu rumah telah diterima bekerja di rumah anda. Anda mahu mengetahui
sejauh mana benar, jujur dan amanahnya dia dalam menjalankan kerja dan tugas
yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Untuk tujuan itu anda memberi sejumlah
wang dan menyuruhnya pergi ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan. Anda
memberi kebebasan penuh kepadanya untuk menyempurnakan apa yang anda pinta,
tanpa diperhati atau tanpa suatu kawalan yang dapat menyusahkan atau
menyulitkan kebebasannya.
Anda bertindak
demikian adalah kerana anda sengaja mahukan si pembantu rumah itu berasa bebas
sama ada untuk melakukan atau tidak melakukan, iaitu mengikut suara
hati kecilnya atau daya fikiran batinnya sahaja. Tegasnya, hanya berdasarkan
sepenuhnya kepada daya iradat yang dimilikinya, sehinggalah
dengan itu anda mengetahui benar-benar apa yang ada dalam isi hatinya. Jika dia
kembali ke rumah dan anda dapati dia tidak amanah tentang wang yang diberi,
juga pada barang yang dibelinya, maka dalam keadaan ini anda sebenarnya
menghendaki natijah tersebut. Jika dia kembali dan anda dapati dia telah
berlaku begitu jujur dan amanah, maka dalam keadaan ini juga anda menghendaki
natijah tersebut. lni kerana anda tidak membiarkan dia bebas bertindak dan
melakukan tindakan seperti yang dikehendakinya melainkan kerana anda juga
mahukan atau menghendaki natijahnya, walau apa pun bentuk natijah tersebut,
sama ada anda menyukainya atau tidak.
Dengan penjelasan
ini anda dapat mengetahui bahawa iradat insan di sisi Iradat Allah
s.w.t. diumpamakan seperti iradat pembantu rumah tadi di sisi iradat tuannya.
Hanya bagi Allah s.w.t. jua contoh misalan yang Maha Tinggi. Iradat kita yang
berta'alluq dengan segala perlakuan atau tindakan yang bebas,
adalah terkandung di bawah Iradat Allah s.w.t. Tetapi bukan
dengan cara paksaan atau digagahi, seperti Iradat Allah s.w.t.
yang berta'alluqdengan pergerakan di luar kemahuan dan pilihan yang
bebas (seperti pergerakan pelbagai sistem dalam susunan fizikal atau tubuh
badan manusia), sebaliknya melalui limpahan atau penyediaan 'Rahsia lradat dan lkhtiar'dalam
batin diri kita. Di antara hikmatnya supaya dengan ketentuan Iradat itu
anda dapat mengusahakan apa yang anda sukai tanpa paksaan, agar terjelma hal
batin (kehendak, kemahuan dan pilihan) anda dalam perlakuan anda, yang
dengannya akan melayakkan anda menerima ganjaran pahala atau balasan dosa
daripada Allah s.w.t. Jelaslah bahawa dengan sebab iradat inilah
perlakuan atau perilaku anda itu menjadi salah satu daripada muradatu
llah.
Demikian juga anda
mengetahui bahawa tiada suatu pun yang berlaku dalam kekuasaan dan milik Allah
s.w.t melainkan yang dikehendaki-Nya. Ini tidak bercanggah dengan pemberian Iradat atau
kehendak Allah s.w.t. kepada anda, sebagaimana juga tidak bercanggahnya ilmu
Allah s.w.t. yang mengetahui segala sesuatu dengan ilmu yang diberi kepada anda
yang dengannya anda mengetahui sebahagian kecil daripada makhluk
ciptaan-Nya.
PERBEZAAN
DI ANTARA IRADAT DAN REDA
Mungkin anda masih
ingin meneruskan soalan, "Mengapa pula Allah s.w.t. memberi balasan kepada
manusia atas perbuatan yang sebenarnya adalah juga daripada muradatu
'llah (kehendak Allah)? Bahkan bagaimana pula, pada waktu yang sama
perlakuan atau perbuatan yang ditegah dan dilarang oleh Allah s.w.t. itu adalah
termasuk dalam muradatu IIah?"
Jawapannya,
"Kemusykilan anda ini adalah pecahan daripada sangkaan atau kewahaman yang
seyogia anda berwaspada daripada termasuk ke perangkapnya, iaitu anda menyangka
bahawa Iradat Allah s.w.t. dan suruhan-Nya adalah sama atau
satu makna, dengan erti setiap satu melazimi yang lain. Ini adalah satu
kesilapan besar. Anda telah pun mengetahui bahawa tiada suatu pun yang berlaku
di alam semesta ini melainkan denganlrodat-Nya yang mutlak. Kalau tidak
sudah pasti adanya suatu yang mawjud yang di luar atau mengatasi kehendak atau lradat Allah
s.w.t. Ini adalah gambaran yang paling jelas kepada kelemahan dan kekurangan
pada Allah s.w.t. yang termahasuci Allah s.w.t. daripadanya. Anda Juga tahu
bahawa Allah s.w.t. telah berfirman di dalam Kitab-Nya:
وَلَا
يَرۡضَىٰ لِعِبَادِهِ ٱلۡكُفۡرَۖ وَإِن تَشۡكُرُواْ يَرۡضَهُ لَكُمۡۗ
Terjemahan: ... dan
Dia tidak meredai kekafiran bagi hamba-Nya, dan Jika kamu bersyukur, nescaya
Dia meredai bagimu kesyukuranmu itu.
(Surah al-Zumar
39:7)
Jadi, kekafiran Abu
Jahal umpamanya, termasuk dalam muradaru 'llah, tetapi tidak
termasuk dalam senarai yang diredai Allah s.w.t. kerana tidak termasuk dalam
perkara yang disuruh dan diperintah oleh Allah s.w.t., berdasarkan dalil yang
jelas dan tegas dalam.ayat di atas.
