Menulis sesuatu secara kasar dan tidak
diperhalusi lagi bukanlah satu kerja yang boleh dikatakan kerja ilmiah tahap
rendah sekalipun. Tetapi pepatah melayu mengatakan; tiada rotan, akar pun
berguna lah. Justeru tulisan ini lebih berhasrat kepada membuka persoalan dan
anggaplah ia sebagai satu lontaran awal.
Perbicaraan kali ini adalah mengenai konsep al-tawfiq bayn al-din wa al-falsafah (konsep penyelarasan antara agama dan falsafah). Ia adalah keyword penting yang kita perlu fahami sebetul-betulnya untuk kita mengetahui letak duduknya ahli falsafah muslim dahulu mahupun kini. Tokoh falsafah muslim yang akan disentuh secara langsung di sini ialah Ibn Rushd.
Asas epistemologi yang akan mendasari perbincangan ini adalah yang berasaskan sumber-sumber di bawah ini :
Perbicaraan kali ini adalah mengenai konsep al-tawfiq bayn al-din wa al-falsafah (konsep penyelarasan antara agama dan falsafah). Ia adalah keyword penting yang kita perlu fahami sebetul-betulnya untuk kita mengetahui letak duduknya ahli falsafah muslim dahulu mahupun kini. Tokoh falsafah muslim yang akan disentuh secara langsung di sini ialah Ibn Rushd.
Asas epistemologi yang akan mendasari perbincangan ini adalah yang berasaskan sumber-sumber di bawah ini :
1. Dr. Syed Ramadan al-Buti dalam karya
agungnya itu ; Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah (Wujud al-Khaliq wa
Wazifah al-Makhluq). Fragmen penting daripada kitab ini boleh dilihat dalam
entri yang lalu di sini.
2. Islam dan Akal oleh Syeikhul Azhar Dr
Abdul Halim Mahmud.
3. Usul 20 Imam Hassan al-Banna pada
usul yang ke-19.
4. Ancaman Bahaya Sekularisme oleh
al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail terutamanya pada bab Hakikat Kelemahan Akal.
5. al-Marja’iyyah al-‘Ulya fi
al-Islam li al-Quran wa Sunnah oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi.
Apa itu al-Tawfiq Bayn al-Din wa al-Falsafah?
Al-tawfiq bayn al-din wa al-falsafah secara mudahnya ialah penyelarasan, penyatuan
dan pengharmonian di antara agama dan falsafah. Ia telah menjadi gagasan
pemikiran kepada ahli-ahli falsafah agama semenjak dahulu sehingga kini. Hal
ini berkait rapat dengan proses interaksi budaya dan ilmu pengetahuan yang
terjadi di antara tamadun Islam dengan tamadun-tamadun yang lain.
Ustaz Zulkifli Ismail menyentuh topik ini sebagai:
Penyelarasan antara agama dan falsafah
atau naqal dan akal telah menjadi gagasan pemikiran kepada ahli-ahli falsafah
agama semenjak dahulu sehinggalah ke zaman ini. Ahli-ahli falsafah itu bertolak
dari kelemahan iman mereka terhadap kesempurnaan dan ketepatan nas-nas agama
telah berusaha sedaya upaya menundukkan nas-nas agama kepada setiap
penemuan-penemuan pemikiran falsafah sebagai jalan untuk mendamaikan agama
dengan kesimpulan bersifat kufur yang dicapai oleh akal fikiran manusia.
Melalui jalan ini ajaran falsafah telah meresap masuk ke dalam ajaran agama
lalu mencorakkan ajaran agama dengan corakan falsafah.
Resapan ajaran-ajaran falsafah dan
pemikiran manusia berhubung ketuhanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan alam
fizikal ke dalam ajaran agama telah menghilangkan ketulenan ajaran agama,
mewujudkan percanggahan di dalam ajaran ajaran agama, merosakkan
kesempurnaannya dan seterusnya melemahkan pengaruhnya di dalam merubah dan
memimpin hati manusia di dunia ini.
Kenapa Ibn Rushd?
Ibn Rushd, seorang ahli falsafah muslim
merupakan tokoh klasik yang amat berpengaruh dalam gagasan ini. Usaha sintesis
yang dibuat oleh beliau dalam mengharmonikan falsafah dan agama selepas
falsafah disisihkan daripada umat khususnya selepas daripada kritikan
al-Ghazali mewujudkan polemik hebat dalam tradisi keilmuan Islam yang masih
dikaji sehingga kini.
