Sunday, 25 May 2014

Al-Qaradhawi dan kegemilangan sarjana keilmuannya.



Oleh: Ustaz Muhammad b Ab Razak, Tahun 1, Fakulti Syariah Wal Qanun , Syukbah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar As-Syarif, Kaherah.

Qaradhawi,seorang ilmuan Islam kelahiran Mesir yang kini berhijrah dan menetap di Qatar lantaran meneruskan agenda perjuangan memartabatkan Islam.Beliau merupakan lepasan Universiti Al-Azhar sehingga mencapai tahap dukturah(doktor) dlm bidang pengajian Islam.Beliau adalah seorang insan yang lahir dari “intitusi” tarbiah Ikhwanul Muslimin di Mesir dan kini muncul sebagai tokoh yg disegani kawan dan lawan. Di dalam Ikhwanul Muslimin sendiri beliau telah diiktiraf sebagai mufti bagi jemaah tersebut di mana pandangan serta fatwa beliau diambil kira oleh para ikhwani.Pada hakikatnya,bukan sahaja aktivis Ikhwanul muslimin sahaja yang mengambil faedah dari limpahan ilmu beliau bahkan seluruh dunia, timur dan barat mengkagumi pandangan-pandangan ilmiah beliau. Kehebatan yang ada pada diri beliau ini tidak lain dan tidak bukan datang melalui manhaj yang beliau ambil dan lalui dalam mempelajari Islam dan mengajarkannya.Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang gemar mengambil jalan ataupun manhaj yg sederhana dan pertengahan yang dikenali sebagai manhaj wasatiyyah dalam persoalan-persoalan agama.

Al-Qaradhawi dan manhaj wasathiyyah (sederhana / pertengahan).

Di dalam banyak hasil penulisan, beliau sering menyebut mengenai manhaj wasathiyyah(seperti kitab2 yang saya tunjukkan dlm gambar,kebanyakannya ada menyentuh mengenai manhaj wasathiyyah ini samaada secara langsung atau tidak). Secara khususnya,beliau menyentuh mengenai persoalan ini di dalam kitab beliau yang berjudul Dirasah Fi Fiqh Maqasid as-Syari’ah Baina al-Maqasid al-Kuliyyah wa an-Nusus al-Juz'ieyyah (Pelajaran dalam Ilmu Feqh Maqasid Syariah: Antara Maqasid yang kulli dan Nas-nas yang juz'i). Beliau menerangkan mengenai satu hakikat penting dan asasi dalam mempelajari dan memahami nas2 dan masdar (sumber ambilan) istinbat hukum Syara' (iaitu Al-Quran,Hadith dll) iaitu hakikat bahawasanya terdapat ikatan yg kukuh di antara maqasid syariah[1] dan nas-nas.Menurut beliau, manhaj umat Islam dalam menghubung jalinkan antara maqasid syariah dan nas2 ini terbahagi kepada tiga golongan, iaitu :

1)Golongan yg dikenali sbg madrasah az-Zohiriah al-Judud[2]. Golongan ini diberi nama sebagai madrasah Zohiriah al-Judud (zohiri gaya baru) kerana sikap mereka yang mewarisi ciri2 puak zahiri pada masa terdahulu. Golongan ini seringkali mengabaikan aspek Maqasid Syariah dalam hal memahami nas ketika proses istinbat hukum syara’(walaupun kebiasaaannya mereka ini terdiri dari golongan yg ikhlas dalam beragama) sehingga kadangkala membawa mudharat terhadap usaha dakwah kearah Islam dan usaha tatbiq (pelaksanaan) Syariah.

Menurut beliau, golongan ini mempunyai ciri2 khas yg dapat dilihat pada mereka, antaranya ialah memahami dan mentafsir nas secara harfiah(
حرفية الفهم و التفسير ) tanpa melihat dan mengkaji nas tersebut secara lebih mendalam(bagi mengetahui maksud sebenar nas2 tersebut).Sebagai contoh,adalah sikap syadid mereka dalam menanggapi hadith2 mengenai balasan neraka terhadap ( مسبل الازار )[3].Golongan ini menjadikan illah di sebalik balasan buruk tersebut adalah semata2 melabuhkan kain melebihi buku lali(iaitu mereka semata2 melihat kepada zahir hadith,di mana orang yang berpakaian labuh melebihi buku lali diberi balasan neraka).Tidakkah mereka melihat kepada illah yg terdapat disebalik janji buruk ini yg berkaitan dengan hati?iaitu riak dan sombong(الخيلاء)sepertimana yang jelas dan sarih terdapat di dalam hadith2 lain[4] , yg mana Islam mengambil berat terhadap permasalahan maksiat hati ini,(walaupun tanpa mengabaikan adab2 yang zahir), namun tidaklah sehingga sampai ketahap balasan neraka kepada orang-orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali (akan tetapi balasan buruk ini mungkin terjadi terhadap pelaku2 maksiat hati seperti sombong,riak dan bongkak itu).

Seringkali juga kita lihat fenomena masakini dimana banyak kita lihat orang2 yang sombong dan riak akan tetapi dengan memakai seluar yang singkat dan ketat seperti yg dapat kita lihat pada golongan “skin” dan lain2nya pada hari ini.Dalam kes ini,golongan ini tidak melihat kepada hadaf/maksud asasi Syariah(yang lebih aula utk diberi perhatian) bagi hadith2 tersebut iaitu memelihara insan dari maksiat/jenayah hati (sombong,bongkak dsbnya), sebaliknya mereka berpada dgn zahir nas(iaitu semata2 melabuhkan kain melebihi buku lali,sehingga kadgkala dpt kita lihat sstgh drpd mereka ini begitu syadid membanteras orang2 lain yg berpakaian sedemikian walaupun pakaian tersebut sbg cth adalah uruf di sesuatu kawasan dan ia tidak dipandang sbg sikap sombong)

2)Golongan yg dikenali sbg 
madrasah Al-Mu’attilah al-Judud[5].Golongan ini merupakan lawan terhadap golongan yang pertama.Seandainya golongan pertama itu tadi adalah golongan yang mengabaikan maqasid syariah dengan semata2 berpada dengan zahir nas, maka golongan yang kedua ini pula adalah golongan yang semata2 bergantung kepada maqasid dengan mengabaikan serta memperlecehkan tuntutan nas,hatta walaupun nas itu merupakan nas2 yg bersifat qat’iyatu thubut wa dilalah[6] .

Golongan yang kedua ini lebih berbahaya dan lebih mendatangkan mudharat keatas Islam lantaran kejahilan mereka dalam berkomunikasi dengan nusus Syar’i. Mereka begitu berani menafikan keabsahan serta ketetepan Allah (baca: memerangi) dan Rasulnya yg jelas di dalam Al-Quran dan As-Sunnah seperti ketetapan solat dan puasa, hukuman had,keharaman riba,arak serta zina dan sebagainya atas nama maslahah.Mereka menyatakan bahawasanya mereka dapat mencapai maksud2 syarak tanpa perlu menjalankan perintah2 yang bersifat jazam(pasti/tetap) itu. Sebagai contoh mereka menghalalkan zina atas alasan mereka mampu mengatasi masalah kandungan luar nikah (kempen menggunakan kondom) serta menghalalkan riba atas alasan memajukan ekonomi negara serta tanpa mengabaikan kebajikan golongan miskin(dengan kononnya mengatakan bahawa golongan kapitalis juga sering melakukan aktiviti kebajikan).

3)Golongan yang ketiga adalah merupakan golongan yang diperjuangkan oleh Sheikh Yusof Al-Qaradhawi yang dikenali sebagai 
madrasah al-wasathiyyah. Golongan ini merupakan golongan yang pertengahan,sederhana dan seimbang dari kemelampauan golongan az-zohiriah al-judud terhadap nas,dan perlecehan golongan al-muattilah al-judud terhadap nas.Golongan ini memahami nusus dengan cara yang sewajarnya dan kaedah yang ideal dlm melaksanakan tuntutan syara’.