Contoh pembantu
rumah yang kita kemukakan sebelum ini dapat menyedarkan kita kepada
hakikat ini. Telah pun kita tegaskan bahawa ketika anda membiarkan pembantu
rumah tadi bertindak dan melakukan dengan sepenuh kebebasan ke atas wang yang
anda berikan itu, tidak lain dan tidak bukan bahawa anda menghendaki untuk
mengetahui natijah daripada pembantu rumah tersebut, apa pun juga natijahnya,
sama ada natijah itu anda suka ataupun tidak.... Hakikat ini dapat kita rasakan
melalui pengalaman atau kegiatan yang bersifat peribadi, ataupun melalui mu'amalah kita
dengan orang lain. Sebagai contoh lagi, tentu sekali saya tidak suka kalau ada
daripada pelajar di bawah penyeliaan saya yang tidak lulus atau gagal dalam
mata pelaJaran. Selalu saya ulangi supaya pelajar-pelajar saya berusaha dan
mempertingkatkan daya usaha mereka. Namun demikian, pada akhir tahun pengajian,
saya akan membuat ujian atau peperiksaan. Sudah pasti iradat saya
atau kehendak saya berjalan menuju kepada natijah yang akan diketahui melalui
ujian tersebut. Jadi, apabila saya mahu membuat ujian tersebut maka saya juga
mahu mengetahui natijahnya, walau apa natijahnya, berjaya ataupun gagal. Dalam
contoh ini tiada sesiapa pun yang berakal akan mengatakan adanya percanggahan
di antara suruhan saya kepada "pelajar-pelajar supaya bersungguh-sungguh
dalam pelajarannya dengan iradat atau kemahuan saya untuk
melihat natijah sebenar daripada ujian dan peperiksaan tersebut.
lni membuktikan
bahawa iradat tidak melazimi atau memastikan perintah dan
suruhan dan juga tidak memastikan rasa reda atau rela kepada sesuatu yang
dikehendaki. Inilah antara kesilapan atau kegelinciran yang membingungkan
Mu'tazilah sehingga menghasilkan pendapat yang mengelirukan.
Jika anda cuba
mendalamkan pengamatan kepada penjelasan yang telah kita kemukakan, anda dapat
memahami bahawa manusia, dalam semua perbuatan dan tindakan yang di bawah
pilihannya atau yang bersifat ikhtiari (ikhtiyariyyah), bergerak dalam
garis lingkunganIradat llahiyyah tanpa suatu pun yang terkeluar
dari-Nya. Anda juga dapat memahami tiada percanggahan di antara keadaan manusia
ltu bebas berkehendak dan bebas memilih dalam semua tindakan ini dengan keadaan
manusia tidak terkeluar darlpada garis lingkunganlradat Ilahiyyah.
Keadaannya tidak seperti yang disangka oleh sesetengah golongan yang cetek
fikirannya bahawa selama perbuatan manusla itu terhasil daripada lradat Allah
s.w.t. maka tiada kebebasan dan tiada usaha ikhtiar baginya. Hal yang
sedemikian itu hanya boleh dikatakan benar jika seorang pelajar yang gagal
dalam ujian yang diberi kepadanya itu boleh dan dibenarkan membantah gurunya
dengan mengatakan, “Saya telah dipaksa gagal, kerana tuan sememangnya mahukan
saya gagal, apabila tuan membuat ujian!" Keadaan tersebut juga tidak benar
kecuali jika pembantu rumah boleh dan dibenarkan membantah tuannya dengan
mengatakan, "Saya telah dlpaksa berlaku khianat kepada tuan di bawah kuasa
dan kemahuan tuan yang mahukan saya diuji dan diberi kebebasan penuh ke atas
harta tuan!" Yang jelasnya, tiada siapa pun daripada orang yang berakal
dapat menerima kata-kata alasan tersebut, bahkan tidak akan ada yang sudi
mendengarnya.
Untuk menerangkan
hakikat ini, al-‘Allamah Sa'du 'd-din al-Taftazani (dalam Syarh
al-‘Aqaid al-Nasafiyyah) menjelaskan, "Jlka dikatakan; setelah
menta'mimkan (mengeneralisasikan) ilmu dan Iradot ke atas
Allah s.w.t. maka al-jabr atau paksaan adalah suatu
kepastian, kerana kedua-duanya, jika berta'alluq dengan perbuatan
yang wajib, maka jadi wajiblah dia, ataupun jika berta'alluq dengan
yang tidak wajib maka tidak wajiblah ia. Tiada ikhtiar pada sesuatu yang
berserta dengan yang wajib dan yang tertegah." Kita jawab, "Dia
(Allah) mengetahui dan menghendaki bahawa hamba-Nya melakukannya atau tidak
melakukannya dengan pilihannya sendiri. Maka tiada kemusykilan dalam masalah
tersebut."
Jika anda
menghujahkan, "Apa yang dikatakan ini dapat difahami dan diterima jika
tiada ayat al-Qur'an yang membatalkan pendapat atau pandangan yang anda katakan
itu, kerana ayat tersebut menunjukkan bahawa manusia tidak mempunyai kehendak
atau iradat melainkan dengan izin Allah s.w.t. dan kehendak-Nya." Ayat
tersebut ialah:
وَمَا
تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا
Terjemahan: Dan
kamu tidak menghendaki (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki AIIah.
Sesungguhnya AIIah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-lnsan 76:
3O)
Jawapannya, ayat
ini sebenarnya menjadi asas kepada pendapat yang telah kita kemukakan. Ayat ini
dengan tegas dan jelas menerangkan bahawa manusia tidak memiliki atau menikmati
daya iradat dalam batin dirinya, yang dengan rahsia iradat tersebut
mengarah supaya memilih perbuatan dan tindakan yang dikehendaki, sekiranya
Allah s.w.t. tidak berkehendak untuk menyediakan atau meletakkan 'rahsia
teragung' ini dalam batin diri manusia. Ini adalah hakikat yang amat jelas.
Saya sekarang memilih untuk menumpukan masa dan waktu untuk menulis kajian
penting dalam buku ini. Tetapi dari manakah saya mendapat daya memilih itu yang
merupakan rahsia teragung dalam batin diri saya, sekiranya Allah s.w.t. tidak
berkehendak untuk mencampakkan sesuatu daripada rahsia tersebut, semata-mata
dengan pemberian dan kurniaan-Nya!!!? Nah, sekarang Allah s.w.t. telah
menghendaki saya mempunyai iradat untuk melakukan tindakan
yang saya bebas memilihnya. Bukankah saya sekarang ini sudah menjadi orang yang
berkehendak dan bebas membuat pilihan? Tidakkah perbuatan yang saya
hasilkan itu adalah natijah daripada iradat saya sekalipun saya
meyakini bahawa iradat atau kehendak saya itu tetap berada dalam lingkungan
daerah lradat llahiyyah!?"
Demi Allah, kita
sungguh berasa penuh hairan dan akan terus berasa hairan dengan sikap manusla
seperti ini, yang berpegang kepada ayat di atas, kemudian terus-menerus cuba
meruntuhkan anugerah kurniaan Ilahi yang teragung kepada manusla, selepas
anugerah kurnlaan akal fikirannya, iaitu anugerah kurniaan iradat dan daya
kebebasan memilih atauikhtlar.