Terdapat tiga kitab utama beliau yang
membincangkan persoalan ini secara khususnya iaitu Fasl al-Maqal fi ma bayn al-Hikmah wa al-Sharicah min al-Ittisal, al-Kashf can Manahij al-Adillah dan Tahafut
al- Tahafut.
Dalam konteks al-Tawfiq Ibn
Rushd, beliau telah menetapkan keperluan takwil apabila berlakunya
pertentangan antara rumusan daripada burhani (binaan hujah secara demonstratif
seperti yang digunakan oleh ahli falsafah) dengan lafaz zahir syarak. Menurut
beliau, sekiranya sesebuah pemerhatian burhani menghasilkan sebarang bentuk
pengetahuan tentang sesuatu kewujudan, maka terdapat hanya dua kemungkinan yang
akan timbul.
i. Sekiranya rumusan burhani
tersebut merupakan sesuatu yang tidak disebutkan didalam syarak, maka
tidak ada pertentangan yang akan timbul
ii. Sekiranya syarak telah
memperkatakannya, maka lafaz zahirnya sama ada bersesuai atau bertentangan
dengan rumusan daripada burhani itu.
a) Sekiranya makna zahir ini
bersesuaian dengan rumusan daripada burhani maka tiada masalah yang timbul
b) Sebaliknya, jika ia
bertentangan, maka harus dicari takwil yang mungkinbaginya (bagi lafaz zahir
syarak itu)
Walau bagaimanapun, Ibn Rushd
berpendapat bahawa hanya ahli falsafah yang menggunakan metode burhani dapat memberikan pentakwilan yang tepat. Beliau
menolak pendapat para mutakalimun (baik Muctazilah mahupun Ashcariyyah),
kelompok harfiah (Hashwiyah), pendukung-pendukung batiniyyah (iaitu Ismaciliyyah)
dalam merumuskan ‘pentafsiran (pentakwilan) yang dapat dipercayai’ yang
diperlukan oleh iman yang sejati.
Menurutnya, sebahagian besar hujah atau interpretasi mereka adalah ‘inovasi-inovasi’ yang tidak mempunyai asas dalam sunnah. Dalam konteks ini, Ibn Rushd dilihat telah menobatkan ahli falsafah sebagai golongan yang paling memahami agama mengatasi golongan lain termasuk ulama kalam.
Menurutnya, sebahagian besar hujah atau interpretasi mereka adalah ‘inovasi-inovasi’ yang tidak mempunyai asas dalam sunnah. Dalam konteks ini, Ibn Rushd dilihat telah menobatkan ahli falsafah sebagai golongan yang paling memahami agama mengatasi golongan lain termasuk ulama kalam.
Sila lihat perkara ii (b).
Cuba bandingkan pula dengan kaedah
yang dikemukakan oleh Imam Hassan al-Banna dalam Usul yang ke-19 dalam Arkan al-Baycah yang pertama iaitu al-Fahm. Kaedah itu berbunyi:
"Adakalanya penelitian syarak
tidak meliputi penelitian akal dan demikian jualah sebaliknya.
Namun, kedua-duanya tidak akan
berselisih pada perkara yang qatci (pasti). Hakikat ilmiah [dalam apa-apa bidang ilmu perolehan sama ada dalam sains mahupun ilmu-ilmu
humaniora] yang sahih tidak akan bercanggah dengan kaedah syarak
yang thabit. [contoh dulu orang kata al-Quran tidak
benar dalam bab matahari beredar.
Sebab sains pada masa itu menemui kesimpulan bahawa bumi yang beredar mengililingi matahari. Kepercayaan lama bahawa matahari yang turun naik –mengelilingi bumi- sebab secara kasar begitulah yang kita dapat lihat. Tetapi setelah berlalunya masa, barulah saintis menemui kesimpulan bahawa matahari juga beredar pada orbitnya yang tersendiri. Dan bila semak semula ayat al-Quran tersebut, maka sahlah petunjuk nas dalam bab ini.]
Sebab sains pada masa itu menemui kesimpulan bahawa bumi yang beredar mengililingi matahari. Kepercayaan lama bahawa matahari yang turun naik –mengelilingi bumi- sebab secara kasar begitulah yang kita dapat lihat. Tetapi setelah berlalunya masa, barulah saintis menemui kesimpulan bahawa matahari juga beredar pada orbitnya yang tersendiri. Dan bila semak semula ayat al-Quran tersebut, maka sahlah petunjuk nas dalam bab ini.]