Antara ciri2 khusus yg dapat dilihat pada golongan ini adalah mereka meyakini wujudnya hikmah Syariah yg mana ianya mengandungi segala bentuk kemaslahatan begi tujuan manusia hidup di dunia ini.Justeru mereka tidak sama sekali mengabaikan tuntutan2 syara’ yg bersifat jazam dan pasti serta berusaha sedaya upaya melaksanakan tuntutan nas sesuai dengan keadaan zaman serta waqi’ sesuatu tempat sehinggalah tercapainya maksud2 yg dikehendaki oleh syara’ secara sempurna.Wallahua’lam(saya berhasrat membincangkan hal ini secara panjang lebar di dalam posting2 akan datang,insyaAllah)

Nota kaki:
[1] Maqasid Syariah: Hikmah/Hadaf Syariah.Maqasid yg dimaksudkan oleh Qaradhawi dalam kitab ini bukanlah bermakna illah yg dibincangkan oleh para usuliyin dalam perbahasan Qias,akan tetapi ianya adalah hikmah serta maksud dan tujuan Syariat diturunkan kepada manusia dan alam sejagat,sbg cth yg disebut oleh sheikh,antara maqasid(tujuan/maksud) asasi syariah ialah;
1 )Membina insan yang soleh
2)Membina institusi kekeluargaan yang solehah
3)Membina institusi kemasyarakatan yg solehah
4)Membina ummah yang solehah
5)Menyeru kepada kesejahteraan manusia sejagat
[2] Menurut beliau,golongan ini terbahagi pula kepada beberapa golongan(mengikut kecenderungan mereka).Sebahagian mereka ada yg lebih kepada persoalan keagamaan (( yang disebut contoh oleh beliau sebagai;
مثل كثير من الدعاة التيار السلفي , الذي أصبح له أجنحة شتى . و خصومهم ممن يسمون الأحباش yang bermaksud; contohnya adalah kebanyakan dari duat yg menisbahkan diri mereka sbg salafi, yg mana bagi golongan ini (salafi) juga terbahagi kepada beberapa pihak.Dan seteru mereka adalah yg dikenali sebagi al-Ahbasy.)) dan sebahagian yg lain ada yg cenderung kepada aspek siasah(politik) (( yg disebut contoh oleh beliau sbg; مثل جماعة حزب التحرير yang bermaksud; contohnya ialah jemaah hizbuttahrir))
[3] Contoh Hadith :
عن أبي هريرة(( ما اسفل الكعبين من الازار فهو في النار)) رواه البخاري في اللباس (5787
[4] Contoh Hadith :
من جر ثوبه خيلاء لم ينظر الله اليه في يوم القيامة) رواه البخاري في اللباس (5784) عن عبد الله بن عمر)
[5] Antara fenomena kemunculan golongan ini adalah kelahiran kumpulan yang dikenali sebagai Islam Liberal.
[6] Nas Qat’iyyatu thubut bermaksud nas yang secara pasti(thabit) datang dari Allah dan Rasul,manakala Qat’iyyatu Dilalah bermaksud nas yang secara jelas tuntutan/maknanya tanpa boleh diihtimalkan(diandaikan) kepada maksud yang lain.Contoh nas yg bersifat Qat’iyyatu thubut wa dilalah ialah ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan keharaman zina,arak,riba, serta kewajipan hukuman had kepada pencuri dan lain2 lagi.

Friday, 16 May 2014

Jangan Benarkan Mereka Membawa Pulang Ibn Rusyd





Membaca malaysiakini.com baru-baru ini di celah-celah keributan berita politik tanah air terselit artikel tentang Ibn Rushd. Pengarang kolum berkenaan telah menulis dua buah artikel, iaitu Ibn Rushd jawab al-Asya'irah, al-Ghazali dan Ibn Rushd: Zahir teks untuk masyarakat. 

Artikel-artikel tersebut walau bagaimanapun hanyalah pemaparan secara sepintas lalu berkenaan kitab Ibn Rushd, al-Kashf 'an Manahij al-Adillah yang mengandungi kritikan-kritikan beliau terhadap mazhab-mazhab kalam dalam rangka usaha untuk mengembalikan 'nafas' falsafah ke alam pemikiran Islam.



Kitab al-Kashf 'an Manahij al-Adillah yang ditahqiq oleh Dr. Abid Jabiri, antara pengkagum Ibn Rushd kini
Tidak lama dahulu sekitar April 2007, IKD ada menganjurkan diskusi buku terjemahan Fasl al-Maqal (sebuah lagi kitab Ibn Rushd, diterjemahkan oleh Al-Mustaqeem Mahmod Radhi yang mana penerbitannya didanai oleh Konrad Adenauer Stiftung, sebuah pertubuhan Kristian Jerman) yang dibentangkan oleh Dr. Lutfi Asshaukanie (pengusung idea-idea liberal dari seberang).

Dan sememangnya terdapat banyak lagi usaha aliran pemikiran Islam kontemporari yang dibayangi atau dipengaruhi oleh paradigma Ibn Rushd dalam mereka membina semula kerangka pemikiran Islam yang dilihat boleh menjadi jalan penyelesaian terhadap pemikiran yang dihadapi oleh umat Islam.

Usaha-usaha ini walau bagaimanapun haruslah diawasi. Pengarang pernah membuat satulontaran awal terhadap isu ini. Kita tidaklah sepatutnya rasa sempit dada dengan ayat-ayat retorik dan bombastik penulis-penulis seperti ini yang kononnya cuba menggambarkan 'kerancuan' pemikiran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Banyak sudah tulisan ulamak-ulamak yang dibuat untuk counter semula cubaan-cubaan Ibn Rushd tersebut dan antara yang terkini ialah kitab Syeikh Said Abdul Latif Fudah yang ini :

Kitab ini bukan sahaja menganalisis dan menjawab semula isu-isu kalami yang diangkat oleh Ibn Rushd, ia bahkan menganalisis pengaruhnya kepada Averroisme yang berkembang dan menjadi 'nyawa' kepada ketamadunan Barat. Konsep-konsep penting dalam falsafah sains dan seterusnya sains sosial Barat sangat kental dengan kerangka-intelektual yang dicorakkan oleh Ibn Rushd.

Seperti yang sering ditegaskan, usaha-usaha memahami keceramukan dunia pemikiran Islam kontemporari dan usaha menyaring ilmu pengetahuan Barat haruslah diteliti menerusi premis ini. Selagi mana ia tidak difahami, sebarang usaha-usaha tersebut tidak akan lari daripada terperangkap dalam kitaran ganas serangan falsafah pusingan kedua.

Marilah kita kembali kepada pendirian keintelektualan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang amat berjaya meletakkan posisi akal dan wahyu pada tempat yang sewajarnya.

Semoga tulisan yang ringkas ini difahami maksud dan tujuannya.

DAMPAK: SEBUAH FILEM YANG ROSAK



Pedulikan kata – kata orang tentang filem – filem Melayu adalah filem – filem sampah, filem – filem tidak bermaruah, filem – filem murah,  filem – filem yang cuma layak masuk ke dalam keranjang sampah, filem – filem yang tidak ada falsafah, kerana bagiku, jika kamu tidak menyokong industry filem kamu, siapa lagi yang akan menyokong industry filem kamu? Atas alasan dan hujjah itu, maka aku memberanikan diri menonton lagi dan lagi filem – filem Melayu. Maka yang terbaru aku menonton adalah DAMPAK. 