Dalam usaha
tersebut, apakah gerangan yang akan mereka lakukan terhadap firman Allah s.w.t.
dalam ayat-ayat berikut:
وَنَفۡسٍ۬
وَمَا سَوَّٮٰهَا فَأَلۡهَمَهَا
فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا
Terjemahan: Dan
jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka AIIah mengilhamkan
kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
(Surah al-Syams 91: 7-8)
إِنَّا
خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن نُّطۡفَةٍ أَمۡشَاجٍ۬ نَّبۡتَلِيهِ فَجَعَلۡنَـٰهُ
سَمِيعَۢا بَصِيرًا
Terjemahan: Sesungguhnya
Kami telah mencipta manusia daripada setitik mani yang bercampur yang kami
hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia
mendengar dan melihat.
(Surah al-Insan 76:2)
أَلَمۡ
نَجۡعَل لَّهُ ۥ عَيۡنَيۡنِ وَلِسَانً۬ا وَشَفَتَيۡنِ وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ
Terjemahan: Bukankah
Kami telah memberi kepadanya dua biji mata, lidah dan sepasang bibir. Dan Kami
telah menunjukkan kepadanya dua jalan.
(Surah al-Balad 90:8-10)
Selain apa yang
telah dijelaskan di atas, terdapat beberapa maklumat penting yang ada
hubungannya dengan kajian yang terdahulu, iaitu tentang masalah Qada’ dan Qadar
yang akan kita jelaskan dalam bahagian terakhir.
QADA' DAN QADAR
PENGERTIAN
DAN HUKUM MENGIMANINYA
Keperluan atau
kepastian beriman kepada Qada dan Qadar berpunca daripada dua dalil:
Pertama: Hadith Sahih yang diriwayatkan oleh
Muslim:
الإيمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله وباليوم
الأخر وبالقدر خيره وشره
Terjemahan: Iman
ialah beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitabNya, para rasul-Nya,
hari kiamat dan qadar baik dan buruk.
Kedua: Natijah yang dipastikan oleh
kemahasempurnaan Allah s.w.t., yang bersifat dengan sifat Ilmu, Iradat dan Qudrat yang
mutlak. Maka Qada’ adalah cabang sabitnya sifat Ilmu dan Iradat Allah
s.w.t., manakala Qadar adalah cabang daripada sabitnya sifat Qudrat bagi
Allah s.w.t.
Pengertian
Qada' dan Qadar
Qada’ ialah Ilmu
Allah s.w.t. yang azali tentang segala sesuatu, seluruhnya, menepati apa yang
akan wujud atau akan berlaku pada masa akan datang.
Qadar atau Takdir
pula ialah mewujudkan segala sesuatu itu benar-benar menepati Ilmu Allah s.w.t.
yang azali yang berta'alluq dengannya.
Sesetengah ulama
atau pengkaji telah memberi pengertian yang sebaliknya. Pengertian Qada’ diberi
kepada Qadar dan pengertian Qadar diberi kepada Qada’. Pengertian tersebut
sememangnya mempunyai kemungkinan. Perbezaan pendapat inl bukanlah merupakan
masalah besar.
Makna wajib beriman
kepada kedua-duanya -seperti yang difahami oleh Ahl al-Sunnah wa'l-Jamaah
-adalah wajib ke atas setiap yang mukallaf nengimani bahawa
Allah s.w.t. mengetahui segala perbuatan hamba-Nya sejak awal lagi dan juga
mengetahui segala yang berkaitan dengan seluruh makhluk, iaitu tentang
kebaharuannya atau berlakunya yang berterusan pada masa akan datang. Demikian
juga wajib ke atas setiap mukallafmengimani bahawa Allah s.w.t.
telah menjadikan atau mengadakan ataupun mewujudkan, menepati dan mengikut
kadar penentuan yang khusus dan bentuk rupa yang tertentu yang telah pun ada
lebih dahulu dalam ilmu-Nya.
Daripada pengertian
ini, anda dapat mengetahui bahawa tiada hubungan sama sekali di antara Qada’
dan Qadar dengan fahaman Jabariyyah, seperti yang disangkakan tanpa bukti oleh
sesetengah golongan. Allah. s.w.t. dengan kepastian sifat ketuhanan-Nya, atau bi
mujib uluhiyyatihi mesti mengetahui segala yang dilakukan oleh
hamba-Nya dalam semua jenis atau apa pun juga bidang perbuatannya; mengetahui
akan segala apa yang akan berlaku ke atas segala yang ada dalam milik dan
kekuasaan-Nya. Kalau tidak, sudah pasti Allah s.w.t. mempunyai kekurangan dalam
sifat-sifat tersebut. Selain itu, semua ini berlaku dalam keadaan yang menepati
Ilmu Allah s.w.t. yang terdahulu tentang perkara atau peristiwa tersebut. Kalau
tidak, akan bertukarlah ilmuNya menjadi jahil. Dan hal yang sedemikian adalah mustahil
bagi Allah s.w.t.
Jelaslah bahawa
semua ini tiada hubung kaitnya dengan keadaan sama ada perbuatan yang dilakukan
oleh seseorang itu adalah terpaksa ataupun semata-mata dengan kehendak dan daya
kebebasan memilihnya. Kita telah pun mengetahui (dalam perbincangan sifat Ilmu
yang lalu –penyalin) bahawa Ilmu bersifat kashifah (penyingkap,
dan bukannya pemberi kesan yang merupakan tugas Qudrah, atau
pemilih yang merupakan tugas Iradah –penyalin) sahaja, yang
tabiatnya menyingkap segala perkara sepertimana hakikatnya, atau seperti apa
yang akan diwujudkan-Nya. Ilmu Allah s.w.t dalam pengertian ini tiada
hubungannya dengan al-Jabr atau ikhtiar.
Imam al-Nawawi rahimahullah dalam
huraiannya tentang kitab Sahih Muslim iaitu selepas memberi definisi Qada’ dan
Qadar, telah menjelaskan:
Kadang-kadang,
ramai menyangka bahawa makna Qada’ dan Qadar ialah Allah memaksa dan
menggagahkan hambaNya dengan Qada’ dan QadarNya, sedangkan
hakikatnya bukanlah seperti yang disangkakan oleh mereka itu. Sesungguhnya
makna keduanya adalah memberitahu bahawa Ilmu Allah telah mengetahui terlebih
dahulu tentang usaha perbuatan hambaNya, dan keluarnya ia daripada taqdir
daripadaNya.
