(Opposition In Activism dan cerita –cerita lain)
“sebenarnya seeloknya
sudah sampai masa berhenti bergantung dana, mengharapkan dana dari rakyat
rakyat pun dalam keadaan melarat sekarang ini
sebagai pemimpin mereka kena menyiapkan sebuah plan ekonomi mereka sendiri
dengan ada plan teori ekonomi dan praktikal ekonomi sendiri
orang akan melihat bahawa sesebuah organisasi itu boleh hidup
tanpa mengharapkan dana dari rakyat
sampai bila nak bergantung dana dari rakyat?”
Ini antara yang aku perkatakan malam semalam (31. 7. 2013) lewat Forum Anak Muda dan Aktivisma yang dianjurkan oleh kolektif anak muda KBU (Kelab Bangsar Utama). Poin aku mudah, bagi aku ‘Aktivisma adalah kerja – kerja yang bukan bermotifkan profit, dan bermotifkan kesedaran massa’. Ini takrif aku sendiri yang aku pakai untuk aku mendefenisikan apa itu aktivisma.
Sebelum aku nak masuk ke ide aku tentang Opposition In Activism, izinkan aku untuk bercerita terhadap beberapa benda yang aku sengaja tidak ceritakan semalam, kerana pada aku eloklah dalam banyak benda yang ditanyakan semalam aku memberikan jawapan tidak tahu untuk tidak membuka perdebatan yang lebih sengit.
Aku tidak rasa untuk aku menceritakan tentang Institut Memali yang aku dengan kawan – kawan aku buat pada Forum semalam, yang mana di bawah induk Institut Memali itu ada organisasi – organisasi radikal lain seperti Rage Against The Monarchy (ini kempen melawan sultan, eliminasi menghapuskan system kesultanan – kebangsawanan yang tidak berguna, tetapi melalui persetujuan demokrasi) yang setakat ini baru bermain di Facebook, mencetak T – Shirt Propaganda (sudah ada dua jenis T – Shirt*) dan buku, kemudian Republikseni yang memfokuskan kepada kerja – kerja seni melawan, yang kalau hasil seninya secara cetak sekarang adalah sebuah Novel (yang tiada ISBN), berpuisi atau mengadakan program – program kesenian melawan di celah – celah aktiviti subversive dan radikal, seterusnya REPUBLIKBUKU yang memfokuskan kepada penerbitan buku – buku melawan, dan bermotokan ‘Melawan Dengan Buku’, membuat satu mazhab baru iaitu Mazhab Copy – Left (anti – thesis kepada Mazhab Copy Right) yang digunakan untuk menyalin segala buku – buku melawan, kritikal yang ‘rare’ (susah nak jumpa) untuk disebarluaskan dengan harga yang murah (walaupun selalu lambat hantar).
Aku tak rasa aku kena beritahu atau tidak bahawa aku pro organisasi atau tidak, walaupun kerja – kerja aku memang berkait dengan organisasi. Yang aku tahu, aku buat kerja, dan pedulikan yang lain – lain. Aku tidak akan memaksa sesiapa sahaja untuk bersama aku, atau tidak mahu bersama aku, menunjukkan aku tak peduli pun kau nak berorganisasi ataupun tidak berorganisasi. Kalau kau rasa dengan cara kau berorganisasi, dengan berstruktur, kerja kau akan lebih cepat siap, maka silakan. Maka jika aku rasa, dengan cara aku, (aku rasa NGI, Non – Government Individual) kerja lebih cepat siap, maka diharapkan tiada yang menjadi batu penghalang.
Problem yang sebenar bukanlah sama ada dengan mengaku kau aktivis, atau tidak mengaku kau adalah aktivis. Problemnya adalah matlamat atau kerja yang kau buat, apakah melambangkan apa yang kau perkatakan?
Apakah mengugut aktivis, mengancam aktivis, mengacau isteri aktivis, memalukan aktivis, mengaibkan aktivis, membongkar cerita entah benar entah tidak, mahu menyeret seseorang aktivis ke penjara itu adalah matlamat kau atau apa yang kau impi – impikan sebagai seorang aktivis?
Apakah kau tidak malu?