Aku hanya nak memberikan komentar tentang filem ini dari segi teknikal. Kerana orang yang menonton visual ini dengan penuh perasaan, bukan sahaja menumpukan pada mesej, tetapi dari segi teknikalnya, bagaimana mereka menyusun plotnya, kuatkah atau lemahkah?

Usahlah bercerita tentang mesej semata – mata. Kerana dari segi mesej, filem - filem seperti ini baru nak 'up'. Bagilah muka sikit. Lagipun iklim intelektuelisme di menara gading kita pun, bukanlah bermesej tera mana pun. So janganlah terlalu rigid sangat.

Tentang orang – orang yang tidak suka filem – filem pop pula, yang merasa jijik dengan filem – filem sebegini, aku menyarankan janganlah menonton filem – filem seperti ini. Anda tontonlah filem – filem serius – merius anda di dalam laptop anda sahaja. Dan janganlah marah orang ramai tidak suka tengok filem anda. Kita kena demokrasi. Filem bagi aku, seperti kata seorang watak utama Gary dalam Seikat Kembang Merah, yang meminjam falsafah filem Kurosawa,

‘saya tak suka sangat filem seni, saya tak suka filem yang lambat. Satu babak sampai satu abad, kemudian shoot gambar hero termenung sana, termenung sini, dialognya tiada, dan kalau ada pun dialognya tidak bijak..,’


Walaupun aku berbeza pandangan dengan watak Gary itu tentang filem Fast and Furious, aku bersetuju dengan Gary bahawa filem mesti bergerak dengan cepat, sebab filem itu juga seperti hidup, kena cepat.


Atas sebab itu aku lebih menggemari jika di Malaysia, filem – filem seperti GADOH, 10 Tahun Sebelum Merdeka, Papadom, Setem, Pensil, Hantu Kak Limah Balik Rumah (filem – filem arwah Yasmin Ahmad agak kurang dalam selera filem aku, tetapi iklan – iklan menyentuh hati beliau, sangat menusuk ke tangkai jantungku), filem – filem David Teo *Kapitalis Cina Melayu itu jangan haraplah akan masuk ke dalam carta aku. Filem – filem (selain David Teo) ini semuanya bagi aku pop dan bergerak rancak.

Kemudian, adalah tidak adil untuk aku mengkritik lebih – lebih Aaron Aziz atau membanding – bandingkan beliau dengan P. Ramlee, sedangkan nama Aaron Aziz baru sahaja berputik di Tanah Melayu akhir – akhir ini. Akan tetapi aku sangat kecewa dengan filem terbarunya, DAMPAK.

Sekarang baru aku mulai menghargai P. Ramlee. Dulu aku seolah pelik bila melihat orang terlalu asyik dengan sosok seniman filem Melayu itu. Tetapi kini aku berbangga dengan filem – filem yang dihasilkan oleh Allahyarham Tan Sri lelaki biduanita Saloma itu. Jika tidak ada beliau, apakah ertinya filem – filem Melayu itu?


Lambang merah, pancung kena mata – kalau terpotong otak sekali bagaimana?

DAMPAK adalah filem yang tidak ada logic, plot yang tidak bermutu, klise, dan seperti biasa, menghabiskan dan menyesalkan sesiapa yang masih lagi menaruh perasaan dan harapan kepada filem – filem Melayu.

Aku menyangka Aaron Aziz akan lebih menghangatkan cerita ini, tetapi tidak. Nampaknya kekuatan pemodal adalah lebih kukuh dan kental berbanding kekuatan seni dari pelakon itu sendiri. Sebab kau ada duit, maka kau upahlah pelakon - pelakon bermutu seperti Aaron Aziz melakonkan skrip yang hancur ini. Memikirkan juga, kenapa actor luar Negara ini (yelah, Singapore kira luar Negara le kan?) sampai sanggup berlakon dalam drama (ini bukan filem sepatutnya) ini.

Evolusi KL Drift, Evolusi KL Drift II, KL Gangster, KL Gangster II serta Ombak Rindu adalah antara filem – filem terbaik Aaron Aziz rasanya. Walaupun telah dicilok karya anak Yusuf Haslam itu dan membuatkan Syamsul Yusuf Haslam merajuk tidak keluar rumah, tetapi KL Gangster II adalah 10 kali lebih baik aksinya dari filem DAMPAK yang super slow.

Filem Lari dan Kerat 14 pun bagiku, adalah lebih baik dari filem begini walaupun Alynn Shasha kata Kerat 14 tak best mana. Aku suka lakonan Aaron Aziz sebenarnya. 

Plot DAMPAK dimulakan dengan seorang pakcik tua (Wan Hanafi Su) di perkampungan nelayan sedang berpesan sesuatu kepada seorang pemuda (Idrus / Aaron Aziz). Isi pesanan tersebut adalah mencari Afran (satu yang paling fundamental aku tidak faham, mengapa actor Cina ini bernama Afran? Jarang sekali aku pernah mendengar ada Cina bernama Afran. Ke budak ini Siam?) yang hilang dan membawa Afran kembali ke halaman. Ini merupakan titik permulaan pengembaraan Idrus bersama adik-beradik angkatnya iaitu Giran, Hana dan Qyra.

Sebenarnya misi ini pun agak kelakar sebenarnya. Afran berada di jeti dalam scene berkenaan. Dan bukan hilang diculik sesiapa pun. Aku menyangka bahawa budak ini diculik atau dilarikan orang, seperti dalam cerita Lari (juga lakonan Aaron Aziz) . Rupanya tidak. Aku menyangka sebegitu kerana mula – mula Tok Long (pakcik tua tadi) itu bercakap dengan nada yang sangat serius sekali dan tidak lawak – lawak. Tetapi apabila mereka berjumpa Afran di jeti, mereka seperti berlawak – lawak pulak, dengan bertampar – tampar manja, jadi kenapa nak mencari Afran, kena hantar sampai empat orang? Kemudian mereka mahu pergi ke KL, berdasarkan dialog – dialog pelakon. Tak ada pula dialog menyebutkan mereka pergi ke KL untuk mencari Afran.  Mereka pergi ke KL untuk berhibur, menaiki van cabuk. Tetapi sampai di KL, mereka terserempak Botak yang tengah bergaduh dengan sekumpulan gangster. Mereka ingin menolong Botak, dan van tadi meninggalkan mereka di KL kerana mereka nak naik free dan tidak ada duit nak membayar duit minyak RM200.

Sangat tidak faham apabila watak Farid Kamil tengah memasang set panahnya. Tetapi belum apa – apa, pergaduhan pun selesai. Aku ingat dia nak panah kepala sorang – sorang antagonis itu. Rupanya tidak sama sekali. (akan ada sekali lagi adegan panah ini, iaitu bila Farid Kamil memanah di atas motor. Aku tidak faham, kenapa kena panah atas motor, dan motor itu tidak bergerak - gerak pun? Jadi apa relevannya panah di atas motor?)

Kemudian Botak, lakonan Cat Farish, bagi mereka rumah. Yang sangat pelik tu, semudah itukah? Jumpa tengah jalan, tolong belasah musuh, kemudian bagi mereka semua tinggal serumah? Gilerlah. Yang watak – watak adik beradik itu pun tidak merasa curigakah mengapakah mereka diberi rumah? Sebab tolong orang tengah gaduh di tepi jalan? Adakah sebab Botak mengeluarkan perkataan ‘Lambang Merah’ kuat – kuat, maka mereka terus menolong Botak? Idrus lakonan Aaron Aziz meluru ingin berhadapan dengan samseng – samseng yang menganggu Botak.