Imam Ibn Hajar pula
ketika menghuraikan Hadith dari Ibnu 'Umar tentang Iman, telah memberi definisi
Qada’ katanya:
Qada’
ialah Ilmu Allah tentang perkara-perkara sepertimana hakikatnya, dan Qadar
ialah Dia menjadikan perkara-perkara tersebut bersesuaian dengan Ilmu-Nya.
KHALIQIYYATU
‘L-LAH (PENCIPTAAN ALLAH) KEPADA PERBUATAN MANUSIA TIDAK MENAFIKAN
IKHTIAR
Mungkin masih ada
yang mengemukakan kemusykilan dalam bentuk pertanyaan, "Katakanlah bahawa
Ilmu Allah s.w.t. tiada hubungan dengan sesuatu melainkan dalam bentuk al-Kasyf seperti
yang anda jelaskan. Tetapi tidakkah kewujudan sesuatu itu yang ditentukan oleh
Allah s.w.t. akan wujud, iaitu yang diketahui oleh-Nya akan wujud dengan
kepastian penciptaan-Nya (bimujib khalqih) dan dengan kepastian lradat-Nya
(bimujib lradatih)? Jadi, perkara ini berakhir juga dengan terpaksa dan
tergagah. Kalaupun tidak bersangkut dengan Ilmu maka tetap bersangkut dengan
penciptaan dan lradat!"
Jawapannya,
"Segala sesuatu tidak wujud dan berbentuk melainkan dengan penciptaan Allah
s.w.t., tidak juga sempurna melainkan dengan lradat-Nya. Ini telah
pun kita jelaskan sebelum lni. Adapun yang membawa kepada paksaan atau tergagah
seperti yang anda sangkakan itu maka berikut ini kita kemukakan penjelasan
tentang tidak benarnya sangkaan anda itu dari dua sudut. Pertama dari sudut
masalah penciptaan (al-khalq) dan kedua dari sudut Iradat (al-Iradah)."
Makhluk ciptaan
Allah s.w.t. terbahagi kepada dua:
Pertama, makhluk (yang dicipta) yang tidak
diusahakan oleh seseorang pun atau di luar usaha dan ikhtiar. Iaitu segala yang
berlaku di alam semesta secara terpaksa dan termesti, seperti pergerakan dan
peredaran bintang dan cakerawala, perubahan dan peralihan musim, pertumbuhan
dan pembesaran pokok dan tumbuh-tumbuhan, binatang dan manusia, perjalanan
pelbagai sistem pada anggota manusia dan pergerakannya. Dalam bahagian ini kita
tidak akan membincangkan hal ini kerana tidak mengandungi kemusykilan, terutama
jika kita menyedari bahawa manusia tidak ditaklif dengan perbuatan yang di luar
kehendak dan ikhtiyarnya dan tiada hubungan dengan ganjaran pahala atau dosa.
Kedua, perkara yang diusahakan, di mana
manusia bersifat dengannya melalui daya dan usaha yang bebas mengikut
pilihannya, seperti perbuatan makan, minum, belajar, bekerja dan
lain-lainperbuatan atau tindakan yang dilakukan dengan penuh kesedaran dan
kebebasan memilih. Inilah bahagian yang ada kaitan dengan kemusykilan dalam
masalah Qada' dan Qadar.
Perlulah diketahui
dan disedari bahawa perbuatan manusia termasuk dalam kumpulan makhluk atau
ciptaan Allah s.w.t. Maka AIIah s.w.t. mencipta kesungguhan anda dalam
pelajaran atau sebaliknya. Dialah yang mencipta segala tindakan dan kegiatan di
tubuh anda, sama ada yang bersifat ketaatan atau kederhakaan.
Hakikat ini terbukti dengan dalil akal yang jelas, kerana jika perbuatan dan
tindakan anda itu bukan penciptaan Allah s.w.t. dan Qudrat-Nya, nescaya Allah
s.w.t. tidak bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, juga bererti bahawa
perbuatan dan tindakan anda itu tercipta daripada kesan lain yang memberi kesan
yang bebas dan tersendiri. Hal yang sedemikian adalah mustahil atas Allah
s.w.t. telah kita mafhum daripada dalil Naqli yang yakin :
وَخَلَقَ
ڪُلَّ شَىۡءٍ۬ فَقَدَّرَهُ ۥ تَقۡدِيرً۬ا
Terjemahan: …
dan Dia mencipta segala sesuatu dan Dia menetapkan ukuran-ukuranya dengan
serapi-rapinya.
(Surah al-Furqan 25:2)
Maka tidak syak dan
tidak diragukan bahawa perbuatan itu termasuk dalam keumuman perkataan ‘segala
sesuatu’ atau kullu syay’in. Inilah pegangan Ahl al-Sunnah wa
'l-Jamaah. Tanpa diragukan bahawa perbuatan atau tindakan manusia termasuk
dalam 'sesuatu'.
Penciptaan Allah
s.w.t. terhadap segala perbuatan kita tidak memastlkan kita terpaksa atau
digagahi. Antara dua perkara tersebut, tiada ketalazumannya yang pasti, cuma
hanya dalam sangkaan atau kewahaman manusia sahaja. lni adalah kerana tindakan
anda ketika melakukan sesuatu perbuatan bergantung sepenuhnya kepada dua
perkara:
Pertama, Wujudnya perbuatan itu di alam luar,
iaitu adanya bahan-bahan asasinya bersifat material dan juga bersifat spiritual
(maddi dan ma’nawi).
Kedua, Terdapatnya perbuatan tersebut pada
anda melalui gerakan dan kebangkitan iradatanda kepadanya. Jadi,
anda adalah orang yang berkehendak dan mempunyai kebebasan memilih sebagai
sifatnya orang yang mendapat perbuatan dan menggerakkan kemahuan kepadanya,
bukan sebagai sifatnya yang mencipta dan mengadakan bahan dan unsurnya.
Hakikat di atas
dapat dijelaskan dengan contoh berikut:
Tangan dengan
segala unsur pergerakan, sistem urat saraf dan otot, sistem perjalanan darah,
yang menyebabkan tangan dapat bergerak dan mempunyai daya dan tenaga,
kesemuanya itu adalah dengan ciptaan Allah s.w.t. Kertas yang ada di hadapan
anda dengan bentuk dan kandungan serta kekhususannya, adalah ciptaan Allah
s.w.t. Penerimaan yang ada pada pena (qabiliyyah) bagi penggunaan
menulis adalah juga daripada ciptaan Allah s.w.t. Pertemuan kesemua unsur atau
bahan di atas untuk mewujudkan tulisan, adalah juga daripada ciptaan Allah
s.w.t. Inilah makna ungkapan bahawa'Allah, Dialah yang mencipta perbuatan
manusia'.
