Global
Media Channel (2008) mengatakan bahawa di perairan Kelantan terdapat
simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia
untuk diterokai. (13,000,000,000,000).
Ia
cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun
lamanya).
Ianya
terletak di Blok-Blok berikut,
- Blok A18
- Blok B17 & C19
- PM3
- Sub-Blok Ular
- PM301 & PM302
- PM303
- PM311 & 312
Rakyat
Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntut hak Pendaratan
GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI
yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat
Kelantan.
APA
YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN
Petronas
mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula
menerusi Syarikat Carigali HESS.
- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
- Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
- Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
- Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari.
- Ini beerti, kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.
Perlu kita fahami bahawa taqwa merupakan salah satu sebab yang dapat mendatangkan rezeki dan menjadikannya terus bertambah. Konsep pembentukkan “Masyarakat Islam” yang diamalkan oleh kerajaan PAS di Kelantan telah menjadikan penulis bertambah yakin dengan firman Allah SWT dalam surah At-Thalaq ayat 2 hingga 3 :
"Barangsiapa
yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan
keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangkanya. "
Ibnu
Majah juga meriwayatkan dari Abu
Hurairah dari
Nabi SAW bahwa beliau bersabda:
“Satu
buah had (hudud) yang diterapkan di dunia ini, lebih baik daripada
diturunkannya hujan selama 40 hari (subuh)”.
Mengenai
konsep ketamadunan islam ini telah diperincikan pula
oleh Ustaz Syed Qutb dalam bukunya Ma’alim
Fit-Thariq bahawa “Masyarakat Islam” bukanlah sebuah
perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka
“MUSLIM” sedangkan syariat Islam tidak menjadi undang-undang
masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang, menunaikan rukun
puasa dan naik haji ke Mekah. Bukan juga masyarakat Islam itu yang
mereka rekabentukkan Islam untuk diri mereka sendiri, lain daripada
yang telah diatur dan ditetapkan oleh Allah SWT dan telah diajar oleh
Rasulullah SAW, dengan memakai nama “Islam liberal” atau “Islam
progresif” [atau “Islam Hadhari” (bahasa arab) –
pentj].
Sebagai
kesimpulannya, rakyat Malaysia dan rakyat Kelantan khususnya mestilah
berusaha sedaya upaya mendirikan serta mempertahankan kerajaan yang
benar-benar jujur dalam mentaati perintah Allah SWT. Moga-moga
nikmat-Nya yang melimpah ruah termasuk hasil-hasil bumi dapat
dimaksimalkan potensinya bagi kepentingan rakyat dan negara. Bukan
menjadi korban kepada“anjing-anjing liar” yang lapar lagi
rakus itu.
Saatnya
Aktualisasi Bukan Retorika!

No comments:
Post a Comment