Kemudian yang lagi aku tidak faham, mengapa rancangan asal untuk berhibur di Kuala Lumpur, bertukar menjadi bekerja di Kuala Lumpur? Tiba – tiba pula, mereka menambah lebih masalah dengan menyertai sebuah pergerakan samseng. Sedangkan Tok Long mereka suruh mereka mencari Afran. Dan kenapa seperti tiada ‘contact’ antara mereka dengan Tok Long mereka sebaik sahaja adik beradik angkat ini sampai ke KL? Adakah Tok Long mereka tidak pakai telefon?

Melihat latihan ‘persilatan’ sorang – sorang pun akan membuatkan kita berasa marah. Mereka bukan bersilat pun sebenarnya. Dan pelakon – pelakon kita semua ini bertaraf model sahaja. Model dan selebriti, itu sahajalah type pelakon di Negara kita ini. Aku ingat akan menjadi seperti Raid Redemption ke apa? Pose sahaja macam bagus, berlakon tak bagus tera mana pun. Dalam filem ini, mereka akan berposing - posing sahaja.

Botak membawa mereka ke Joni Hitam. Joni Hitam merupakan orang kanan yang berpengaruh, yang berkhidmat di bawah Lambang Merah.

Mereka kemudian bekerja di bawah Lambang Merah, di bawah payung Joni Hitam kerana aksi daripada Giran dan Afran sudah cukup untuk meyakinkan Joni Hitam untuk mengambil kesemua adik-beradik angkat itu berada di bawah naungannya.

Kemudian aku tidak boleh blah melihatkan Afran kemudian menjadi kaki judi, dan kemudian meminjam duit daripada Joni Hitam. Itu bukanlah poin yang menyebabkan aku sakit hati, kerana kongsi gelap di Malaysia semuanya memang berakhlak mazmumah. Sikit je yang perangai macam Malik dalam KL Gangster. Yang menyebabkan aku sakit adalah, mengapa Joni Hitam perlu meminta bayaran hutang dengan mengugut Idrus sekeluarga? Dengan mengancam ingin menjatuhkan Afran dari tingkat bangunan? Kenapa dia tidak memotong sahaja gaji Idrus? Kalau tidak cukup potong gaji Idrus, potonglah gaji Giran. Kalau tidak cukup juga potong gaji Giran, potonglah gaji dua orang awek tadi iaitu Qyra dan Hana. Bukankah adik beradik angkat itu bekerja dengan Joni Hitam? Apakah mereka tiada slip gaji? Atau kenapa Joni Hitam tidak meminta elok – elok? 

Dan kemudian Afran pun dikerat jarinya. Dan hampir putus nyawanya disebabkan oleh konco – konco Joni Hitam. Yang pelik selepas itu, mengapa Idrus tidak membalas dendam terhadap Joni Hitam? (sampai ke akhir filem ini, jari Afran yang terputus itu tidak dituntut bela. Sebaliknya Joni Hitam terbunuh secara tidak sengaja dalam pergelutan antara Giran dan Afran)

Masalah paling menganggu aku adalah, mengapa awek – awek Pulau Ketam, macam ‘KL mari’? Tengoklah fesyen yang mereka pakai? Itu bukan fesyen budak kampung. Dan aku bajet, Pulau Ketam yang dimaksudkan itu ialah Langkawi, dan kenapa mereka cakap, ‘saye, kite dll?’ Ini sangat bullshit sekali. Orang Kedah walaupun Langkawi aku tidak pernah pergi seumur hidup aku, aku rasa mereka masih bercakap dengan loghat utaranya. Ke orang Langkawi sekarang semua sudah merasa terhina cakap loghat Kedah?

Dalam adegan yang memberahikan (tidaklah memberahikan sangat pun, konon – konon nak realism, tetapi realism apa? Aku tidak steam pun..) berfikir juga kenapa JAKIM tidak bertindak? Kihkihkih. Aku tidak memerlukan state untuk bercakap tentang iman si fulan, tetapi agak hairan, kenapa JAKIM duk serbu orang – orang yang dok buat dalam hotel bajet berbanding orang yang terang – terang bergomol sakan? Teori aku, JAKIM dibayar. Ataupun JAKIM pun steam pada Intan Ladyana. Atau sebab pengarah filem ini bukan Islam, sebab itu JAKIM okey.

Panggil pulak actor mana entah, cakap macam kartun. Michael Chin namanya. Entah hebat sangat ke budak ini berkungfu? Anak lelaki Will Smith dan musuhnya dalam Karate Kid lebih baik kungfunya berbanding budak yang cakap macam kartun ini. Cuba anda dengar semula dialog budak ini. Sangat kartun budak ini.

Bagaimana kau boleh bayangkan orang – orang kampung, yang tidak pernah datang ke KL, dan melihat rumah besar boleh rambut berwarna begitu, dan semacam rebonding pula. Ini sangat pelik. Adakah sekarang semua orang kampung sudah pandai mencelupkan warna rambut mereka? 

Pengarah baru Lai Yok Lung ini nampaknya memang mengecewakan. Dia seperti tidak buat homework sahaja. Walaupun kata wartawan yang menonton, filem ini bagus dari segi sinematografi (?) tetapi dari segi jalan cerita, kalau tidak diikat ketat dengan logik, antara satu plot demi satu plot bagaimana boleh menjadi filem yang berbajet? Lainlah kalau ini filem - filem budak - budak UiTM yang baru nak 'up'. Bolehlah aku terima.

Aku kadang – kadang tidak fahamlah, apakah perbezaan di antara sesuatu watak dengan watak yang lain? Contoh dalam filem ini, dimasukkan awek cun dalam satu kem / kumpulan, iaitu Intan Ladyana dan Juliana Evan. Apa beza antara kedua watak ini? Kalau sama, apa guna dimasukkan dua orang awek ini dalam satu kem? Kalau beza, apakah perbezaannya? Adakah pembikin – pembikin filem di Malaysia dalam bab sebasic ini pun mereka tidak tahu? Pakai ambik pelakon sahaja?

Kalau beza antara watak Idrus dan watak Giran, aku boleh bezakan. Tetapi watak antara lakonan Juliana Evan dan Intan Ladyana apa? Kalau seorang adalah pelacur, seorang lagi bukan pelacur, maka kita jelaslah. Tetapi kita tidak jelas. Apakah beza antara dua watak perempuan ini?

Lagi yang aku selalu perasan, adalah pelakon – pelakon di Malaysia sangat gedik sekali dan tidak kreatif. Asyik – asyik ketika protagonist berlumba kereta dengan antagonis (lebih – lebih lagi dalam filem yang melibatkan kereta) kereta – kereta yang dipakai kebanyakan jenis mahal – mahal dan takut untuk diletupkan. Menyebabkan cerita menjadi hambar dan tawar. Kalau nak aksi, aksi betul – betullah. Kalau nak komedi, komedi betul – betullah. Kalau nak romantic, romantic betul – betullah. Kita tidak serius. Kita bukan nak tengok mereka bergaya di dalam filem, kita nak menonton filem, berhibur, dan balik rumah dengan gembira. Itu saja.

Kemudian bila ayah Suria (Scha al – Yahya) iaitu Tiger Lang terbunuh, Suria marah pula Idrus. Ini kontradik. Ini parody. Ini lucu. Ini jenaka. Bagaimana dia boleh marah Idrus, yang membunuh ayahnya sedangkan dia sendiri tahu bahawa ayahnya adalah tauke kepada kongsi gelap bernama Lambang Merah ini? Kalau ayah engkau tok lebai tidak kacau orang, logiklah engkau marah.

Cubalah korang tonton sendiri. Dan rasakanlah kekecewaan yang aku mengalami ini. Aku rasa bengang sebab aku tengok trailer cambest sahaja, rupa – rupanya lebih indah trailer dari filem.

RUJUKAN
SEIKAT KEMBANG MERAH. IMAEN

Hancurnya Peradaban Tanpa Iman



“Apakah benar, politik dan ekonomi menjadi jaminan bertahannya sebuah Negara?”