Tetapi adakah hanya
dengan terkumpulnya kesemua unsur tersebut pada anda sudah dapat dinisbahkan
bahawa anda telah melaksanakan perbuatan menulis di atas kertas? Tentu tidak!
Penciptaan Allah s.w.t. kepada semua unsur dan bahan tersebut tidak bererti
bahawa anda telah menulis. Untuk mewujudkan tulisan mestilah anda berazam untuk
menulis dan seterusnya tergerak iradat anda untuk
melaksanakannya. Ketika itu Allah s.w.t. mengizinkan tenaga yang disediakan-Nya
dalam tangan anda untuk menyahut kehendak atau iradat anda
tersebut, dan mengizinkan segala sistem yang ada di tangan anda untuk membantu
tujuan anda. Hasilnya, mata pena terus bergerak menulis huruf dan menyusun
perkataan, menurut apa yang anda kehendaki. Sementara kertas pula tunduk
menerima pergerakan pena di atasnya. Pada ketika itu anda disebut orang yang
menulis dan dihubungkan dengan hasil perbuatan menulis, sekalipun Allah s.w.t.
yang menciptakan segala-galanya. Jelasnya, qasad., azam dan usaha adalah
daripada anda (iaitu melalui, tenaga rahsia iradat yang
diciptakan dan disediakan oleh Allah s.w.t. dalam diri anda). Manakala
perbuatan itu sendiri dan sebab-sebab, sama ada yang terdekat ataupun yang jauh
adalah daripada penciptaan Allah s.w.t. Maka yang dibicara, dikira,
diperhitungkan dan dihakimi adalah atas qasad, iradat dan
usahanya bukan atas penciptaan Allah s.w.t. terhadap jalan, sebab dan diri
perbuatan itu sendiri.
Ini adalah hakikat
yang dapat kita alami dan kita lalui dalam kehidupan sama ada dalam bidang
perundangan atau kemasyarakatan. Pembicaraan di mahkamah adalah atas usaha
bukan atas hakikat perbuatan itu sendiri yang bersifat bebas dengan dirinya
sendiri. Seorang yang membawa keretanya lalu terlanggar seseorang sehingga
mati, tidak dibicarakan atas perbuatannya, kerana dia bukanlah orang yang
benar-benar melakukan perbuatan tersebut. Sebaliknya yang menjadi pelaku secara
langsung ialah kereta. Maka yang dibicarakan itu adalah kerana usaha
pemiliknya. Seseorang yang mengupah pekerja untuk menggali lubang di
tengah-tengah jalan sehingga menyebabkan kerosakan, tidak dibicarakan atas
perbuatannya itu kerana yang menggali lubang itu ialah orang lain, tetapi ia
dibicarakan atas sifatnya sebagai orang yang mengusahakan kerosakan itu.
Seseorang yang membawa seteguk racun lalu diletakkan di dalam bekas ubat di
tepi seorang pesakit yang kemudiannya meminum racun tersebut sehingga mati,
akan dibicarakan dan dijalankan hukum qisas, bukan kerana dia yang mencipta
perbuatan tersebut, tetapi yang mengusahakannya.
Allah s.w.t.
membicarakan dan menghisab hamba-Nya atas apa yang disebut al-kasb atau
usaha, iaitu gerakan dari dalam batin atau jiwa diri untuk bertindak dan
melakukan perbuatan. Cuba perhatikan ayat-ayat yang berikut:
لَا
يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا
ٱكۡتَسَبَتۡۗ
Terjemahan: AIIah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat
pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada
kejahatan) yang dikerjakannya.
{Surah al-Baqarah 2:286)
ٱلۡيَوۡمَ
تُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا ڪَسَبَتۡۚ
Terjemahan: Pada
hari ini setiap jiwa diberi balasan terhadap apa yang diusahakannya.
(Surah Mu'min 40:17)
وَبَدَا
لَهُمۡ سَيِّـَٔاتُ مَا ڪَسَبُواْ
Terjemahan: Dan
(jelaslah) bagi mereka akibat buruk daripada apa yang telah mereka perbuat.
(Surah al-Zumar 39:48)
إِنَّ
ٱلَّذِينَ يَكۡسِبُونَ ٱلۡإِثۡمَ سَيُجۡزَوۡنَ بِمَا كَانُواْ يَقۡتَرِفُونَ
Terjemahan: Sesungguhnga
orang-orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan (pada hari
kiamat), disebabkan apa yang mereka telah kerjakan.
(Surah al-An'am 6:120)
dan ayat-ayat lain
yang menaskan bahawa tempat pergantungan atau manat ganjaran
pahala dan balasan dosa ialah al-kasb atau usaha manusia yang
merupakan gerakan rasa kemahuan dalam diri kepada sesuatu yang disuruh atau
ditegah. Dan Allah s.w.t. dengan kehendak-Nya telah menjadikan penciptaan dan
Qudrat-Nya sesuai dengan gerakan kemahuan manusia.... sehingga hal yang demikian
itu merupakan rakaman atau pendaftaran yang membuktikan atau mensabitkan
gerakan rasa kemahuan manusia itu terjelma dalam bentuk perbuatan.
Dengan penjelasan
ini, maka dapatlah kita memahami bahawa ta'alluq sifat al-Khalq(mencipta)
dengan segala yang diketahui oleh Allah s.w.t. akan kewujudan sejak azali tidak
memastikan manusia melakukan perbuatan atau tindakan secara terpaksa dan
digagahi.
Adapun tentang ta'alluq sifat Iradat dengan
segala perbuatan manusia maka tiada kemusykilan nisbah kepada bahagian pertama,
iaitu segala mahkluk atau ciptaan Allah s.w.t. yang di luar daripada kemahuan
dan pilihan. Hanya dari bahagian kedua iaitu makhluk atau ciptaan Allah s.w.t.
yang iktisabiyyah yang diasaskan kepada usaha pilihan manusla,
yang nampaknya ada kemusykilan. Penjelasan mengenai kemusykilan ini telah pun
diterangkan dalam masalah keempat. Seperti yang telah kita jelaskan bahawa IradatAllah
s.w.t. berta'alluq dengan mencipta suatu rahsia teragung di dalam
batin diri manusia, iaitu ‘IRADAT'. Dengan penciptaan ini maka ia
memastikan bahawa lradat Allah s.w.t. berta’alluq dengan
segala urusan dan perbuatan yang dilakukan oleh manusla dengan kemahuan dan
pilihannya yang bebas. Tetapi yang demikian ini tidak memastikan manusia itu mujbar dan mukrah atau
terpaksa dan digagahi dalam segala tindak-tanduk dan perlakuannya.