Dan setiap perkara zanni dari keduanya ditakwilkan agar sejajar dengan perkara qatci
(maknanya kalau kaedah syarak zanni,
iaitu iaitu dalam perkara yang zanniyyatul dilalah sedangkan kesimpulan dalam
bidang ilmu tadi itu berasaskan epistemology dan metodologi yang menghasilkan
kebenaran –maka kita peganglah kesimpulan ilmiah tersebut.
Dan begitu juga sebaliknya sekiranya
penelitian ilmiah bersifat zanni kerana metodenya yang menghasilkan ifadah yang
zanni seperti dalam sosiologi kini, sedangkan dilalah di dalam nas bersifat
qat’i –maka wajiblah kita berpegang kepada al-Quran. Contoh mudah kat sini
ialah penggunaan kondom dan jarum dalam nak mengatasi HIV).
Sekiranya keduanya adalah perkara zanni maka pandangan syariahlah yang lebih utama untuk
diikuti sehinggalah pandangan akal itu thabit(kebenarannya)
atau ia gugur dengan sendirinya."[apa-apa
pandangan dan kesimpulan ilmiah yang masih belum mencapai ‘kebenaran hakiki’
mengikut metodologi yang memberi ifadah yang yakin yang serasi dengan tabiat
subjek yang dikajinya perlulah di tawaquf dahulu dan tidak boleh dipegang. Dan
pendapat syarak walaupun hanya bersifat zanni –tidak secara jelas
menyatakannya- perlu dipegang. Contoh mudah tentang ini adalah pada perbahasan
seputar evolution theory, creation theory dan id]
Kita nak mengucup tangan Imam Hassan al-Banna ke, atau tangan Ibn Rushd dalam bab ini? :)
Berkenaan perkara ini, Dr Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya al-Marja’iyyah al-‘Ulya fi al-Islam li al-Quran wa Sunnah menerangkan mengenai golongan ahli falsafah ini :
Para ahli falsafah al-Mashaiyyun (peripatetic) antara tumpuan
mereka yang terbesar ialah menyelaraskan di antara ajaran falsafah yang mereka
kagumi dan agama yang mereka warisi. Akan
tetapi mereka menjadikan falsafah sebagai yang usul dan agama pula sebagai
furuk. Dan mereka menganggap Aristotle itulah yang mereka membuat keputusan
dengannya dan membuat sandaran kepadanya. Firman
Allah subahanahu wa taala dan sabda Rasul-Nya sallallahu alayhi wassalam yang
mulia pula yang dianggap sebagai pengikut kepada pendapat Aristotle itu. Sekiranya keduanya selari dengan pendapat Aristotle itu, maka adalah amat
baik. Tetapi sekiranya tidak, maka wajiblah ditakwilkan makna keduanya sama ada
takwil itu adalah hampir ataupun jauh dari makna sebenarnya.
Sheikh Abdul Halim Mahmud pula dalam konteks ini mengatakan bahawa:
al-Tawfiq (penyesuaian atau penyatuan) merupakan satu gagasan
yang meletakkan dua pihak pada satu tempat yang sama dari sudut timbang tara,
kemudian terheretlah
salah satunya kepada yang lain atas nama pentakwilan, tafsiran, keterangan
lanjut dan lain-lain lagi tanpa mengambil kira pengertian zahir sekiranya
seandainya keadaan mendesak ke arah pemakaian makna yang halus dan sulit (batin) asalkan ia mempunyai kewajaran akal meskipun kadang-kadang ia
bercanggah dengan kehendak bahasa, adat kebiasaan, tradisi dan fitrah manusia
yang bersih dan waras. Penyesuaian juga bermaksud anda cuba menjadikan setiap pihak bertolak
ansur mengorbankan beberapa aspek tertentu daripada prinsipnyasupaya kedua-dua pihak boleh bertemu pada suatu titik
pertemuan. Maka setiap pihak akan meringkaskan beberapa aspek tertentu untuk
menyesuaikannya atau menjadikannya selari dengan tuntutan penyesuaian itu.
Di tempat yang lain, beliau rahimahumullah mengatakan:
Secara umumnya,
ayat-ayat al-Quran dan Hadith Nabi serta fakta-fakta sejarah banyak menunjukkan
tentang Islam itu sebagai agama akal. Jika disoal apakah agama akal? Jawapan
yang diberikan ialah, hukum-hukum agama
mestilah didasarkan kepada akal dan akal mestilah dijadikan penentu kepada
pelbagai masalah, prinsip dan kaedah.