“Apakah anda berfikir bahawa banyaknya kekayaan dan tingginya teknologi akan menyelamatkan sebuah bangsa dari kehancuran?”

Akhirnya pemimpin tanah air mengumumkan akan kenaikan harga minyak sebesar 40%. Harga petrol naik sehingga RM2.70 seliter dan diesel melonjak sehingga RM2.58 seliter. Ramai yang terkejut. Harga barang makanan sudah mulai lari, nyaris tidak terkejar oleh daya beli rakyat. Demonstrasi penolakan sudah mulai memanaskan diri. Tetapi kerajaan tetap pada pendirian menaikkan harga minyak meski harus mencekik leher rakyat sendiri. Alasannya, mahu mengurangkan kejutan ke atas sistem ekonomi negara.
 (rujukan

Para penganalisa pun memberikan pembenaran. Jika kerajaan tidak menaikkan harga minyak, ekonomi negara akan membengkak, nyaris meletus. Padahal hari ini, harga minyak mentah dunia sudah melebihi 120 dolar Amerika per barrel. Dan insya Allah, akan terus meninggi dan tidak pernah turun lagi. Dengan demikian, apakah negara tidak lagi mampu membela rakyatnya sendiri? Besar kemungkinan, alasan bahawa keuntungan PETRONAS akan di gunakan untuk masa depan negara dan juga anak-anak dan cucu-cucu kita adalah idea 'cerdik' Pak Pandir sahaja.

Apakah angka-angka dalam anggaran bajet ekonomi negara jauh lebih penting daripada nyawa rakyat Malaysia? Tentu sahaja keduanya memiliki hubung kait tetapi apakah pembelaan kita lebih untuk angka-angka daripada nyawa manusia? Hari ini kita dililit oleh sistem yang memaksa kita percaya, bahawa kecanggihan teknologi, kekayaan financialserta kehebatan kita dalam berpolitik yang menjamin segala bentuk keselamatan. 

“Tanpa kekuatan ekonomi kita hanya makhluk yang lumpuh.”

“Tak mengendahkan strategi politik, kita hanyalah manusia yang tak beradab.”

“Tanpa kecanggihan teknologi kita hanya manusia yang buta.”

Begitulah kita hari ini dibuat percaya, bahawa nilai-nilai ekonomi, politik dan teknologi adalah segalanya.

Apakah kita tidak menyakini bahawa sumber minyak dimanapun ia keluar, hanya betul-betul keluar kerana kasih sayang Allah semata? Adakah kita tidak sadar bahawa yang mengeluarkan emas dari bumi juga adalah Allah Yang Maha Mulia? Pernahkah kita menghitung perkembangan ekonomi global dengan world-view rezeki sebagai makhluk Allah? Dan pertolongan serta kasih sayang Allah itu, turun dengan berkah hanya untuk orang-orang yang beriman.
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. " (QS At-Thalaq: 2 – 3)


Erti Sebuah Peradaban

Dr Hamid Fahmy Zarkasyi, Pengarah Center for Islamic and Occidental Studies mengatakan, cara pandang atau world-view manusia hari ini telah dikuasai oleh falsafah barat yang menyakini dengan meninggalkan agama nescaya manusia akan lebih maju dan bertamadun. “Sekularisasi adalah proses sub-ordinan nilai-nilai melampau (transcendent)yang memisahkan agama dari kehidupan. Agama dipinggirkan, dan manusia dengan segala hasil ciptaannya menjadi ukuran dalam kehidupan,”

Lalu Dr Hamid Fahmy menjelaskan konsep ideal seorang manusia dalam islam dengan mengerti makna kata din. Istilah din berasal dari da-ya-na atau dana yang memiliki mashdardayn. Artinya adalah: Hutang.

“Manusia berhutang pada Tuhan yang harus dibayar dengan menyerahkan kehidupannya kepada Tuhan. Penyerahan kepada Tuhan sekaligus pengakuan bahawa Tuhan adalah Dzat yang Maha Agung,” jelasnya.

Lalu ia melanjutkan. Manusia dalam jumlah yang banyak dan berkelompok, selalu memerlukan seorang pemimpin, yang disebut dayyan. Pemimpin yang tentu saja memiliki karakteristik pasrah pada hukum-hukum Allah. Din diamalkan dan diterapkan oleh sebuah komuniti di dalam suatu tempat yang disebut madinah. Dari madinah inilah lahir dan muncul ciptaan-ciptaan manusia yang kelak disebut dengan peradaban atau tamaddun.

“Dengan rentetan seperti itu, maka seharusnya islam menjadi sumber ritual, spiritual, intelektual dan juga peradaban,” tutur Dr Hamid dengan tegas.

Proses Kehancuran

Malek Bennabi, sejarawan Muslim asal Aljazair merumuskan proses jatuh bangunnya sebuah peradaban. Malik bennabi membahagikan umur peradaban menjadi tiga tahap; tahap spiritual (spiritual stage), tahap rasional (rational stage), dan tahap naluri (instinctive stage).

Malik Bennabi yang telah meninggal pada tahun 1973 percaya, bahawa faktor spiritual lah yang memberikan kesempatan kepada manusia untuk tumbuh dan maju. Ketika spiritual hilang, maka peradaban pun akan jatuh dan tumbang.

Tiada ada yang lebih kuat mengawal manusia daripada kekuatan spiritual yang ada dan berkembang dalam dirinya. Dan ketika kekuatan spiritual ini lemah, maka rational stageakan melahirkan tahapan baru iaitu instinctive stage. Semua digerakkan oleh nafsu, dan semakin besar sebuah nafsu berkuasa, maka semakin cepat peradaban manusia musnah.

Betapa sedihnya kita. Tahapan pertama belum kita tata, tetapi kehidupan kita sudah dibelenggu oleh nafsu dan syahwat yang menggelora. Kita belum lagi menjadi makhluk yang berspiritual tinggi. Kita belum mampu mengolah kehidupan dengan teknologi canggih, seperti halnya negara-negara maju. Tetapi kita sudah terjebak oleh kehidupan naluri yang tidak terkendali.

Sejarah Tamadun Dunia

Kemajuan dalam teknologi moden dan kekayaan kebendaan tidak akan menjamin kelangsungan sebuah peradaban. Lihat sahaja Mesir yang telah hidup dengan peradabannya yang sangat tinggi pada tahun 2300 sebelum Masehi. Pada zamannya, Mesir telah mampu menentukan waktu musim tanam dan meramalkan kemarau panjang. Para intelektual Firaun telah mampu merancang sistem pengairan dengan memanfaatkan Sungai Nil jauh sebelum Colombus, penemu Amerika itu lahir. Mereka menyusun piramid dengan sistem struktur presisi dan seni yang tinggi. Malah sehingga kini, susah di cari teknologi untuk menandinginya.

Namun kehancuran tidak boleh dihindarkan. Kecanggihan teknologi, kekayaan ekonomi dan kekuatan pemikiran tidak mampu membendung kebinasaan yang memang telah menjadi takdir ketika sebuah peradaban telah dijajah oleh hasrat syahwat. Ketika Firaun berkata,“Akulah Tuhan yang Maha Mulia.” Maka peradaban Mesir memasuki gerbang kehancuran.