Bagaimana pula
dengan firman Allah s.w.t:
وَلَوۡ
شَآءَ لَهَدَٮٰڪُمۡ أَجۡمَعِينَ
Terjemahan: Dan
jika Dia menghendaki, tentulah Dia memimpin kamu semuanya (ke jalan yang
benar).
(Surah al-Nahl 16:9)
وَلَوۡ
شَآءَ رَبُّكَ لَأَمَنَ مَن فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪُلُّهُمۡ جَمِيعًاۚ أَفَأَنتَ
تُكۡرِهُ ٱلنَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ
Terjemahan: Dan
Jika Tuhanmu menghendaki, tentuIah semua orang yang ada di muka bumi ini
beriman seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka
menjadi orang-orang yang beriman semuanya?
(Surah Yunus 10:99)
dan banyak lagi
ayat yang mengandungi makna yang sama. Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa iradat manusia
adalah dalam genggaman Iradat Allah s.w.t.
Untuk menjelaskan
kemusykilan ini, maka kita tegaskan bahawa ayat tersebut tiada kaitannya dengan
masalah yang sedang kita bincangkan. Sebaliknya, ayat tersebut menjelaskan
suatu hakikat lain yang tersendiri yang tidak diragukan dan dipertikaikan,
iaitu sekiranya Allah s.w.t., menghendaki nescaya Dia akan mengurniakan kelutfian
kepada semua manusia seluruhnya yang menjadikan manusla itu hanya akan memilih
untuk beriman, mentaati dan memilih yang hak sahaja, tanpa sebarang pilihan
padanya, tanpa keinginan untuk menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan; ataupun
terhala kepada menyakini kebenaran sahaja tanpa daya pilihan baginya. Tetapi
Allah s.w.t. tidak menghendaki demikian, sebaliknya Allah s.w.t. menghendaki
supaya manusia itu mempunyal iradatnya, mempunyai daya kebebasan
memilih di antara dua realiti yang sentiasa saling bertarikan, iaitu tarikan
keinginan nafsu dan daya pemikiran akalnya, supaya dalam mentaati Allah s.w.t.
terserlah makna jihad dan taklif yang sebenar. Tanpa hakikat ini, para
mujahidin dan mereka yang lurus dalam perjalanan hidupnya tidak akan mendapat
apa-apa ganjaran atas jihad dan ketaatannya, kerana sememangnya tiada jihad langsung
sejak asal lagi.
Inilah yang
ditunjukkan oleh ungkapan di dalam ayat di atas. Apakah hubungan maksud yang
terkandung di dalam ayat ini dengan tajuk yang kita bincangkan? Telah kita
buktikan bahawa manusia mempunyai kebebasan dan berkehendak nisbah kepada
tindakan dan perbuatan ikhtiyariyyah atau yang di bawah
pilihannya.
IRADAH
MANUSIA TUNDUK KEPADA KELUTFIAN ALLAH S.W.T. ATAU SEBALIKNYA
Selain penjelasan
dan keterangan yang telah kita kemukakan, seyogialah juga kita mengetahui
bahawa iradat manusia yang menerima hembusan daripada
kelutfian Allah s.w.t., lalu sentiasa mendapat taufik daripada-Nya. Antara
kesannya adalah keinginan sesetengah manusia pula diselubungi kemurkaan dan
balasan Allah s.w.t. semasa di dunia lagi. Kemahuan dan keinginannya hanya
terbuka kepada kejahatan dan sentiasa menuju ke jalan-jalan yang membawa kepada
penderitaan. Cuma sudah menjadi Sunnatu 'llah ke atas
hamba-Nya bahawa Lufu ‘llah itu mempunyai sebab-sebab tertentu
yang diusahakan oleh manusia, sebagai mana balasan Allah s.w.t. itu juga
mempunyai sebab-sebabnya.
Sesiapa yang telah
berazam sejak awal dalam perjalanannya untuk tidak menentang dan membantah
hakikat kebenaran yang telah dilihat dan diyakininya, untuk tidak mensia-siakan
akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t., sehingga dia mengimani hakikat
teragung iaitu Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang hak dan dirinya hanya sebagai
hamba, seterusnya dengan penuh kerendahan diri dan kelemahan dia memohon dan
merayu dengan sepenuh harapan agar diberikan pertolongan dan taufik dari Allah
s.w.t. untuk terus berpegang kepada hukum dan peraturannya, untuk menambah daya
dan tenaganya bagi melaksanakan harapan dan cita-citanya yang murni itu. Dia
mungkin akan menerima Lutfu 'llah dan Inayah-Nya. Lalu
dengan tawfiq dan hidayat-Nya, semakin bertambah tenaga, daya akal dan
kesedaran persepsinya semakin kukuh dan mantap, terlukis makna keazaman dan
kesungguhan dalam iradatnya.
Kepada golongan ini
Allah s.w.t. merakamkan dalam firman-Nya:
وَٱلَّذِينَ
ٱهۡتَدَوۡاْ زَادَهُمۡ هُدً۬ى وَءَاتَٮٰهُمۡ تَقۡوَٮٰهُمۡ
Terjemahan: Dan
orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah menambahkan petunjuk kepada mereka
dan memberi (balasan) kepada mereka atas ketakwaan mereka.
(Surah Muhammad 47:17)
وَيَزِيدُ
ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ٱهۡتَدَوۡاْ هُدً۬ىۗ
Terjemahan: Dan
Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk.
(Surah Maryam 19:76)
يَهۡدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضۡوَٲنَهُ ۥ سُبُلَ
ٱلسَّلَـٰمِ وَيُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِهِۦ
وَيَهۡدِيهِمۡ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬
Terjemahan: Dengan
kitab (al-Qur'an) itulah AIIah menunjuki orang-orang yang mengikuti
keredaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah
mengeluarkan orang-orang itu daripada kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang
. . . .
(Surah aI-Ma'idah 5: 16)
إِنَّ
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ يَہۡدِيهِمۡ رَبُّہُم
بِإِيمَـٰنِہِمۡۖ
Terjemahan: Sesungguhnga
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi
petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanan mereka.