Jawapan seumpama
ini kadang-kadang boleh membawa kepada
penyelewengan yang akan berakhir dengan akal sebagai 'pemimpin' bukannya agama
sebagaimana yang sepatutnya.
Justeru itu berlakulah kesongsangan dan penyelewengan dari jalan yang lurus atau siratul mustaqim. Sebenarnya hubungan akal dengan agama hendaklah dilihat seperti berikut:
Justeru itu berlakulah kesongsangan dan penyelewengan dari jalan yang lurus atau siratul mustaqim. Sebenarnya hubungan akal dengan agama hendaklah dilihat seperti berikut:
Agama datang sebagai pembawa hidayah
kepada akal dalam beberapa masalah seperti berikut:
(a) Pada perkara-perkara di luar tabi'i iaitu persoalanpersoalan aqidah yang khusus mengenai Allah, Rasul, Hari Akhirat dan tentang ketuhanan yang ghaib (secara umum).
(b) Pada persoalan-persoalan akhlak
iaitu berkaitan dengan kebaikandan kelebihan (fadilat) yang perlu
kepada seseorang untuk menjadi seorang Muslim yang salih.
(c) Pada persoalan-persoalan perundangan yang mampu memberi
kedamaian kepada masyarakat.
Sesungguhnya agama datang membawa hidayah kepada akal dalam persoalan-persoalan tersebut kerana, penolakan agama akan membawa kepada kegagalan dalam memberi sebarang penyelesaian yang boleh diterima oleh semua. Maksudnya, jika dibiarkan kepada manusia dan akal untuk menyelesaikan persoalan tersebut, pasti mereka akanbertelagah kerana masing-masing menyokong pandangan yang bersimpang-siur, bercanggah dan berkrisis yang tiada penghujungnya. Oleh itu, perpaduan dan persefahaman serta ketenangan dan kedamaian tidak akan tercapai.
Justeru, percubaan Ibn Rushd (ataupun individu-individu yang menggunakan frameworknya ini dan menjelmakannya kembali di zaman ini) menyerasikan antara agama dan falsafah tidak boleh diterima dalam ketiga-tiga persoalan itu.
Inilah juga yang dikritik oleh Imam
al-Ghazali di dalam Munqiz min al-Dholal ataupun di dalam Tahafut
al-Falasifah ketika mengkritik al-Farabi dan Ibnu Sina. Pada zamannya,
orientasi falsafah berkisar mengenai aspek metafizik. Falsafah sebagai hasil
pemikiran manusia yang bersifat spekulatif belum dibezakan sains sebagai
hasil pemikiran manusia yang berasaskan ujikaji dan pengamatan. Justeru, beliau
secara berhati-hati memisahkan mantiq, matematik, geometri, ilmu tabii yang
pada masa itu terangkum di dalam ilmu falsafah dan hanya mengkritik ahli
falsafah ini dalam perkara-perkara metafizik, akhlak dan syariah. Sekiranya ada
beliau mengkritik sains, ia hanyalah kritikan apabila sains (ketika itu
falsafah) tidak menggunakan metodologi yang sepatutnya dalam mengkaji sesuatu
subjek atau objek sehingga menyebabkan berlakunya kecelaruan epistemologi yang
kronik.
Pada zaman ini juga, ulamak-ulamak tauhid terus menyambung jihad ilmu ini dalam memerincikan aspek-aspek epistemologi, ontologi, dan aksiologi dalam kita berinteraksi dengan sains sosial terutamanya dalam memahami gelagat dan tingkah laku di alam sosial mengikut perspektif yang lebih membetuli hakikat tauhid agar kita dapat menyesuaikan sesuatu kajian sosial bertepatan dengan metodologi dan epistemologi yang serasi dengan tabiatnya. Adalah menjadi kewajipan kepada umat untuk mendapatkan panduan daripada mereka tentang segala pengeliruan syubhat-syubhat pemikiran pada zaman ini.