Aku tidak tahu apa yang aku buat ini bermaksud aku tidak tahu apakah ianya benar ataupun tidak, diterima di sisi Tuhan ataupun tidak, adakah aku akan lepas dari pertanyaan, ataupun tidak. Aku tidak tahu. Yang aku tahu, aku kena buat apa – apa sahaja yang aku percaya. Kita kena jujur dengan apa yang kita percaya.
Sekarang aku meyakini bahawa kerja yang aku buat sekarang, aktivisme yang aku terlibat sekarang, adalah perjuangan. Pada masa hadapan, aku tidak tahu. Mungkin aku akan mati dulu. Jadi aku tidak akan tahu, melainkan apabila malaikat membawa aku berjumpa dengan Tuhan.
Aku tidak akan sekali – kali buat sesuatu benda itu, sesuatu perkara itu ikut – ikutan. Kalaulah seisi manusia di planet bumi ini menjadi aktivis, aku tidak akan menjadi aktivis. Melainkan setelah kesedaran. Jika aku merasakan aktivisme adalah suatu perkara yang menarik hati dan suatu perkara yang kena diperjuangkan, tidak sah hidup seorang anak muda jika tidak melalui fasa aktivisme, maka aku akan terlibat dengan aktivisme meskipun cuma aku seorang sahaja yang menjadi aktivis.
Eloklah hidup yang cuma sekali ini, kau menjadi diri kau sendiri. Kau tidak akan dapat peluang yang kedua kali untuk hidup sebagai diri kau sendiri. Hanya kali ini. (melainkan jika kau percaya kepada reinkernasi)
Maka aku membuat quote untuk diri aku sendiri, jika Rene Descartes mengatakan, I think Therefore I Am (aku berfikir maka aku ada) Ali Syari’ati mengatakan, ‘saya memberontak maka saya ada’, Hisyamudin Rais mengatakan, ‘aku menghasut maka aku ada’, maka aku pula mengatakan, ‘aku non komformis maka aku ada’.
Standard dalam aktivisme
Bagi aku, ini adalah persoalan penting. Lebih penting dari mengaku kau adalah aktivis ataupun kau tidak mengaku kau adalah aktivis. Persoalan standard dalam aktivisme ini adalah terlebih penting. Dalam bahasa lain, apa yang kau nak capai dalam aktivisme, dan apa perlu orang lain terlibat dengan aktivisme? Kalau aktivisme kau pun sama sahaja dengan orang – orang yang tidak terlibat dengan aktivisme, buat apa orang nak join aktivisme?
Tidak kisah kau digelar elit ataupun bukan, tetapi yang paling penting kau jelas dengan apa yang kau buat, apa yang kau cita – citakan.
Memang aku kata aku tak tahu apa yang aku buat, tetapi aku jelas dengan matlamat aku, yakni aku nak masyarakat aku menjadi lebih baik, Negara ini akan menjadi lebih baik, pemimpin – pemimpin politiknya menjadi lebih baik (bukan mabukkan kekuasaan), agamawan – agamawan sudah mandiri, dan tidak dipegang mana – mana majikan, dan mengeluarkan fatwa berdasarkan ilmu – ilmu yang dipelajari, tidak ada lagi penindasan, pemerasan, penghisapan, semua orang tinggal dalam sayang menyayangi antara satu sama lain, yang secara kesimpulannya, inilah yang diimpi – impikan dalam The Republic(Plato), Al – Madinah al – Fadhilah (Farabi), Utopia (Thomas More), Communist (Karl Marx) dll lagi jika ada.
Cara bagaimana?
Terpulang. Jika Islamis ada cara yang lebih baik, silakan. Jika anarkis ada cara yang lebih baik, silakan. Jika Atheis ada cara yang lebih baik silakan. Jika Sosialis ada cara yang lebih baik, silakan. Sesiapa sahaja yang ada cara yang lebih baik, dipersilakan. Kesemua aliran ini diminta mengemukakan (dengan menulis teori – teori mereka sendiri) kemudian mempraktikalkan (perjuangan secara praktikal, turun ke jalan, mengaktifkan working class, berceramah, menegakkan Negara dsb nya).
Yang paling penting sekali, bagi aku mestilah berdasarkan standard atau prinsip yang telah digariskan di awal tadi, iaitu tanpa pemerasan, penindasan, penghisapan, kezaliman, kekerasan, pemaksaan dsb nya.