Begitu juga Petra yang hingga kini masih dapat ditonton bekas pahatannya di lembah Rom, Jordan. Sisa kejayaan kaum Nabatean itu masih kukuh berdiri, menunjukkan betapa canggihnya teknologi kejuruteraan yang mereka kuasai. Petra diambil dari bahasa Yunani yang beerti batu. Dan ini adalah simbol pertahanan yang paling kuat yang pernah ada di muka bumi. Mereka membangun sistem pengairan yang canggih sekali gus sangat kompleks dalam kota yang memahat gunung-gunung batu dan mengalirkan air bersih bahkan sampai ke bilik. Mereka membangun sistem hidrolik untuk mengangkat air dan mencegah banjir. Mereka juga membangun sebuah teater yang mampu menampung 4000 orang pada zaman itu, zaman ketika manusia belum banyak jumlahnya. 

Mereka bukan sahaja mengingkari, malah mereka membunuh unta Nabi Salleh yang seharusnya mereka jaga. Maka tiada balasan lain kecuali kebinasaan. Padahal mereka telah dikurniakan kemampuan yang tinggi oleh Allah Swt. agar lebih bersyukur kepada-Nya.

Tetapi justeru kerosakanlah yang mereka bangunkan. Mereka menternak dosa dan kezaliman. Lalu Allah menghancurkannya dengan gempa, juga sambaran petir yang mematikan. Dan tidak ada yang ditinggalkan dalam keadaan hidup. 
"Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah, sesungguhnya kaum Tsamud mengingkari Rabb mereka. Ingatlah, kebinasaanlah bagi kaum Tsamud.” (QS Huud: 68)



Penyelesaian

Mungkin hari ini Allah tidak mengirimkan laut yang menggulung pemimpin-pemimpin yang zalim. Mungkin hari ini, Allah tidak lagi memerintahkan gempa dan petir untuk memusnahkan kaum yang derhaka. Tetapi percayalah, Allah memiliki seribu satu cara yang tak pernah difikirkan manusia. Kadang cara itu bernama krisis minyak dunia. Kadang cara itu bernama harga bahan makanan global yang kian menjulang. Lalu menyerbu negeri-negeri yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat dengan krisis multidimensi yang tidak mampu mereka selesaikan sendiri, kecuali dengan pertolongan Allah.

Pemikir Muslim yang telah terjerat dengan pemikiran Barat sering mengatakan bahawa idea al-Ghazali yang mengajak umat Islam kembali kepada Al-Quran dan Hadith, adalah idea mundur yang tidak membawa kemajuan. Bahkan serangan al-Ghazali pada dunia falsafah buta dan kekuatan rasional manusia sering dianggap sebagai pemicu kemunduran peradaban Islam. Padahal pada masa itulah, abad ke-10, Islam sedang berada di puncak kejayaannnya hingga melahirkan Ala Al-Din Abu'l-Hasan Ali Ibn Ibrahim Ibn al-Shatir yang kelak karyanya memberikan inspirasi pada Copernicus dalam perjalanannya menemukanteori heliosentrik.

Sudah banyak sejarah yang membuktikan, bahawa ketika nilai-nilai mulia ditinggalkan, spiritual dan Al-Quran Sunnah di humban ke laut, yang terjadi hanyalah kehancuran. Bumikanlah Al-Quran, maka Allah akan melangitkan kehidupan manusia. Mengutip kata-kata dalam Zaharudin.net, ”jauhilah dari riba, hancurkanlah rasuah, hemat berbelanja wang PETRONAS dan negara, keutamaan dalam sektor pendidikan dan pembangunan manusiawi,..”. Kekuatan spiritual (SQ).

Kita bukan makhluk yang dengan gagah mengatakan cogito ergo sum (aku berfikir maka aku ada) seperti yang dikatakan Prof. Dr Rene Descartes. Kita adalah manusia yang dengan penuh rendah hati telah mengatakan, “Bahawa sesungguhnya solatku, hidupku, juga matiku untuk Tuhan penguasa alam semesta.” 

Sekian

Ahmad Aizatnur Zakaria

www.msaidhawwa.blogspot.com

Rujukan

1. Khawarzimic Science Society
2. Wikipedia, The Free Encyclopedia
3. Hidayatullah.com
4. Zaharuddin.net
5. Utusan Online
6. Majalah Islam Sabili

Konsep al-Tawfiq bayn al-Din wa al-Falsafah Ibn Rushd




Menulis sesuatu secara kasar dan tidak diperhalusi lagi bukanlah satu kerja yang boleh dikatakan kerja ilmiah tahap rendah sekalipun. Tetapi pepatah melayu mengatakan; tiada rotan, akar pun berguna lah. Justeru tulisan ini lebih berhasrat kepada membuka persoalan dan anggaplah ia sebagai satu lontaran awal.

Perbicaraan kali ini adalah mengenai konsep
 al-tawfiq bayn al-din wa al-falsafah (konsep penyelarasan antara agama dan falsafah). Ia adalah keyword penting yang kita perlu fahami sebetul-betulnya untuk kita mengetahui letak duduknya ahli falsafah muslim dahulu mahupun kini. Tokoh falsafah muslim yang akan disentuh secara langsung di sini ialah Ibn Rushd.

Asas epistemologi yang akan mendasari perbincangan ini adalah yang berasaskan sumber-sumber di bawah ini :
1. Dr. Syed Ramadan al-Buti dalam karya agungnya itu ; Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah (Wujud al-Khaliq wa Wazifah al-Makhluq). Fragmen penting daripada kitab ini boleh dilihat dalam entri yang lalu di sini.
2. Islam dan Akal oleh Syeikhul Azhar Dr Abdul Halim Mahmud.
3. Usul 20 Imam Hassan al-Banna pada usul yang ke-19.
4. Ancaman Bahaya Sekularisme oleh al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail terutamanya pada bab Hakikat Kelemahan Akal.
5. al-Marja’iyyah al-‘Ulya fi al-Islam li al-Quran wa Sunnah oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi.

Apa itu al-Tawfiq Bayn al-Din wa al-Falsafah?

Al-tawfiq bayn al-din wa al-falsafah secara mudahnya ialah penyelarasan, penyatuan dan pengharmonian di antara agama dan falsafah. Ia telah menjadi gagasan pemikiran kepada ahli-ahli falsafah agama semenjak dahulu sehingga kini. Hal ini berkait rapat dengan proses interaksi budaya dan ilmu pengetahuan yang terjadi di antara tamadun Islam dengan tamadun-tamadun yang lain.

Ustaz Zulkifli Ismail menyentuh topik ini sebagai:

Penyelarasan antara agama dan falsafah atau naqal dan akal telah menjadi gagasan pemikiran kepada ahli-ahli falsafah agama semenjak dahulu sehinggalah ke zaman ini. Ahli-ahli falsafah itu bertolak dari kelemahan iman mereka terhadap kesempurnaan dan ketepatan nas-nas agama telah berusaha sedaya upaya menundukkan nas-nas agama kepada setiap penemuan-penemuan pemikiran falsafah sebagai jalan untuk mendamaikan agama dengan kesimpulan bersifat kufur yang dicapai oleh akal fikiran manusia. Melalui jalan ini ajaran falsafah telah meresap masuk ke dalam ajaran agama lalu mencorakkan ajaran agama dengan corakan falsafah.

Resapan ajaran-ajaran falsafah dan pemikiran manusia berhubung ketuhanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan alam fizikal ke dalam ajaran agama telah menghilangkan ketulenan ajaran agama, mewujudkan percanggahan di dalam ajaran ajaran agama, merosakkan kesempurnaannya dan seterusnya melemahkan pengaruhnya di dalam merubah dan memimpin hati manusia di dunia ini.

Kenapa Ibn Rushd?
Ibn Rushd, seorang ahli falsafah muslim merupakan tokoh klasik yang amat berpengaruh dalam gagasan ini. Usaha sintesis yang dibuat oleh beliau dalam mengharmonikan falsafah dan agama selepas falsafah disisihkan daripada umat khususnya selepas daripada kritikan al-Ghazali mewujudkan polemik hebat dalam tradisi keilmuan Islam yang masih dikaji sehingga kini.