(Surah Yunus 10:9)
dan dalam Hadith
Qudsi, Allah s.w.t. berfirman:
يا عبادي كلكم ضال إلا من هديته فاستهدوني أهدكم
Terjemahan: Hai
hamba-hamba-Ku, setiap kamu sesat kecuali mereka yang mendapat petunjuk-Ku. Maka mohonlah
petunjukk daripada-Ku, nescaya Aku menunjuki kamu.
(Riwayat Muslim,
Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Yang terpenting
adalah kita pasti sedar dan mengetahui bahawa Allah s.w.t. telah menjadikan
dari tekad dan benarnya hasrat dan cita-cita untuk mengetahui hakikat
kebenaran. Juga dari sikap kelemahan diri serta kesungguhan doa dan
permohonannya kepada Allah s.w.t., suatu daya akal lain dikurniakan kepadanya
untuk memahami hakikat ketuhanan-Nya dan kesedaran untuk menghayati dan
mewarnai dirinya dengan hakikat kebenaran tersebut dengan penuh ketaatan dan
kepatuhan.
Manakala orang yang
sejak awalnya telah menyimpul azam untuk menentang dan membantah dasar dan
prinsip yang tidak disukainya, walaupun pada hakikatnya perkara itu benar; yang
sengaja memekakkan telinga daripada petunjuk akalnya, sengaja tidak mahu
menyahut kecuali seruan hawa nafsunya, kemudian terus -menerus membawa dirinya
mengikuti liku-liku perjalanan yang menepati keazaman dan kesungguhan dengan
mengatakan dari awal-awal lagi kepada sesiapa sahaja yang cuba mengingatkan
kepadanya tentang hakikat ketuhanan bahawa dia tidak faham dan sememangnya
sengaja tidak mahu memahaminya, maka Sunnahtu 'llah ke atas
hamba-Nya menetapkan bahawa orang seperti ini akan semakin jauh terperosok dan
semakin dalam terjunam dalam kesesatan dan kebingungan pemikiran, semakin
membahang iradatnya dalam kepanasan api hawa nafsunya, dan semakin
lemah daya kesedaran, pendengaran, pandangan dan persepsinya terhadap apa jua
peringatan dan nasihat, kepada dalil dan bukti atas kebenaran Allah di alam
semesta. Khusus kepada manusia dari golongan ini, al-Qur'an telah merakamkan:
وَمَنۡ
أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِۦ فَأَعۡرَضَ عَنۡہَا وَنَسِىَ مَا
قَدَّمَتۡ يَدَاهُۚ إِنَّا جَعَلۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ أَڪِنَّةً أَن
يَفۡقَهُوهُ وَفِىٓ ءَاذَانِہِمۡ وَقۡرً۬اۖ وَإِن تَدۡعُهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ
فَلَن يَہۡتَدُوٓاْ إِذًا أَبَدً۬ا
Terjemahan: Dan
siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan
ayat-ayat Tuhannya, Iantas dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang
telah dikerjakan oleh kedua belah tangannya? Sesungguhnga Kami telah meletakkan
tutupan di atas hati mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami
Ietakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan walaupun kamu menyeru mereka
kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-Iamanya.
(Surah aI-Kahfi 18:57)
سَأَصۡرِفُ
عَنۡ ءَايَـٰتِىَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ وَإِن
يَرَوۡاْ ڪُلَّ ءَايَةٍ۬ لَّا يُؤۡمِنُواْ بِہَا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلرُّشۡدِ
لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلاً۬ وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلۡغَىِّ يَتَّخِذُوهُ
سَبِيلاً۬ۚ
Terjemahan: Aku
akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa
alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Jika mereka melihat setiap
ayat-(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang
membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jlka mereka
melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya.
(Surah al-A'raf 7:146)
يُضِلُّ
بِهِۦ ڪَثِيرً۬ا وَيَهۡدِى بِهِۦ كَثِيرً۬اۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦۤ إِلَّا
ٱلۡفَـٰسِقِينَ
Terjemahan: ...
dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan AIIah, dan dengan
perumpamaan itu juga banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tiada yang
disesatkan AIIah kecuali orang-orang yang fasiq.
(Surah al-Baqarah 2:26)
وَمَا
ڪَانَ ٱللَّهُ لِيُضِلَّ قَوۡمَۢا بَعۡدَ إِذۡ هَدَٮٰهُمۡ حَتَّىٰ يُبَيِّنَ لَهُم
مَّا يَتَّقُونَۚ
Terjemahan: Dan
AIIah sekaIi-kali tidak akan menyesatkan satu kaum sesudah AIIah memberi
petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus
mereka jauhi.
(Surah al-Tawbah 9 : 115)
Sunnah llahiyyah ini,
iaitu sama ada lutfiyyah atau maqtullah adalah
tafsiran yang praktikal kepada firman Allah s.w.t.:
فَإِنَّ
ٱللَّهَ يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَہۡدِى مَن يَشَآءُۖ
Terjemahan: ...
maka sesungguhnya AIIah menyesatkan sesiapa saja yang dikehendaki-Nya dan
menunjuki sesiapa saja yang dikehendakiNya.
(Surah Fatir 35:8)
وَمَن
يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ۬
Terjemahan: Dan
sesiapa disesatkan Allah, maka baginya tiada seorang pun yang akan memberi
petunjuk.
(Surah al-Ra'd 13:33)
yang bermakna
bahawa Allah s.w.t. tidak digagahi oleh sesuatu pun untuk mencampakkan
sebab-sebab yang membawa kepada hidayat ke dalam hati orang-orang kafir secara
paksa sebagaimana juga untuk mencampakkan sebab-sebab yang membawa kepada
kesesatan ke dalam hati hamba-Nya yang soleh. Tetapi Allah s.w.t. telah menulis
ke atas dirinya, semata-mata atas keihsanan-Nya bahawa Dia (Allah) tidak
menyesatkan manusia melainkan yang mengambil sebab-sebab yang menyesatkan, yang
sengaja memalingkan diri daripada segala jalan dan peluang untuk mendapat
hidayat. Demikian juga Dia (Allah) memberi atau memperdekatkan jalan dan
peluang untuk mendapat hidayat dan tawfiq-Nya kepada manusia yang rela membuka
hati dan fikirannya serta berazam untuk mencari dan menerima hakikat kebenaran,
menerima dan mematuhi kebenaran hukum dan peraturan-Nya, suruhan dan
tegahan-Nya, di samping sentiasa menadah tangan memohon pertolongan dan
limpahan kurnia-Nya.