Sama ada kau nak menjadi Anarkis kah, Komunis kah, Sosialis kah, Islamis kah, itu semua bagi aku adalah tidak penting, kerana itu semua cuma label dan gelar semata – mata. Kau mengaku atau tidak mengaku, itu semua tidak menjadi kesan, melainkan hanya pekerjaan atau tindakan yang kau lakukan sahaja, yang pasti akan memberikan kesan. Jika memperjuangkan orang – orang miskin, maka dipanggil Komunis, silakan. Jika memperjuangkan orang – orang terbiar di jalan, dipanggil Anarkis, silakan, jika dipanggil Sosialis, silakan.
Bagi aku masalah istilah tidak timbul langsung. Dan kau tidak perlu menyuruh orang membaca kulit ke kulit Das Capital baru membuatkan orang itu layak memperjuangkan orang – orang miskin. Tidak perlu. Dan lebih keras lagi, bagi aku, kau kalau tak mahu baca apa – apa pun, boleh sahaja terus memperjuangkan orang – orang miskin. Cuma bagi aku, jika dengan lebih membaca, teori atau perspektif perjuangan melawan kekayaan melampau dan memperjuangkan orang – orang miskin, akan lebih jitu dan kental.
Tahu major theme atau tema – tema besar yang diperbincangkan sudah cukup baik. Itu sahaja. Seperti menjadi seorang Muslim. Kamu tidak perlu tahu terlalu banyak, mendetail untuk kamu menjadi seorang Muslim. Cukup dengan mengucap dua kalimah syahadah, dan tahu bahawa tema besar dalam Islam adalah Allah adalah Tuhan, dan Muhammad saw adalah Nabi, sudah cukup menjadikan kamu sebagai seorang Muslim. Yang lain – lain itu kamu akan belajar hari demi hari.
Sama juga ingin menjadi Kristian. Kamu tidak perlu menghafal New Testament atau Old Testament, mengingat segala cerita dari awal sampai habis, atau bertemu Pope di Vatican untuk menjadikan kamu seorang Kristian. Seperti itu jugalah dengan aliran – aliran pemikiran dan ideology ekonomi yang lain. Kamu bukan mahu menjadi seorang professor Komunis atau professor Anarkis, kerana tujuan Karl Marx menyusun ideologinya, bukan mahu kamu menjadi seorang ahli akademik Komunis atau pensyarah Komunis, tetapi mahu semua orang sedar akan penghisapan yang dilakukan system Kapitalis. Kalau kamu tahu banyak sangat tentang Komunisme, tentang Anarkisme sampai kamu tak boleh bercerita dengan bahasa - bahasa rakyat (bahasa - bahasa mudah) untuk membuatkan massa faham dan bertindak, pun tidak berguna juga. Ilmu kamu melangit dan tidak mampu membumi di tanah, dan mengakar dengan rakyat di bawah.
Biasalah. Dalam pengetahuan sesuatu perkara, ada yang level kefahamannya 80 %, ada yang level kefahamannya 20 %, ada yang level kefahamannya, 40 %, ada yang 75 %, tetapi apakah itu semuanya sangat penting sampai menafikan hak orang lain untuk memperjuangkan orang miskin? Kalau ada orang Islam lain, yang percaya bahawa Islam selari dengan Komunisme dalam banyak hal, Islam bersetuju dengan Komunisme, apakah ianya salah semata – mata ianya tiada dalam Google? Apakah semuanya kena melalui ‘pancungan’ otak kita terlebih dahulu, baru seseorang itu boleh berbicara tentang Komunisme?
Adakah rakyat Malaysia yang sedar kepentingan memperjuangkan hak – hak orang miskin, dan merapatkan jurang antara kaya – miskin, dan mengadaptasi sebanyak mungkin teori Marxisme, apakah tidak boleh?
Apakah semua orang yang mahu me’modify’ Komunisme dalam bentuk local sendiri, memerlukan izin kita terlebih dahulu? Perlu lulus ‘kertas peperiksaan’ kita terlebih dahulu?
Yang aku tahu, aku penulis. Dan aku akan terus menulis, dan menulis.

No comments:
Post a Comment