Terdapat tiga kitab utama beliau yang membincangkan persoalan ini secara khususnya iaitu Fasl al-Maqal fi ma bayn al-Hikmah wa al-Sharicah min al-Ittisalal-Kashf can Manahij al-Adillah dan Tahafut al- Tahafut.

Dalam konteks al-Tawfiq Ibn Rushd, beliau telah menetapkan keperluan takwil apabila berlakunya pertentangan antara rumusan daripada burhani (binaan hujah secara demonstratif seperti yang digunakan oleh ahli falsafah) dengan lafaz zahir syarak. Menurut beliau, sekiranya sesebuah pemerhatian burhani menghasilkan sebarang bentuk pengetahuan tentang sesuatu kewujudan, maka terdapat hanya dua kemungkinan yang akan timbul.

i. Sekiranya rumusan burhani tersebut merupakan sesuatu yang tidak disebutkan didalam syarak, maka tidak ada pertentangan yang akan timbul

ii. Sekiranya syarak telah memperkatakannya, maka lafaz zahirnya sama ada bersesuai atau bertentangan dengan rumusan daripada burhani itu.

a) Sekiranya makna zahir ini bersesuaian dengan rumusan daripada burhani maka tiada masalah yang timbul

b) Sebaliknya, jika ia bertentangan, maka harus dicari takwil yang mungkinbaginya (bagi lafaz zahir syarak itu)

Walau bagaimanapun, Ibn Rushd berpendapat bahawa hanya ahli falsafah yang menggunakan metode burhani dapat memberikan pentakwilan yang tepat. Beliau menolak pendapat para mutakalimun (baik Muctazilah mahupun Ashcariyyah), kelompok harfiah (Hashwiyah), pendukung-pendukung batiniyyah (iaitu Ismaciliyyah) dalam merumuskan ‘pentafsiran (pentakwilan) yang dapat dipercayai’ yang diperlukan oleh iman yang sejati. 

Menurutnya, sebahagian besar hujah atau interpretasi mereka adalah ‘inovasi-inovasi’ yang tidak mempunyai asas dalam sunnah. Dalam konteks ini, Ibn Rushd dilihat telah menobatkan ahli falsafah sebagai golongan yang paling memahami agama mengatasi golongan lain termasuk ulama kalam.

Sila lihat perkara ii (b).
Cuba bandingkan pula dengan kaedah yang dikemukakan oleh Imam Hassan al-Banna dalam Usul yang ke-19 dalam Arkan al-Baycah yang pertama iaitu al-Fahm. Kaedah itu berbunyi:

"Adakalanya penelitian syarak tidak meliputi penelitian akal dan demikian jualah sebaliknya.

Namun, kedua-duanya tidak akan berselisih pada perkara yang qatci (pasti). Hakikat ilmiah [dalam apa-apa bidang ilmu perolehan sama ada dalam sains mahupun ilmu-ilmu humaniora] yang sahih tidak akan bercanggah dengan kaedah syarak yang thabit. [contoh dulu orang kata al-Quran tidak benar dalam bab matahari beredar. 

Sebab sains pada masa itu menemui kesimpulan bahawa bumi yang beredar mengililingi matahari. Kepercayaan lama bahawa matahari yang turun naik –mengelilingi bumi- sebab secara kasar begitulah yang kita dapat lihat. Tetapi setelah berlalunya masa, barulah saintis menemui kesimpulan bahawa matahari juga beredar pada orbitnya yang tersendiri. Dan bila semak semula ayat al-Quran tersebut, maka sahlah petunjuk nas dalam bab ini.]
Dan setiap perkara zanni dari keduanya ditakwilkan agar sejajar dengan perkara qatci
(maknanya kalau kaedah syarak zanni, iaitu iaitu dalam perkara yang zanniyyatul dilalah sedangkan kesimpulan dalam bidang ilmu tadi itu berasaskan epistemology dan metodologi yang menghasilkan kebenaran –maka kita peganglah kesimpulan ilmiah tersebut.
Dan begitu juga sebaliknya sekiranya penelitian ilmiah bersifat zanni kerana metodenya yang menghasilkan ifadah yang zanni seperti dalam sosiologi kini, sedangkan dilalah di dalam nas bersifat qat’i –maka wajiblah kita berpegang kepada al-Quran. Contoh mudah kat sini ialah penggunaan kondom dan jarum dalam nak mengatasi HIV).

Sekiranya keduanya adalah perkara zanni maka pandangan syariahlah yang lebih utama untuk diikuti sehinggalah pandangan akal itu thabit(kebenarannya) atau ia gugur dengan sendirinya."[apa-apa pandangan dan kesimpulan ilmiah yang masih belum mencapai ‘kebenaran hakiki’ mengikut metodologi yang memberi ifadah yang yakin yang serasi dengan tabiat subjek yang dikajinya perlulah di tawaquf dahulu dan tidak boleh dipegang. Dan pendapat syarak walaupun hanya bersifat zanni –tidak secara jelas menyatakannya- perlu dipegang. Contoh mudah tentang ini adalah pada perbahasan seputar evolution theory, creation theory dan id]

Kita nak mengucup tangan Imam Hassan al-Banna ke, atau tangan Ibn Rushd dalam bab ini? :)

Berkenaan perkara ini, Dr Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya al-Marja’iyyah al-‘Ulya fi al-Islam li al-Quran wa Sunnah menerangkan mengenai golongan ahli falsafah ini :
Para ahli falsafah al-Mashaiyyun (peripatetic) antara tumpuan mereka yang terbesar ialah menyelaraskan di antara ajaran falsafah yang mereka kagumi dan agama yang mereka warisi. Akan tetapi mereka menjadikan falsafah sebagai yang usul dan agama pula sebagai furuk. Dan mereka menganggap Aristotle itulah yang mereka membuat keputusan dengannya dan membuat sandaran kepadanya. Firman Allah subahanahu wa taala dan sabda Rasul-Nya sallallahu alayhi wassalam yang mulia pula yang dianggap sebagai pengikut kepada pendapat Aristotle itu. Sekiranya keduanya selari dengan pendapat Aristotle itu, maka adalah amat baik. Tetapi sekiranya tidak, maka wajiblah ditakwilkan makna keduanya sama ada takwil itu adalah hampir ataupun jauh dari makna sebenarnya.

Sheikh Abdul Halim Mahmud pula dalam konteks ini mengatakan bahawa:
al-Tawfiq (penyesuaian atau penyatuan) merupakan satu gagasan yang meletakkan dua pihak pada satu tempat yang sama dari sudut timbang tara, kemudian terheretlah salah satunya kepada yang lain atas nama pentakwilan, tafsiran, keterangan lanjut dan lain-lain lagi tanpa mengambil kira pengertian zahir sekiranya seandainya keadaan mendesak ke arah pemakaian makna yang halus dan sulit (batin) asalkan ia mempunyai kewajaran akal meskipun kadang-kadang ia bercanggah dengan kehendak bahasa, adat kebiasaan, tradisi dan fitrah manusia yang bersih dan waras. Penyesuaian juga bermaksud anda cuba menjadikan setiap pihak bertolak ansur mengorbankan beberapa aspek tertentu daripada prinsipnyasupaya kedua-dua pihak boleh bertemu pada suatu titik pertemuan. Maka setiap pihak akan meringkaskan beberapa aspek tertentu untuk menyesuaikannya atau menjadikannya selari dengan tuntutan penyesuaian itu.