Bahkan mungkin
sesaat amalan soleh, yang segera dilakukan oleh seorang yang durjana dan
bajingan dalam detik-detik kesedaran kepada hakikat diri keinsanan dan
kefitrahannya boleh menjadi salah satu sebab yang membawa kepada hidayat Allah
s.w.t. kepadanya dan menjadi salah satu faktor terbesar yang membawa kepada
perubahan dalam perjalanan dan sejarah hidupnya.
Demikian juga
sebaliknya mungkin satu daripada perbuatan keji di sisi Allah s.w.t. yang
dilakukan oleh seseorang yang soleh, tanpa mempedulikan akibatnya kepada Islam
dan umatnya, kemudian tidak berasa kesal dan sesal, lalu lupa untuk kembali
bertawbat kepada Tuhannya, boleh menjadi salah satu sebab kepada maqtu
'llah dan menjadi salah satu faktor terpenting kepada perubahan dalam
sejarah hitam hidupnya.
Fenomena dari
peristiwa seperti ini adalah sesuatu yang dapat dilihat dan disaksikan dalam
kehidupan manusia dan sejarahnya. Inilah yang dimaksudkan oleh Hadith
Sahih:
Terjemahan: Demi
yang diriku ini berada dalam tangan-Nya, sesungguhnya seorang dari kamu beramal
dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak di antaranya (syurga) dengan
(diri)nya sehasta, lalu aI-Kitab mendahului atasnya, maka beramallah dia dengan
amalan ahli neraka, IaIu dia memasukinya. Dan demi yang diriku dalam
tangan-Nga; sesungguhnya seorang dari kamu beramal dengan amalan ahli neraka,
sehingga jarak di antara (diri)nya dengan neraka itu sehasta, lalu al-Kitab
mendahului atasnya. Maka beramallah dia dengan amalan ahli syurga lalu dia
memasukinya.
(Muttafaq 'Alayh)
Untuk mengakhiri
fasal ini, mungkin anda mendengar ungkapan yang selalu diulangi oleh pengamal
tasawwuf (al-mutasawwifah) pada hari ini iaitu manusia pada hakikatnya
tidak memiliki sesuatu pun, samalah halnya seperti bulu burung di udara.
Manusia adalah diperjalankan sahaja segala urusan, dan perbuatan mereka adalah
dalam genggaman hukum Tuhan. Adapun yang kita lihat dari mereka dan keadaan
mereka hanyalah sebagai bayangan kepada Qada’ Allah s.w.t. ke atas mereka.
Mereka sering menyebut firman Allah s.w.t. ini sebagai dalil atas pendapat dan
pandangannya:
وَمَا
رَمَيۡتَ إِذۡ رَمَيۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰۚ
Terjemahan: ...
dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allahlah yang
melempar.
(Surah aI-AnfaI 8:17)
Dalam hubungan ini
perlulah dijelaskan bahawa ungkapan seperti ini tidak bersandarkan bukti atau
ilmu ataupun nas Ilahi yang menjadi asas dalam syarak yang kudus dan suci.
Tetapi hanya bersandarkan (menurut pendapat orang yang soleh dari kalangan
mereka) kepada'hal-ehwal' yang dialami mereka ketika memikirkan dan mengamati
keagungan Allah s.w.t., lalu mereka tenggelamdalam kejiwaan yang merasakan
kedahsyatan dan kebingungan atau kehilangan diri sehingga menyebabkan mereka
mengeluarkan ungkapan seperti ini. Ungkapan tersebut pada hakikatnya bukanlah
suatu rumusan atau laporan ilmiah yang dicapai oleh hasil pengkajian dan
pemikiran, tetapi hanya suatu gambaran dari hal diri jiwa mereka yang merasakan
kedahsyatan tersebut, yang menguasai seluruh perasaannya.
Adapun dari
kalangan lain yang bukan soleh, maka ungkapan atau ucapan seperti ini hanya
bersandar kepada ikutan semata-mata. Demi sesungguhnya jika golongan yang
pertama itu dimaafkan (ma’dhurin) dengan sebab ungkapan yang di luar
daripada kesedaran akalnya namun golongan kedua tetap tidak dimaafkan dengan
sebab sikap dan tindakan berdasarkan ikutan yang disengajakan.
Namun demikian,
bagi golongan tokoh ahli tasawwuf yang terbesar, yang telah melewati peringkat Ahwal,
tidak akan mengeluarkan ungkapan kata sedemikian. Mereka tetap iltizam dengan
apa yang telah ditetapkan oleh zahir aI-Nas, yang telah dibuktikan
secara ilmiah dan diperakui secara ijma’ oleh umat Islam. Mereka tidak lupa
kepada makna dan maksud sebenar yang terkandung ayat di atas iaitu merakamkan
sesuatu peristiwa khusus yang menjadi salah satu daripada mukjizat luar biasa
yang diperlakukan oleh Allah s.w.t. ke atas tangan Rasulullah sallallahu
‘alayhi wassalam. Mukjizat tersebut ialah ketika Rasulullahsallallahu
‘alayhi wassalam mengambil segenggam batu kecil (atau pasir yang
kasar) lalu dilemparkan ke arah kaum musyrikin dalam perang Hunayn. Pasir yang
sebanyak itu telah memenuhi udara membawa dan mengenai mata pihak musuh,
sehingga membawa kepada kemenangan kepada pihak Islam dan kekalahan kepada
pihak kafir musyrikin. Maka ayat tersebut adalah untuk memperingatkan kita
kepada suatu peristiwa yang sungguhluar biasa, atau mukjizat iaitu walaupun
hanya dengan bilangan batu-batu kecil atau pasir yang segenggam tangan
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wassalam telah memenuhi ruang
udara dan mengenai seluruh mata musuh. Pada hakikatnya peristiwa luar biasa ini
adalah mukjizat, sebagai tanda pemuliaanAllah s.w.t. ke atas Rasui-Nya dan para
mukmin. Jadi, apakah hubungan maksud ayat tersebut dengan kebebasan tindakan
manusia dan tidak bebasnya mereka? Dengan inisaya flkir tidak perlu penjelasan
yang lebih lanjut lagi dalam masalah yang kita bincangkan ini.
*TAMAT fragmen
kitab Kubral Yaqiniyyat al-Kawniyyah.
Untuk mengikuti
lagi perbahasan tentang topik ini, ‘Allamah al-Buti rahimahullah telah
menulisnya secara khusus dalam bukunya yang lain yang berjudul “al-Insan :
Musayyar am Mukhayyar?” (Manusia : Terpaksa atau Bebas?)
.jpg)
No comments:
Post a Comment