Perspektif Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamaaah perlu dirumuskan semula dalam bahasa falsafah moden kerana konsep al-tawfiq bayn al-din wa al-falsafah Ibn Rushd yang meraikan pandangan Aristotle itu menjadi asas yang sama dengan pelataran kemunculan sains sosial seperti yang telah diasaskan dan dikembangkan oleh Auguste Comte serta tokoh-tokoh pemikir Barat lainnya. Justeru, bidang Usuluddin kini perlu mengalihkan perbahasan tauhid daripada musuhnya di zaman silam (seperti muktazilah) yang membincangkan falsafah ketuhanan kepada musuh baru tauhid abad ini iaitu sekularisme yang mengalihkan tumpuan falsafah kepada falsafah sosial.
Walau bagaimanapun, pengalaman-pengalaman silam perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam berinteraksi dengan khazanah keinteletualan barat ini dalam mana-mana bidang pun. Hal ini demikian kerana keperluan ‘kubu intelektual’ yang berpaksi daripada akidah itu sendiri boleh dipelajari melalui pengalaman ulama-ulama silam yang telah berhadapan dengan aliran-aliran bidaah yang dipengaruhi falsafah Yunani di zaman mereka. Dengan itu, barulah ‘pelantar yang kukuh dapat dibina’ untuk ‘belayar ke dalam’ khazanah keinteletualan barat yang kelihatan agam secara zahirnya itu (namun lemah dari sudut maknawinya) dalam kita membezakan pendirian dan pendekatan Islam daripadanya.
Selain itu, isu ini juga perlu
dilanjutkan lagi dalam konteks perbahasan di dunia Islam iaitu perbincangan
mengenai kesepaduan ilmu pengetahuan. Dalam penilaian semula pencapahan
keceramukan pemikiran dalam kepelbagaian sekolah pemikiran yang wujud, kita
perlu bertolak daripada premis ‘kegagalan dalam memahami serangan falsafah
pusingan kedua’.
Pengalaman Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamacah menangkis serangan falsafah ketuhanan di zaman silam perlu dimanfaatkan dalam usaha menapis khazanah keintelektualan Barat yang berasaskan falsafah sosial. Hal ini kerana Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamacah telah merumuskan prinsip-prinsip pemikiran dalam tiga aspek iaitu epistemologi, ontologi (world-view) dan aksiologi (sistem nilai). Justeru, sekiranya Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamacah tidak dirujuk dalam ketiga-tiga aspek tersebut, dikhuatiri sebarang idea mengenai gagasan ini akan ‘terperangkap’ dengan idea ahli falsafah ataupun muktazilah yang bersesuaian dengan sekularisme.
Pengalaman Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamacah menangkis serangan falsafah ketuhanan di zaman silam perlu dimanfaatkan dalam usaha menapis khazanah keintelektualan Barat yang berasaskan falsafah sosial. Hal ini kerana Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamacah telah merumuskan prinsip-prinsip pemikiran dalam tiga aspek iaitu epistemologi, ontologi (world-view) dan aksiologi (sistem nilai). Justeru, sekiranya Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamacah tidak dirujuk dalam ketiga-tiga aspek tersebut, dikhuatiri sebarang idea mengenai gagasan ini akan ‘terperangkap’ dengan idea ahli falsafah ataupun muktazilah yang bersesuaian dengan sekularisme.
Alhamdulillah..
Kita beruntung kerana masih lagi dapat mengucup tangan ulamak-ulamak rabbani yang dapat memberikan pemahaman yang sebaiknya tentang hal ini. Umat sangat-sangat perlu bergantung kepada warasah al-anbia ini dalam menangkis serangan-serangan pemikiran sekaligus bertindak merumuskan konsep-konsep pemikiran Islam melalui epistemologi dan metodologinya yang tersendiri lagi muktabar.
Konsep Ibn Rushd tersebut tidaklah se‘simple’ ini. Di sana ada aspek-aspek lain yang berkaitan seperti pemaknaan nas menurut tahap kemampuan akal manusia, adanya makna lahiriah dan batiniah dalam syarak, pentahapan potensi manusia dalam memahami lafaz-lafaz syarak, prinsip-prinsip keagamaan yang disepakati dan diperselisihkan, dan metodologi al-tawfiq bayn al-din wa al-falsafah Ibn Rushd ini yang berasaskan takwil serta implikasi mengabaikan penggunaannya. Terdapat banyak lagi dimensi menarik yang boleh diteroka dalam pengkajian mengenai konsep al-tawfiq bayn al-din wa al-falsafah Ibn Rushd ini. Tujuan artikel ini hanyalah satu lontaran awal supaya konsep ini diteliti dan diawasi dengan baiknya.■

No comments:
Post a Comment