Di tempat yang lain, beliau rahimahumullah mengatakan:
Secara umumnya, ayat-ayat al-Quran dan Hadith Nabi serta fakta-fakta sejarah banyak menunjukkan tentang Islam itu sebagai agama akal. Jika disoal apakah agama akal? Jawapan yang diberikan ialah, hukum-hukum aga­ma mestilah didasarkan kepada akal dan akal mestilah dijadikan penentu kepada pelbagai masalah, prinsip dan kaedah.
Jawapan seumpama ini kadang-kadang boleh membawa kepada penyelewengan yang akan berakhir dengan akal sebagai 'pemimpin' bukannya agama sebagaimana yang sepatutnya. 

Justeru itu berlakulah kesongsangan dan penyelewengan dari jalan yang lurus atau siratul mustaqim. Sebenarnya hubungan akal dengan agama hendaklah dilihat seperti berikut:
Agama datang sebagai pembawa hidayah kepada akal dalam beberapa masalah seperti berikut:

(a) Pada perkara-perkara di luar tabi'i iaitu persoalan­persoalan aqidah yang khusus mengenai Allah, Rasul, Hari Akhirat dan tentang ketuhanan yang ghaib (secara umum).
(b) Pada persoalan-persoalan akhlak iaitu berkaitan dengan kebaikandan kelebihan (fadilat) yang perlu kepada seseorang untuk menjadi seorang Muslim yang salih.
(c) Pada persoalan-persoalan perundangan yang mampu memberi kedamaian kepada masyarakat.

Sesungguhnya agama datang membawa hidayah kepada akal dalam persoalan-persoalan tersebut kerana, penolakan agama akan membawa kepada kegagalan dalam memberi sebarang penyelesaian yang boleh diterima oleh semua. Maksudnya, jika dibiarkan kepada manusia dan akal untuk menyelesaikan persoalan tersebut, pasti mereka akanbertelagah kerana masing-masing menyokong pandangan yang bersimpang-siur, bercanggah dan berkrisis yang tiada penghujungnya. Oleh itu, perpaduan dan persefahaman serta ketenangan dan kedamaian tidak akan tercapai.

Justeru, percubaan Ibn Rushd (ataupun individu-individu yang menggunakan frameworknya ini dan menjelmakannya kembali di zaman ini) menyerasikan antara agama dan falsafah tidak boleh diterima dalam ketiga-tiga persoalan itu.
Inilah juga yang dikritik oleh Imam al-Ghazali di dalam Munqiz min al-Dholal ataupun di dalam Tahafut al-Falasifah ketika mengkritik al-Farabi dan Ibnu Sina. Pada zamannya, orientasi falsafah berkisar mengenai aspek metafizik. Falsafah sebagai hasil pemikiran manusia yang bersifat spekulatif belum dibezakan sains sebagai hasil pemikiran manusia yang berasaskan ujikaji dan pengamatan. Justeru, beliau secara berhati-hati memisahkan mantiq, matematik, geometri, ilmu tabii yang pada masa itu terangkum di dalam ilmu falsafah dan hanya mengkritik ahli falsafah ini dalam perkara-perkara metafizik, akhlak dan syariah. Sekiranya ada beliau mengkritik sains, ia hanyalah kritikan apabila sains (ketika itu falsafah) tidak menggunakan metodologi yang sepatutnya dalam mengkaji sesuatu subjek atau objek sehingga menyebabkan berlakunya kecelaruan epistemologi yang kronik.

Pada zaman ini juga, ulamak-ulamak tauhid terus menyambung jihad ilmu ini dalam memerincikan aspek-aspek epistemologi, ontologi, dan aksiologi dalam kita berinteraksi dengan sains sosial terutamanya dalam memahami gelagat dan tingkah laku di alam sosial mengikut perspektif yang lebih membetuli hakikat tauhid agar kita dapat menyesuaikan sesuatu kajian sosial bertepatan dengan metodologi dan epistemologi yang serasi dengan tabiatnya. Adalah menjadi kewajipan kepada umat untuk mendapatkan panduan daripada mereka tentang segala pengeliruan syubhat-syubhat pemikiran pada zaman ini.

Perspektif Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamaaah perlu dirumuskan semula dalam bahasa falsafah moden kerana konsep al-tawfiq bayn al-din wa al-falsafah Ibn Rushd yang meraikan pandangan Aristotle itu menjadi asas yang sama dengan pelataran kemunculan sains sosial seperti yang telah diasaskan dan dikembangkan oleh Auguste Comte serta tokoh-tokoh pemikir Barat lainnya. Justeru, bidang Usuluddin kini perlu mengalihkan perbahasan tauhid daripada musuhnya di zaman silam (seperti muktazilah) yang membincangkan falsafah ketuhanan kepada musuh baru tauhid abad ini iaitu sekularisme yang mengalihkan tumpuan falsafah kepada falsafah sosial.

Walau bagaimanapun, pengalaman-pengalaman silam perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam berinteraksi dengan khazanah keinteletualan barat ini dalam mana-mana bidang pun. Hal ini demikian kerana keperluan ‘kubu intelektual’ yang berpaksi daripada akidah itu sendiri boleh dipelajari melalui pengalaman ulama-ulama silam yang telah berhadapan dengan aliran-aliran bidaah yang dipengaruhi falsafah Yunani di zaman mereka. Dengan itu, barulah ‘pelantar yang kukuh dapat dibina’ untuk ‘belayar ke dalam’ khazanah keinteletualan barat yang kelihatan agam secara zahirnya itu (namun lemah dari sudut maknawinya) dalam kita membezakan pendirian dan pendekatan Islam daripadanya.

Selain itu, isu ini juga perlu dilanjutkan lagi dalam konteks perbahasan di dunia Islam iaitu perbincangan mengenai kesepaduan ilmu pengetahuan. Dalam penilaian semula pencapahan keceramukan pemikiran dalam kepelbagaian sekolah pemikiran yang wujud, kita perlu bertolak daripada premis ‘kegagalan dalam memahami serangan falsafah pusingan kedua’. 

Pengalaman Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamacah menangkis serangan falsafah ketuhanan di zaman silam perlu dimanfaatkan dalam usaha menapis khazanah keintelektualan Barat yang berasaskan falsafah sosial. Hal ini kerana Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamacah telah merumuskan prinsip-prinsip pemikiran dalam tiga aspek iaitu epistemologi, ontologi (world-view) dan aksiologi (sistem nilai). Justeru, sekiranya Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamacah tidak dirujuk dalam ketiga-tiga aspek tersebut, dikhuatiri sebarang idea mengenai gagasan ini akan ‘terperangkap’ dengan idea ahli falsafah ataupun muktazilah yang bersesuaian dengan sekularisme.

Alhamdulillah..

Kita beruntung kerana masih lagi dapat mengucup tangan ulamak-ulamak rabbani yang dapat memberikan pemahaman yang sebaiknya tentang hal ini. Umat sangat-sangat perlu bergantung kepada warasah al-anbia ini dalam menangkis serangan-serangan pemikiran sekaligus bertindak merumuskan konsep-konsep pemikiran Islam melalui epistemologi dan metodologinya yang tersendiri lagi muktabar.

Konsep Ibn Rushd tersebut tidaklah se‘simple’ ini. Di sana ada aspek-aspek lain yang berkaitan seperti pemaknaan nas menurut tahap kemampuan akal manusia, adanya makna lahiriah dan batiniah dalam syarak, pentahapan potensi manusia dalam memahami lafaz-lafaz syarak, prinsip-prinsip keagamaan yang disepakati dan diperselisihkan, dan metodologi al-tawfiq bayn al-din wa al-falsafah Ibn Rushd ini yang berasaskan takwil serta implikasi mengabaikan penggunaannya. Terdapat banyak lagi dimensi menarik yang boleh diteroka dalam pengkajian mengenai konsep al-tawfiq bayn al-din wa al-falsafah Ibn Rushd ini. Tujuan artikel ini hanyalah satu lontaran awal supaya konsep ini diteliti dan diawasi dengan baiknya.■